Friday, September 28, 2012

Kehilangan


Ramadhan yang lalu, adalah kali terakhir kami bersahur dan berbuka dengan dia. Syawal yang lalu, adalah kali terakhir kami menyambut Aidilfitri dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergaduh dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergelak ketawa dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir kami pergi dan balik sekolah bersama. Dan minggu lalu, adalah kali terakhir aku lihat wajah dia, kali terakhir aku cium pipi dan dahi dia. 


Ya. Itulah saat-saat terakhir aku dengan angah. Saat-saat terakhir mama dan abah dengan angah. Saat-saat terakhir alang dan kakcik dengan angah.


Ya. Angah telah kembali ke rahmatullah, 17 September yang lepas. Cukup sebulan Syawal berlalu. Cukup-cukup umurnya mencecah 17 tahun 4 September yang lalu. Allah ambil dia pergi sebelum dia benar-benar kenal dunia luar. Allah ambil dia pergi tika hati dan fikiran dia masih comel dan bersih macam kanak-kanak kecil. Allah ambil dia pergi, kerana Allah sayangkan dia. Itulah hakikatnya. Allah cuma pinjamkan dia untuk tempoh 17 tahun ini saja. 


Selepas pemergian dia, kami sekeluarga mula nampak hikmah disebalik segalanya yang pernah hadir dalam kamus hidup kami selama ini. Sungguh, Allah telah aturkan kisah hidup yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Dan kami sangat yakin, pemergian dia kali ini juga ada hikmah yang lebih besar buat kami selepas ini.


Memang tak mudah. Tak ada siapa pernah mengatakan ia mudah apabila kita kehilangan insan yang kita sayang. Tapi cuma ada satu jalan sahaja untuk mengubati hati dari terus merasa pedih. Lepaskan dia pergi. Redha. Berdamai dengan takdir-Nya. Sedar hakikat bahawa kita semua adalah milik-Nya, dan akan kembali pada-Nya juga.


Memang perlukan masa, tapi itu sahaja cara yang ada. Yakin, dia sedang menanti di syurga. Dan kita di atas dunia perlu terus berusaha, moga berjumpa dia di sana. Bukan taknak lepaskan dia pergi. Bukan taknak terima hakikat dia tiada lagi disisi. Cuma kadang-kadang, jatuh juga air mata itu kerana rindu itu tiba-tiba hadir di dalam hati. Jatuh juga manik jernih itu, kerana kenangan bersamanya tiba-tiba menerpa ke dalam memori.


Aku tak pernah rasa kehilangan. Jadi dugaan ini adalah pahit untuk aku telan. Memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,mama dan abah. Tak sanggup lagi melihat air mata mama dan abah terus-terusan melimpah keluar dari tebingnya. Maka aku sendiri perlu kuat dan tabah.


Kakak janji, kakak akan kuat untuk mereka yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. Kakak janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan  pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. Kakak janji, setiap ingatan kakak pada angah akan diiringi dengan doa.


Moga Allah jaga angah di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan angah dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang angah dan mudahkan urusannya di sana.

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu. -Hlovate, Contengan Jalanan.







We'll miss you forever my dear. Big time. May Allah bless.
AL-FATIHAH for my angah.



Bukan karya seni.

22 comments:

nabByla said...

al fatihah utk arwah adik awak..

btw dia sakit apa ea ? huhu..

SHAHFIEQ DANIEL said...

takziah ye. btw...sedap bahsa bile bace.
vosit mine. http://shahfieqdaniel.blogspot.com/

Maya Mahbubah said...

As salam, Fathiah...Nina pernh mersai perasaan tu dn Nina prcya smua mnusia dlm dunia ni psti akn rsa saktnya kehilangn tu...Betul ckp Fathiah, kta ni cma hdup smntra je, Allah cma pnjamkn kta kt dunia dh tba msa Allah ambil balik...Sbar dn tbah ye Fathiah, utk tahun ni dh byk Nina dgr khbr mngenai kematian...Trmasuklh adk beradk rpat Nina bru2 ni...Nina rsakn, kematian tu makin hmpr dn ters hmpr dlm hdup Nina...Nina prcya Fathiah bleh kuat...Nina syg Fathiah, Fathiah shbat dunia akhrat Nina... :')Kuat ye...

syakirahmn said...

:'(
mmg pahit kehilangan org yg kta syg, lebih pahit jika ia kaum kluarga kta. tabah ya?

takziah. al-fatihah utk rohnya.

Nur Adibah said...

sabar yer fathiah ... fathiah kena kuat ... kmi tahu apa yg fathiah asa 2 perit ... kita semua xnak asa kehilangan ... klu bleh nak tolak 2 semua jauh N hnya nak k'bahagiaan yg b'kekalan ... ALLAH maha mgetahui segalanya ... jadilah pnguat semangt untk mak ayah n adik2 fathiah ... insyaallah fathiah bleyh :)

Nur Adibah said...

sabar yer fathiah ... fathiah kena kuat ... nages la klu i2 yg mlegakan ati .. jgn pendam ... kami tau semua nie perit untk fathiah n keluarga tapi ALLAH maha mngetahui apa yg terbaik untk hmbanya ... kita semua klu bleh xnak khilangan tapi nakkan k'bahagian yg b'kekalan ... fathiah kena jadi penguat semangat untk mak ayah n adik2 fathiah ... insyaallah fathiah bleyh :)

Leeya Hezlin said...

al-fatihah utk adik ana..
sama2 kita berdoa semoga rohnya tenang dan berada dlm kalangan orang2 yang beriman..
semoga ana tabah dalam menghadapi dugaan hidup..

Izwanie Eynia said...

:'(

bykkan bsabar ya fathiah..

qyqa mokhtar said...

moga arwah angah bahagia dan tenang disana.. AMIN.
AL-FATIHAH.

Stay strong Ana

Misz Nuriz said...

salam takziah..

NoorVictory said...

Semoga angah ditempatkan dalam kalangan hamba ALLAH yang solehah. Semoga angah sentiasa mendapat doa dan bacaan ayat suci al-Quran dari orang-orang kesayangannya.


Jangan risau, angah sekarang dalam jagaan Yang Maha Memelihara. :)

Salam ukhwah, Fathiah.

From,
Noor

Yuni Aisyah said...

AL-fatihah buat angah....akk tau kehilangan irg yg kte syg adalah memeritkan....tabahlah menerima segala ketentuan hidup...setiap yg hidup masti akan pergi jua.....

Unknown said...

semoga fathiah n family terus sabar dan redha.setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.buka hati,berlapang dada..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Dear Ftahiah ..
Be strong ..doakan yang baik-baik untuk angah....Semoga dia bahagia di sana sambil melihat insan-insan yang disayanginya di dunia ini ....al-fatihah buat angah ...

Anonymous said...

Great post however I was wondering if you could write a litte more on this topic? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further. Cheers!

Sya_Merpati Putih 88 said...

dah lama dah tak jenguk sini..

Salam takziah dik..Akak faham perasaan adik, sebab akak pernah alami perkara mcm nie dulu..akak pernah kematian seorg adik lelaki secara mengejut dan tanpa diduga..

smoga adik tabah hadapi dugaan ini...terimalah ia dgn hati yg terbuka dan redha kan pemergiannya..
yg penting jgn lupa doakannya utk kesejahteraannya disana..

take care..

Anonymous said...

Very useful blog. Keep up the good work.

Anonymous said...

Thank you for sharing. Not to many people in your position are so gracious. Your article was very poignant and understandable. It helped me to understand very clearly. Thank you for your help.

Anonymous said...

akak baru baca blog..al fatihah..

akak tak tau pun..sory..smoga ana tabah yer...Allah lebih sygkan angah.. =)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

Ya Allah... dah lama akk tak datang jengok Raihana mucuk ni..

TAKZIAH buat Raihana sekeluarga. Jgn sedih²yew. Kuatkan semangat.

Al-fatihah..

♥ p a a n i ♥ said...

al-fatihah..

Azirah said...

al-fatihah..
sabar ye dik..
da lma akk x jalan2.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.