Sunday, August 7, 2011

Terus Buat Pahala Sampai Bila bila .

 Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1.    Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum dari padanya. 
3.    Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
4.    Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
6.    Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
7.    Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 



ini dalam hadis =) tapi tak semestinya kena buat antara tujuh ni saja untuk terus terusan buat pahala tu. ya, pahala tu Allah yang bagi. dengan macam macam cara kita boleh dapat pahala, dan dengan macam macam cara jugak kita boleh dapat dosa. semuanya terletak pada Allah.


alaa kita yang budak budak comel belaka ni tak semestinya nak pergi join pakcik pakcik yang tengah bina masjid baru tepi taman tu kan semata mata nak dapatkan pahala berterusan. banyak lagi cara yang kita boleh try sesuai dengan tahap kemampuan kita. ok ok meh kita lihat apa yang ada.


1. Tanam pokok.
pokok ape? suka hati laa nak tanam pokok apa pun. kalau pokok kecik pun memberi manfaat, pokok gedabak dan rendang mesti lah lebih lebih lagi manfaat tu. ok paling simple pokok betik laa. mesti ade jugak burung singgah kan takpun ada tupai buang tebiat ke belasah angkut sebijik buah betik tu. weee memanglah kita marah marah kann kalo buah rosak, tapi cer positif sikit pandang dari sudut lain pulak kan. agak agak lepas mati pun nak pokok tu hidup lagi tanam pokok gedabak gedabak pulak.




2. letak water cooler.
abah saya cakap kan, nak derma penapis air Coway tu kat asrama adik saya sekarang ni. lagi ok daripada minum air water cooler tu abah kata. HIHI. tapi benda simple macam ni pun orang akan guna sampai bila bila kan? budak asrama nak kaut air minum mana hala dah kalau bukan setakat apa yang ada. kalau agak nak sweet sikit, pi letak water cooler kat surau mana mana. mesti kompem wajibbun ada orang guna.




3. ajar orang baca Quran.
adik adik ramai berceretet kat rumah kan? haa jangan la asyik ajak adik adik korang main game saje. cer ajak die mengaji lepas solat ke. tambah pulak yang baru nak kenal huruf tu. jangan la harapkan die belajar kat sekolah aje. budak budak ni kalo kat sekolah ada ramai member mesti asyik main aci ligan aje. jadi kat rumah  pun kena la cek cek cekedaut jugak. 

habeh rajin sikit buat macam saya ya. saya pernah ganti sorang ustazah ni ajar kelas dia, budak darjah 1. ya Allah, dugaannya. bukan apa, COMEL SANGATTTTTTTTT. baca muqaddam tu silap pun dok buat muka comel lagi then cakap "ustazah, jangan la marah ye". ya Allah. memang menggugat iman betul budak budak tu. HIHI. 




4. berkongsi ilmu.
paling senang kot, untuk kita yang ada blog terutamanya :) habes tadak apa sangat pun, Facebook dengan Twitter tu toksah bohong la, mesti ada jugak. kita masing masing ada cara tersendiri menyampaikan dan berkongsi ilmu yang kita ada.

 macam jugak novel Hlovate. rasanya semua yang dia tulis tu dah meliputi cara hidup majoriti kita atas muka bumi ni . tapi tak semestinya apa yang kita share tu sampai boleh ubah hidup someone, kadang kadang benda kecik pun dah cukup untuk Allah pandang kan :) 
'Sampaikan pengetahuan dariku walaupun satu ayat'.




ok saya tak lah kreatip mana pun nak berbakti kepada masyarakat dan negara. saya percaya korang korang yang minda lagi terbukak daripada saye yang pikir macam kanak kanak ribena ni mesti lagi banyak cara nak spread kan apa yang patut. tapi kita try la setakat mana yang kita mampu kan :) at least untuk kawan kawan dan family kita pun, cukuplah. insyaAllah. yang penting, segalanya dengan niat ikhlas kerana Allah :)


ok, selamat malam! jangan lupa bangun sahur esok ok :)
Assalamualaikum.



Kalau SUKa boleh LIKE :)

Bukan karya seni.

35 comments:

muhamad hanif said...

novel hlovate ni feymes jugak kan..

aku je tak pernah baca..AHAHAHAHAHA

vampire and his lady said...

nice la raihana!

fathiahRAIHANA said...

@muhamad hanif

feymes sgt pun payah,
susah nak cari gak novel dia nie, haha. eh rugi kot tak try . cer cari satu , ^^

fathiahRAIHANA said...

@vampire and his lady

tenkiu inchek vampire ^^

pandangkedepan said...

trima kasih bnyak info dlam ni...kalau lah pahala ni boleh nmpak mesti dah rmai org berlumba2 nak...:D

ZWAN SABRI said...

Stakat ni zwan hanya mampu untuk berkongsi ilmu yang x seberapa ni jerlah.. yang lain still x mampu lagi.. HUHU

Diya Lolipop said...

nak tanam pkolah mcm nie dgn se ikhlas hati hehehe

syafiqakarim said...

nice post.senang nak dpt pahala sebenarnya.
nak xnak je kan ;)

nub said...

tanam pokok kerendahan dalam diri =)

lieya orange M.I. said...

selamat bersahur.. :)

Leeya Hezlin said...

tq for sharing..
buat yang simple pun dah dapat pahala..
indahnya Islam.. :)

fathiahRAIHANA said...

@pandangkedepan
tu la , ni sebab tak nmpak la kena saling bg peringatan ^^
kadang2 kita sndri pun lalai .

fathiahRAIHANA said...

@ZWAN SABRI
haa sama la kita ,
stakat di blog nie aje la yg mampu pun :)
alaa leh ajar je mmber2 lam kelas kan kalo time stdy ^^

fathiahRAIHANA said...

@Leeya Hezlin, betul tu akak ^^ buat la ape pun selagi dengan niat kerana Allah ..


@lieya orange M.I., selamat bersahur akak :)

@nub, tak cukup rendah lg ea ? cek cuba lg , hihi

@syafiqakarim, hee, yeap antara nk xnk aje. pdhal mcm2 bole try :)

@Diya Lolipop, jom2 kite tanam pokok rambutan ^^,

meaw said...

tang ganti ustazah tu,alolololo..tomei aihhhh yg penggantinya pon,hehe :D

ILA HonEyBuNNy said...

jom kita kejar pahala selagi kita belum terlambat kan...

seronok la bila dapat berkongsi, terima n pelajri ilmu baru...

thanks...;-)

fathiahRAIHANA said...

@meaw
eh mane ade hee
budak2 tu la yg comel
ustazah yg asal lagi comel
hihi

fathiahRAIHANA said...

@ILA HonEyBuNNy

hihi jom!
insyaAllah setakat mana lepas
kita share la kan :)
sama2 akak ..

Hans said...

insyaallah
sama2 la kita berbuat kebaikan
:-)

sifu im said...

ak suka yg part kongsi ilmu tu..sbb aku kn cikgu..hoho

muhamad hanif said...

AHAHAHAA,

aku ada cari, tapitapi..


Err.

hamzah ian said...

comelnya burung tu

Pocket said...

kalau kita pikirkan plak balik dari segi reverse nyer, ayat yang sama juga bermaksud kita akan dpt dosa dari benda benda yang kita buat permanently..
contohnya kita telibat dalam pembikinan pub or rumah maksiat?
dan dosa yang berterusan biarpun selepas kita mati?

wah!! takutnya nak citer bebenda lagho dlam blog ni..^^
kang tak pasal pasal jer..

Arpiiz said...

betul tu, ayah kita selalu cakap yang bila burung makan buah2 dari pokok kita, nanti kita akan dapat pahala..

fathiahRAIHANA said...

@sifu im
jelez okehh tektiap hari pun mengajaq org bguih btul la

fathiahRAIHANA said...

@muhamad hanif
tapi tapi tapii mlas nak baca la tuuuu haha

fathiahRAIHANA said...

@Pocket

ha betul la tu. kan da sebut atas tu, buat pahala pun senang, buat dosa pun senang.. kot mna pun kena jga jugak kan apa yg kita buat :)

fathiahRAIHANA said...

@Arpiiz
abah kite cakap pasal water cooler aje heeee

Qaseh dalia adelia said...

suka baca ..
betul apa yang kita sampaikan untuk di gunakan oleh org lain dengan ikhlas kita dapat pahala yg kita tak tahu .. insyaAllah ..

KimiCnoL said...

nice..boleh letak watercooler lepas nie dekat masjid..hehee
cara mudah buat doodle??

Nightroad said...

kat dunia ni nk buat pahala senang, nk buat dosa pun senang...^^

Pak Pis said...

Info bergune ni kakak..tq

amna said...

nice entry. like sgt2.. basuh minda pepagi ni :) selamat bersahur raihana~

amna said...

nice entry. like sgt2.. basuh minda pepagi ni :) selamat bersahur raihana~

Hami Asraff said...

InsyaAllah cuba amalkan yang keempat walaupun ilmu tidak seberapa :)

Entri Terkini:
Awas Dengan Muslihat Syaitan!

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.