Thursday, November 17, 2011

Spontaneous Thursday #1 : Comel comel comel Gilaaaa.




Comelnya dua dua orang nieee, Hihihi. Malu malu pulakkk. Kalau si perempuan yang segan, tak lah pelik sangat. Ni si lelaki pun sama segan aje XD Tapi yang perempuan tu nampak sangat sweet dengan tudung labuhnya =)


Macam ni eh gaya kalau kahwin dulu baru bercinta ? Segan tahap kelas pertama dua duaa , Haha.






p/s : First time buat Spontaneous Thursday, hee. spontan sangat tak tetiba rasa nak kahwin ? ('_')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, November 16, 2011

Dia Ada, Always :)




"Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kita kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran dan keteguhan dalam perjuangan. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan ? :')"


Dan sudah tentu, Dia sentiasa ada dengan kita, walau apa pun yang terjadi.


Bila kita ketuk, Dia bukakan pintu.
Bila kita meminta, Dia lah yang memberi.
Bila kita berdosa, Dia lah yang menguji.
Bila kita minta ampun, Dia beri kemaafan.
Dan bila kita menangis, hanya Dia yang mendengar segala galanya.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" - ArRahman.


Dia sentiasa ada dengan kita. cuma kadang kadang kita yang leka, lalai dengan perkara yang tak sepatutnya. Tapi Dia sentiasa ada, mengetuk pintu hati kita, mengingatkan kita berulang kali supaya kembali dekat padaNya. Hlovate cakap bila Allah dah ketuk pintu hati, kita kena manfaatkan betul betul. Jangan sampai nanti Dia merajuk taknak ketuk pintu hati kita lagi :) insyaAllah.





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, November 10, 2011

Terlebih Gulaa dalam Senyum Hari ni.

Assalamualaikum! ^___^
Rasa macam nak melompat-lompat tinggi tinggi aje hari ni. Tapi disebabkan saya masih dalam proses mencuba menjadi gadis ayu , jadi dilupakan sahaje niat nak lompat lompat bagai tuu. Hee. cerita forum semalam pun belum ditaip habis lagi, dah dapat berita baik lagi hari ni, hee. Syukur Alhamdulillah :)


Hari ni result exam keluar, hee. Untuk benda yang first time, Hmm result saya boleh dikategorikan sebagai ok laa. Boleh la tahan kot. Pointer tak la tinggi sangat, tapi rasanya cukuplah untuk membuatkan mama dan abah bagi kereta sebijik untuk sayaaaa, Hahaha. Cakap macam la kereta tu boleh kaut dari poket Doraemon. Tapi sungguh, Alhamdulillah, lega dapat result macam ni dengan keadaan yang tak berapa kuat time exam tu :)


Dan untuk cerita program kemarin pulak, syukur Alhamdulillah jugak, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun mula mula majlis tu saya ada feel yang sangat lah menggerunkan bila cabut undi dapat tajuk yang sangat sangat tidak ku sangka, Pertanian ialah Perniagaan. Huuu. Cemerlang kan kitorang ? Tekun gila perah otakkkkk sebab masing masing bajet keluar tajuk under skop masyarakat. Dan sekolah lain memang dapat tajuk ala alaa kemasyarakatan gittewww -.-"



Ni konon konon kena kuarantin laa sebab menda ni spontan, cabut tajuk, bincang dan cakap. Heh tapi kuarantin pun bebas aje masing masing pakat bawak keluaq leptop ngan kitab jugak.




Sempat lagi posing padahal masing masing dok kecut perut penuh kupukupu terbang tuuuu sat lagi nak bercakap depan orang. Tiga orang disebelah kiri ni budak budak pidato :)



Dan opkosss saya dengan penuh berkalibernyaa berdiri di sebelah cahaya, konon ambek mood dan semangat sebelum naik ke pentas.. haii ada nampak macam angel takk? Heee >.<


Benda paling syok, untuk kami kami yang memang tadak pengalaman dalam berforum ni adelah, kitorang kumpulan PERTAMAAAAA yang dijemput naik ke atas pentas ye anak anakkkk. Heh, bertuah betui laa tangan sapa yang pi cabut undi giliran nihhh. Hmm tapi bila difikir fikirkan balik, bagus jugak jadi group pertama pun. Kalau tengok orang lain buat dulu, maybe bila sampai turn belakang belakang nanti aku gagap plak nak cakap -.-



Nampak kekok aje kannn saya di situ -.-" Rindu zaman bernasyid kat sekolah dulu la pulak bila saya pegang microfon tewww. Hahaha. nasib baik tak start dengan selawat berlagu bagai tuu.



Cehh takleh blahh la sempat lagi usha camera gituuu. Fokus lari terus. Almaklumlah, giliran orang lain yang bercakap, saya dah boleh menghembuskan nafas lega, Hihihi. Okey sebenaqnya mata time ni fokus pada juri juri dihadapan, sebab salah sorang juri tu adelah cikgu B.Melayu saya di SMKANT dulu, hihihi. Tadi sebelum naik pentas dah buat Jejak Kasih dengan cikgu sebab tak sangka cikgu jadi juri. Tapi tu la, mata ni alert betul dengan kehadiran camera.


Habis aje dengan ucapan salam daripada saudari pengerusi yang comel tu, turun turun pentas terus cari dan capai cikgu. Motif utama tu , kami cuma berharap yang cikgu puas hati dan bangga aje dengan kami. Kalau juri rasa kami ni tak cukup hebat nak menang, takpe lah sebab cikgu sendiri dah cakap ok. Hee. Tapi Alhamdulillah la, cikgu Solehah sendiri pun cakap dia yakin dengan kami, sebab memang okey sangat sangat performance tadi :)


Jadi, akhirnya, dekat dekat 2 petang macam tu orang dan mengantuk lapaq segala bagai, barulah keputusan diumumkan. Jeng jeng jenggggggggg.































Ok ke? Ok la kot untuk orang yang cakap tak terus macam saya, Hahaha. Alhamdulillah. thanks cikgu, sebab percaya dengan kami berempat =)

Dan terima kasih jugak kepada anda anda yang memberi sokongan kemarin! :)





p/s : Sabtu ni busy lagi -.- ingatkan dah habis .


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, November 8, 2011

Doakan Kami berjaya esok :)

Assalamualaikum :) Selamat Hari Raya AidilAdha. hee lambat sikit ye ucap >.<  
maaf kalau saya tak sempat blogwalking dua tiga hari ni , hee biasa lah bila dah jejak kampung yang penuh bendang terbentang luas ni memang lah susah sikit nak kaut internet. tapi bila dah jejak rumah sendiri balik pun, masih tak boleh blogwalking banyak banyak jugakkkk -.-


Tapi setakat esok aje lah nak busy pun. lepas aje esok, insyaAllah ada masa nak jenguk jenguk ke blog kakak abang dan adik adik sekalian, hee.


Malam ni pun sekadar short hupdate aje, sebab masih dalam persiapan terakhir menghadapi hari esok. Hek elehhh bukan la apa sangat pun. tapi saya aje yang gabra terlebih dos -,-  





Esok sekolah saya tuan rumah, Karnival Kokurikulum Pra-U. Drama macam best. Choral speaking pom macam ada gaya nak menang. Geng geng forum ni pulak entah lah nak jadi macamana esok -.- orang tadak pengalaman lagi tawwww . Hahaha . kecut perut wehhh . ok actually ada aje pengalaman sikit sikit sebab dulu pun dah pernah masuk pantun and debate . Tapi yang kali ni maybe seram sejuk lebih sikit sebab kami tuan rumah kot. Segan la kalau kalah kannnn -.-


Moga hari esok berjalan dengan lancar. moga hari esok saya tak rasa pelik pelik bila naik atas stage. moga hari esok judge judge semua muka baik baik belaka. moga hari esok kami dapat buat yang terbaik, untuk cikgu. Moga cikgu puas hati dengan kami berempat esok. saya taknak cikgu frust aje :'(


Doakan kami ye anda anda semua :')


Moga anak saya pom comel macam ni nanti . Hee . rinduuu Mat . Mat nanti kakak balik kita main lagi nahhhh .  Hmm, tadak kena mengena pun dengan esok hari , ish ish ish -.-" 

"Apabila hati kamu telah nekad, maka bertawakal lah kepada Allah (kerana) sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal" (3:159)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, November 3, 2011

Sapa tak pernah main menda ni ?


Kenai tak amenda nehh? Ala toksah bohong la tak penah mainnnn. Hihihi. tengok, asah otak lepas beberapa tahun tinggaikan menatang nih. huduh dak? tak dapat cari word untuk hurup Y pun -,-

bila pikiaq pikiaq balik, kecik kecik dulu kira hebat jugak laa pengetahuan tak la banyak mana sangat tapi lepas saja main menatang ni berkajang-kajang. Hohooo. 



Ni angah punya. sebab tu tulisan huduh sikit. Kakak punya lawa sikit, hikhikhik. Paling sakit hati main dengan dia sebab dia buleh letak Buah = Hati dan Binatang = Hulk . mangkuk betui. hish. tengok bawah tu. Buah = Tangan -,- bertuah punya adik. Benda = Benda . habih tadak idea lerr tu. Hahaa . 


Entahlaa pasai pa tiba tiba saja teringat menatang ni. tu tak kira main SOS lagi penuh kertas buku matematik kotak-kotak kecik tu. lepas tu BINGO pulak. buku kotak kotak matematik tu makin lama makin nipis sebab dok koyak amek bahagia tengah dia. Huehuehue.


Ni la kita dulu. budak budak sekarang mana reti main dah menda menda ni. Hahaha. cousin saya baru darjah satu dengan bangganya mintak iPad kat abah dia kalau dia dapat number 1 exam hujung tahun ni. Kalau dapat number 2 dapat playstation plakk. ish ish ish. entah-entah budak budak sekarang ni main jengket dan batu seremban pun dah tak reti -,-


tido dulu! Assalamualaikum :)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, November 1, 2011

Semut semut semuttt.

Assalamualaikum :) sekadar short hupdate. nampaknya minggu ni pun busy dengan macam macam. ingatkan dah habis exam boleh la merdeka. tapi saya silap sama sekali -,-


Homework masih bertimbun-timbun seperti biasa, berkajang-kajang kena tulis sampai tak cukup dakwat pen. Eh awat tadak jamuan ea? bukan selalu sekolah-sekolah suka buat jamuan ka lepas exam hujung tahun? sekolah ni pelik la -,- sekolah dulu asal hujung tahun aje mesti bersusun-susun dalam jadual hari ni makan, esok makan, lusa makan, minggu depan makan, sampai lah cuti sekolah start, haa baru la rutin tersebut berhenti, err sekejap, Hee. Alaaa kalau busy dengan jamuan semua orang pun sanggup derr.


Dan yang paling best, saya tercampak ke dalam pasukan forum sekolah untuk Karnival Bahasa Pra-U blablablablaa amenda ntahh -,-  hari tu ada cikgu dah tanya, nak masuk pidato tak. Err pidato sorang sorang kan? taknak laa, kecut perut kot, Hahaa. dan teacher pulak tanya, nak masuk choral speaking takk. Wow, i like. tapi kite dah kene book untuk forum la teacher -.-" 


Heh konon short hupdate, banyak jugak dah tertulis nie, Hee. motif utama cuma nya nak berkongsi sesuatu ni.


comel. kecik sangat. tapi rajin. berdikari. 
kita? comel jugak. besar sangat. tapi kadang-kadang malas -,-
cuma eksaited nak kongsi sebab semalam baca surah An-Naml. seronok baca terjemahan. selesai dengan tafsir, tangan terus gapai buku kisah-kisah Nabi di rak. laju-laju selak cari kisah Nabi Sulaiman. Yes. ghindunyaa :') Err tapi kan, rasa berdosa pulak selalu marah-marah semut lalu lalang masuk dalam makanan. Maaf yerr semut -,-


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.