Awak, awak tahu, dari dulu lagi kita berkongsi cinta orang yang sama. Dari kecik lagi kita dah diajar untuk mencintai dia. Kita diajar tentang sejarah hidupnya. Kita diajar tentang pengorbanannya. Kita belajar menjadi santun dan berhati lembut seperti dia. Kita belajar mencintai mati lebih daripada mencintai hidup.
Awak tahu, tanpa dia kita tak mungkin dapat contact Kekasih yang utama itu. Dia membawa risalah AlQuran, surat cinta Allah itu kepada kita. Dia jugaklah yang mengajar kita menunaikan solat, penghubung utama kita dengan Tuhan. Mana mungkin kita mencintai orang lain selain dari dia :')
Awak tahu, kita dalam golongan yang sangat bertuah. Bertuah kerana memiliki cinta yang tulus dari dia, walaupun tidak pernah bertemu mata. Kasihnya sampai ke syurga. Dia asyik memikirkan kita walaupun pada saat-saat terakhir hidupnya.
Pada suatu hari , ketika duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasullullah s.a.w berkata sambil memegang janggutnya, “Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku.”Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu ya Rasullullah?
“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merinduikan saudara-saudaraku.”
“Siapa mereka ya Rasullullah?”
Air mata Rasullullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, “ Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka.”
Para sahabat menundukkan wajahnya lalu ikut menangis.
Awak, awak rasa kita layak ke nak dapat syafaat dia di akhirat nanti, kalau di dunia ni kita sangat jauh dari sunnah nya? :'(
Jangan sekadar ucap I Love For a Thousand Years, tapi kita tak buat sikit pun something yang menunjukkan cinta kita pada dia.
Moga hari-hari kita yang akan datang, kita berusaha sebaik mungkin, mengenali Rasulullah SAW, dan berusaha mengamalkan sunnah baginda :) Kalau cinta Allah itu matlamat, maka cinta Rasulullah itu adalah jalannya. Wallahualam.
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم. ~ اللهم صلى على محمد
Kalau SUKa boleh LIKE :)
43 comments:
sedih bila bc part dimana rasulullah menerangkan siapa saudara2 yg dimaksudkan beliau iaitu kta.. :'(
very nice entry!. suka!
salam maulidur rasul ;)
salam maulidur rasul.. =)
kalau dulu , memang pandang sebelah mata je . HAHA . naif diri ini . Artis2 hafal pulak nama bagai , Rasulullah yang berjuang menaikkan syiar Islam pun endah tak endah . jahil . huhu . :(
Allahumma solli ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasalim . subhanallah , indah bait2 kata ni . Allah janjikan 10 selawat dengan sekali selwat dari kita hambaNya . sayang Allah kat kita kan . subhanallah .
semoga diri kita sentiasa thabat dijalanNya , sentiasa kuat , dan berjaya meniti titian siratul mustaqim . ameen . :)
salam maulidur rasul ana .
with love , shaz :)
ayuh berselawat kepada baginda..moga kte teruskan tingktkan amalan dgn sunnah baginda agr mendapat syafaat drpd baginda d akhirat kelak.. Insya-Allah..
Salam Maulidur Rasul :)
perbanyakkan selawat.. sollu alannabi
Terima kasih.. entri ni menyedarkan kita semua.. InsyaAllah, lakukan yang terbaik.. :)
Salam Maulidur Rasul :)
sollu :)
subhanallah... sayunya baca :(
slm maulidur rasul :)
luv,
cik ana
hidupkan sunnah yg paling asas dahulu sebelum bergerak ke peirngkat2 yg lebih tinggi...
insya-ALLAH, ALLAH akan mengira itu smua sbagai usaha kita cintakan Rasulullah SAW.
*SElAMAT BERAMAL^^
semoga kita semua mendapat syafaat dari nabi Muhammad s.a.w..
insyaALLAH..
salam maulidur rasul ana.. :)
salam maulidul rasul :)
Salam Maulidur Rasul :)
semoga kita sentiasa mengingati kekasih allah nie dalam diri kita
salam maulidur rasul dear..:)
akk pon dah lama xdtg..sibuk sikit..heee
hee..ptt pon..akk igt xda..kehkeh..;p
xpe2..kita setllekan keja kita then ms blh bw kan...:D
insyaAllah..banyak sunnah yang bleh kita amalkan naa.. ^_^
tersntuh sgt bila baca entry ni..
salam maulidur rasul yaa :)
terharu..moga kita sentiasa ingat pada Rasul kita...
terima kasih untuk perkongsian ini. :)
banyak yg sy pelajari.
anyway, adakah saya juga comel sbb mengkomen?hehe
Salam MaulidurRasul.. Sama² kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda sekeluarga.. ;)
"Kalau cinta Allah itu matlamat, maka cinta Rasulullah itu adalah jalannya." LIKE!
salam maulidur Rasul..
semoga kita semua mendapat syafaat Baginda nnati..
perbanyyakan selawat dan amalkan segala sunnah Baginda...
info yg baik dik.. n salam maulidur rasul..maap ye akak lmbt plak..=)
p/s~ btw, thank dik.. akak biasa2 je.. cuma akak mmg suka dgn lensa..>_< x kisah la cntik ke huduh.. tp tetap excited.. hehehe
:')
salam maulidur rasul.
salam maulidul rasul :')
I miss u Nabi Muhammad :(
salam maulidur rasul...
:'(
Err,
kadang kita ucap dimulut tapi tak trun ke hati =)
Salam...
Artikel yg sungguh menyentuh...
Cinta Rasul kpd saudara2nya yg belum ada...Cinta yg sungguh sejati!
salam satu blogger, salam maulud nabi biar dah terlepas.. salam kenal dari sayaa.. banyaknya salam haih..
salam maulidur rasul dik.. :)
salam maulidur rasul :) semoga , kita sentiasa mengingati Rasulullah dan mendapat syafaat nye :)
:)..
artis tu jue n hanie la kan?heee
akk pon sbb diorang invite..kalau x, xg jugak..ngeeee
Salam Maulidur Rasul
salam maulidulrasul sis ;p
Salam Maulidur rasul..nice sharing..sgt2 touching..=)
sy nk due2.. cinta Allah n cinta Nabi Muhammad :)
=)
semoga kita kita nanti ditawarkan syafaat oleh Rasulullah =)
sayu hati ni pas baca entry awk ni. tq awk. like 1000x :)
salam maulidur rasul. marilah kita berselawat keatas junjungan baginda nabi muhammad S.A.W semoga kita mendapat syafaat darinya di jannah
ku panjatkan syukur pdmu ya Allah swt kerna mngutuskan rahmat trbesr kpd kami,Muhammad saw ...
salam singgah dari cik ana.. bile nak update nih?? hehe
*jemput ke blog cik ana..ade smbungan kisah cinta zaim & anis..hehe
luv,
cik ana
like sangat!!!..
nice entry..
terasa diri di cintai pulak,, huhu..
like sangat!!!..
nice entry..
terasa diri di cintai pulak,, huhu..
syahdu baca entry neh...
sejook hati..;)
Touching ble bca ksah ni... :'(
Post a Comment