Sunday, April 7, 2013

MIMPI

Pagi tadi, ada dua tiga ekor baby rabbit yang mata pun belum celik lagi dalam rumah ni. Kemain seronok lagi baby rabbit tu guling-guling dalam tempat tidur dia. Comel. Pink pink lagi baby rabbit tu.

Sebelah aku, ada Alang. Dia pegang satu baby rabbit. Aaaa aku boleh saja nak pegang, tapi kena pejam mata la. Seriau. Sebab lembut sangat budak budak ni. Jadi aku ambik keputusan untuk buat taktau saja terhadap budak budak pink tersebut.

Tapi tiba-tiba seekor baby rabbit ni tak kelihatan pulak. Aduhhhhhh. Mana pi ni. Dah la kecik cinonet sangat ni. Kalau terpijak macamana?!! Angah dah bising. Angah bising suruh cari. Takut takut mati lagi seekor.



Aaaa. Chup chupppp. Apa ni? Kenapa macam ni?









Otak aku macam tak boleh berfungsi tiba-tiba.
Sedar-sedar, macam ada air mengalir keluar dari mata.
Bantal pun rasa basah basah saja.


Dan tentunya, aku cuba untuk tak bangun dari tidur.
Paksa diri untuk tidur lagi.
Supaya mimpi tadi dapat bersambung kembali.
Supaya suara itu hadir lagi.
Supaya kami boleh bergaduh lagi.


Tolong, Inchek Mimpi, tolong jangan berhenti?


Aku cuma mahu saat itu kembali.
Cukup, walau hanya dalam mimpi.


Sebab aku rindu.
Rindu gila.




Bukan karya seni.

7 comments:

awie said...

rindu?rindu dengan siapa?kenapa?

meh singgah blog sy http://imprezaawie.blogspot.com/2013/04/review-kawan-hafizan-halim.html

misslurvelye-scha said...

sedehh :'(
simple tp menyayat hati ,..
tringat + rndu keletah arwah ..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

jangan sedih syg... tabahkan hati ...nanti 'angah' akan datang jenguk kakak dia lagi ...doakan yang baik-baik untuk dia ...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

Raihana mucuk....

mimpi itu indah...

sedekahkan Al-fatihah pada arwah angah banyak².

akk pun nak sedekahkan al-fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. amin.

Cik Aien said...

be strong .. ade trbaca entry tu awak kehilangan salahh seorng adik beradik awak..

*Lama tk update belog? hehe

Munie Blushious said...

al-fatihah angah..
semoga tenang kat sana..
your lovely sis is missing you dear :')

Mr. Redha said...

Assalamualaikum...

Setiap yg diberi itu anugerah dari Nya, dan semua akan kembali kepada penciptanya suatu hari nanti..

Bila org yg tersyg itu kembali ke rahmatullah..itu bermakna Allah lebih menyayanginya..

MOga saudari mimpi2 indah & dirahmati roh org yg tersayang disana..

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.