Showing posts with label pesanpesan. Show all posts
Showing posts with label pesanpesan. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Aku Sedar.

Dulu, mula-mula aku buat blog ni, seriously aku buat dengan niat nak tulis apa sahaja, segala benda yang aku rasa aku nak tulis. Menulis sebab tak ada orang yang nak mendengar. Menulis bila rasa sunyi dan sepi pada tahap dinding pun bagai ada telinga. Ya, aku tulis sekadar suka suka, seronok seronok untuk lari dari keadaan sunyi yang entah apa apa tak pasai pasai muncul tu.


Tapi kadang-kadang, aku rasa dunia ni sesak sangat. Sesak dengan macam-macam fe'el orang. Sesak dengan benda-benda remeh yang actually aku tak patut terlibat langsung pun. Sesak dengan segala tanggungjawab yang terbeban atas bahu comel ini. Sesak lagi, bila semua orang pun sibuk-sibuk bagai faham sangat hidup aku macamana. Sesak nafas. Serabut otak. Jadi pada masa yang sama, aku menulis lagi, untuk melarikan diri dari dunia yang serabut dan menyesakkan dada itu.


Bunyi macam tak bersyukur kan aku ni? Bila sunyi, aku lari. Bila bising pun aku lari. Aku lari daripada kesunyian, tapi pada masa yang sama aku lari dari bising sesak dunia. 


Entah bila nya aku mula reti menulis, aku pun tak perasan. Selama ni segala perasaan serabut sedih tak guna tu, semuanya pensel dengan sketchbook yang tolong hilangkan. Okay, aku tipu sikit. Dulu zaman nak PMR semua buku teks aku adalah mangsa keadaan. Tak cukup dengan buku teks, aku conteng benda benda haru tu pada kertas kajang, then aku lipat buat kapal terbang, aku terbangkan dari tingkat atas bangunan Aspuri. Konon benda tu pergi, hilang dari pandangan mata beserta segala rasa itu sekali. Heh, dasar otak kanak-kanak kan?





Tapi aku pun sedar. Dalam dunia nyata, aku masih tak boleh lari daripada apa-apa. Masih kena hadapi kenyataan, masih menanggung segala beban. Masih, aku tak boleh lari walaupun aku cipta dunia sendiri. Cuma bila masa semakin berlalu, aku pastikan aku tak sia-siakan semua itu. Cuma sekarang, bezanya dengan dulu, aku teguhkan pendirian aku. Aku sedar, Allah sentiasa membantu. Dan aku sedar, sunyi itu hanya hadir bila aku lupa Dia juga bersamaku. Aku juga sedar, berat beban dan sesak nafasku itu, hanya hadir tika aku leka, lalai untuk mengingatinya setiap detik hidupku.


Paling aku sedar, lari dari sunyi atau lari dari bising, bukan di sini pun tempat paling tepat untuk aku tuju. Juga bukan pada sketchbook atau buku teks sekolah.  Tapi hanya pada ketika lutut dan dahi bertemu sejadah. Dan kalau sampai satu ketika itu, walaupun bibir tidak mampu mengucap mengadu pada Dia, Dia masih memahami. Sentiasa memahami setiap sesuatu yang ada dalam hati ini.


Sometimes, kita hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri bersama Al-Quran di tangan, tangisan di mata  ini serta Allah di dalam hati. Bukan apa sangat pun. Buat benda kecik macam ni saja pun dah cukup meringankan segala resah di jiwa. Sekurang-kurangnya aku sedar sebelum usia aku betul betul tua, Alhamdulillah :)


Walaupun kadang-kadang rasa letih itu menguasai, rasa sunyi itu menyelubungi, rasa beban itu menghimpit diri, tapi ada satu benda sahaja yang pasti. Bila tiba masa itu nanti aku bebas berehat dari semua ini. Rehat sampai bila-bila. Sebab dunia ini hanya sementara.






Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia, yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, padahal khalayak pastinya inginkan yang bai-baik dan yang indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah. Menulis kebaikan sekalipun dia belum sepenuh memilikinya, dan dia akan 'memendamkan' kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. - Pahrol Muhd Juoi





P/s : Rasa dah lama tak cerita benda tak bermotif macam ni, heeee.
Petang nanti orang blogwalking blog korang ye! Thanks masih ingat orang sini :')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, February 26, 2012

Syarat Pakai Tudung ♥


Assalamualaikum! :D 
Saya terjumpa sesuatu. Dan saya rasa sayang kalau tak berkongsi dengan awak semua tauu. Seriously, wajib bagi awak tengok video ni. Terutamanya kakak-kakak dan adik-adik yang disayangi :'>






WEAR IT RIGHT :>


Syarat Pakai Tudung
  • Labuh sampai ke bawah, menutup dada.
  • Tak boleh jarang - Mesti longgar - Menyelindung - Menyelaputi - Menyembunyi apa yang di dalamnya.
  • Kedudukannya betul betul atas dada.
  • Betul betul menutup kawasan dada dan sekitarnya (bawah dada atas pusat)


Dengar tak ustaz pesan apa wahai abang-abang hensem sekalian :D Ustaz cakap pastikan anak-anak atau saudara-saudara perempuan kita pakai macam ni dulu, then baru lepaskan keluar.


Arghhh. Tak mudah kan? Tak mudah nak buang habit yang dok ada selama ni, hee. Susah nak buang jauh-jauh style kita yang sebelum-sebelum ni. Well, saya pun hantu selendang jugak, Hahaa. Cuma tak berminat dengan style kelepet kelepet macam yang ustaz tunjuk dalam video tu laa, hee. Setakat ni memang selesa berpashmina, sebab sangat lebar dan besar dan cukup muat dan selesa yang amat bagi orang saiz gedabak macam saya :3


Tapi masih tak cukup pun penuh empat syarat yang ustaz sebut tu. Cukup syarat asas saja, semata-mata cover dada dan tak jarang. Tutup bahu dan ke bawah sikit tu, dekat sekolah aje laa. Di sekolah selesa bertudung besar sikit, hee mungkin sebab dah biasa. Lagipun baju sekolah putih, serius rasa tak selesa tudung kontot kontot ni.


Tapi bila tanya balik pada diri, sampai bila nak macam ni? ;(
Padahal empat syarat tu bukan susah pun, Wuwuwu :/


Tak lah mudah. Tapi still tak lah susah. Boleh kot cuba pelan pelan, heee :D Moga Allah lembutkan hati kitaa, mudahkan urusan kita, moga kita lagi dekat dengan Dia :>





Ustaz Don, terima kasih untuk teguran ni. Tukang upload video, terima kasih sebab bagi can orang lain dapat ilmu jugakkkk :D May Allah bless 





#Doakan saya boleh cakap dengan berhabuk perghhh perggh punya hari Selasa nanti. MUET, Speaking, Hewhew. Ketaq lutut wehhh :3 Serius tak tipuuuuuuu.

#Walaupun nasyid Jumaat hari tu suara kami bergetar getarr sebab hati dok dupdapdupdap, moga keputusannya taklah teruk sangat. Isnin nanti baru umum pemenang :>


#Weyy koranggggg, sorry sangat ye saya jarang singgah di blog anda sekarang ;( Sangat minta maaf.




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, February 17, 2012

Terasa.


 Assalamualaikum abang kakak adik yang comel dan silent readers yang manis :> Nak berkongsi sesuatu yang saya dah baca dengan awak awak sekalian. Saya mungkin tak reti amek gambar lawa-lawa macam Abu atau kak Syakey, saya pun tak lah terer menulis  macam Kak Mimi, jadi saya hanya mampu berkongsi benda yang saya tahu, Hee :3


Kisah ni daripada novel kisah hidup Sultan Muhammad Al-Fateh.

Selesai kerja pengubahsuai Gereja Aya Sophia menjadi masjid, inilah kali Jumaat pertama mereka di tanah Istanbul. Orang Islam telah berkumpul, namun timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al-Fateh mencadangkan gurunya Syeih Syamsuddin Al-Wali, namun beliau menolaknya secara baik atas alas an dia sudah terlalu tua.

“Carilah orang yang lebih bertakwa dalam kalangan kamu untuk dijadikan imam”, Syeikh Syamsuddin Al-Wali mencadangkan.

Sultan Muhammad Al-Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, sila duduk!”

Tiada seorang pun yang duduk, menandakann semua tentera Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat fardu.

Kemudian Sultan Muhammad berseru lagi,”Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!”

Separuh antara tenteranya telah duduk. Lalu baginda bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk!”

Semua yang berdiri telah duduk, kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud.

“Tuankulah yang paling layak menjadi imam”, kata Syeikh Syamsuddin Al-Wali.



Bila awak baca, apa yang awak rasa?
Adakah kita macam pun macam ni jugak sejak kita akil baligh beberapa tahun yang lepas? Jangankan nak solat sunat tahajud tektiap malam. Nak solat di awal waktu pun cukup susah. Solat sunat rawatib tu lagilah -,- Oh yang ini merujuk kepada diri sendiri sebenaqnya.


Sultan Muhammad Al-Fateh dapat Konstantinopel sewaktu dia berusia 20+++ tahun. Saya sekarang 19 tahun. Tapi rasanya diri ini, banyak main-main, masih nak buat dosa, tak reti-reti nak belajar dari kesilapan lalu. Haish. Terasa rugi kau tahu?

Terasa sangat rugi beberapa tahun lepas akil baligh sehinggalah sekarang, terasa macam waktu muda yang ada tu tak digunakan dengan sehabis baik. Tak digunakan untuk memperbaiki diri sendiri, so that bila besaq besaq macam sekarang ni taklah rasa kesal yang teramat sangat lepas baca novel yg macam ni.

Ok memang lah sekarang pun taklah tua lagi. Baru 19 kan, bukan 71 pun. Tapi kita sendiri pun tak tahu, bila nya kita ni dipanggil pergi mengadap Dia. Dah cukup eh bekalan dari atas dunia ni?






Bila difikirkan balik, time umur 13, 14, 15 tahun dulu, ada banyak masa nak compare dengan sekarang untuk buat macam-macam benda untuk diri sendiri. Ada banyak masa nak betulkan diri sendiri. Ada banyak masa untuk duduk sorang-sorang, pegang Al-Quran dan baca sebanyak mungkin page yg ada. Ada banyak masa untuk solat sunat rawatib mahupun tahajud. Sebab time tu saya duduk asrama.

Ya, bila umur umur macam ni baru nak menyesal kan. Tak gunakan kesempatan yang ada dengan habis baik. Guna, tapi bukan sepenuhnya. Sekarang susah tau. Nanti makin besar makin susah tau. Nanti makin besar makin sibuk, makin umur bertambah makin banyak tanggungjawab. Dan masa akan bergerak makin cepat, tuptup dah malam. Langsung tak sempat buat apa apa, balik rumah dah letih, then terus tidur.

Rasa rugi sangat, sebab 7 tahun yang lalu, saya tak ambil berat dengan semua ni. Saya tak gunakan masa muda saya sebaik mungkin T____T saya tiba-tiba rasa umur 19 ni dah tersangat tua dan saya seriously tak manfaatkan peluang peluang yg saya pernah dapat dulu. Kecewa dengan diri sendiri. Wuwuwu.

Tapi, untuk 10 tahun yang akan datang, saya taknak saya rasa macam ni sekali lagi. Cukuplah menyesal sekali. Taknak sia-siakan masa muda yang saya ada sekarang. Sekurang-kurangnya kita masih berpeluang bangun setiap pagi dan cuba menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.






#Oh panjang eh aku bising bising hari ni? Okaylah ganti seminggu punya hapdet, Hee.


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, February 5, 2012

Mencintai Dia, Rasulullah SAW.

Awak, awak tahu, dari dulu lagi kita berkongsi cinta orang yang sama. Dari kecik lagi kita dah diajar untuk mencintai dia. Kita diajar tentang sejarah hidupnya. Kita diajar tentang pengorbanannya. Kita belajar menjadi santun dan berhati lembut seperti dia. Kita belajar mencintai mati lebih daripada mencintai hidup.


Awak tahu, tanpa dia kita tak mungkin dapat contact Kekasih yang utama itu. Dia membawa risalah AlQuran, surat cinta Allah itu kepada kita. Dia jugaklah yang mengajar kita menunaikan solat, penghubung utama kita dengan Tuhan. Mana mungkin kita mencintai orang lain selain dari dia :')





Awak tahu, kita dalam golongan yang sangat bertuah. Bertuah kerana memiliki cinta yang tulus dari dia, walaupun tidak pernah bertemu mata. Kasihnya sampai ke syurga. Dia asyik memikirkan kita walaupun pada saat-saat terakhir hidupnya.


Pada suatu hari , ketika duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasullullah s.a.w berkata sambil memegang janggutnya, “Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku.”

Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu ya Rasullullah?

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merinduikan saudara-saudaraku.”

“Siapa mereka ya Rasullullah?”

Air mata Rasullullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, “ Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka.”

Para sahabat menundukkan wajahnya lalu ikut menangis.


Awak, awak rasa kita layak ke nak dapat syafaat dia di akhirat nanti, kalau di dunia ni kita sangat jauh dari sunnah nya? :'(


Jangan sekadar ucap I Love For a Thousand Years, tapi kita tak buat sikit pun something yang menunjukkan cinta kita pada dia.


Moga hari-hari kita yang akan datang, kita berusaha sebaik mungkin, mengenali Rasulullah SAW, dan berusaha mengamalkan sunnah baginda :) Kalau cinta Allah itu matlamat, maka cinta Rasulullah itu adalah jalannya. Wallahualam.


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم. ~ اللهم صلى على محمد



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, January 22, 2012

6 Sebab untuk Tidak Berputus Asa :)



Assalamualaikum awak-awak sekalian alam.

Pernah rasa tak kadang-kadang macam putus asa sangat sangat sangat bila kita tak capai apa yang kita harapkan? Kadang-kadang rasa letih, letih dengan semua benda disekeliling kita, rasa macam nak keluar dari sini. Rasa macam malas gila ah nak teruskan untuk capai harapan kita tu. Dah tak boleh nak buat macamana kan? Aicecey konon pasrah lettew.


Tak payah la nak pasrah pasrah putus asa semacam sangat. Kalau kita gagal sekali tu tak bermakna esok pagi bukak bukak mata dunia dah kelam. Kalau gagal hari ni, tak bermakna sampai ke tua asyik gagal saja. Err melainkan kalau dah diri sendiri pun yakin putus asa adalah jalan terbaik untuk teruskan hidup, YA awak memang takkan maju ke depan.


Mai sini nak bagi kat hampa sebab sebab untuk tidak putus asa. Hmmm, nak kena nyanyi Never Say Never - Bieber dulu baru nak baca? Nyanyi sendiri laa, kami suara tak sedap :P


1.  Selagi kita hidup, kita nak apa pun kita boleh dapat.
Kalau betul nak give up gila-gila pun, ada satu sebab sahaja yang diterima, iaitu kalau awak mati. Dah mati apa pun tak boleh buat. Okey, waktu tu boleh la give up. Selagi kita masih bernafas, sihat walafiat, sikit sakit pun tak ada dalam badan, bermakna tiada halangan untuk kita terus-terusan mencuba :)
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]


2. Bersikap Realistik.
Awak cakap "aku ni buat apa pun tak reti", lepas tu buat muka mintak kaki. Padahal baru aje hari pertama, kali pertama belajar kayuh basikal tu. Normal la kalau jatuh sampai luka-luka kaki. Jarang-jarang la ada orang yang belajar pada pertama kalinya, dan dia dah boleh menguasai something tu. Kalau tak, tak wujudlah istilah "Learn from Mistakes", kan?
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]


3. Prove Yourself. 
Awak nak ke orang lain cakap awak tu seorang yang lemah dan cepat sangat berputus asa? Tak nak kan? Jadi mulut tu janganlah dok pi canang merata awak tu tak reti buat apa-apa. Carilah sesuatu yang kita betul betul suka, then usaha supaya kita boleh reti jugak buat benda tu. Tak payah nak buktikan pada orang lain, cukup dengan buktikan pada diri sendiri dulu "Aku mampu buat apa saja" :)


4. Yakin dengan Apa yang Kita Impikan. 
Bila kita impikan sesuatu, tetapkan dalam hati betul betul. Jangan ubah ubah dah lepas tu, tak kiralah apa pun yang orang kata pada kita. Biasalah, orang.. Mesti ada jugak dua tiga kerat spesis manusia yang tak boleh nak tengok orang senang, akan buat kita rasa down. Walaupun spesis macam ni cakap "Alaa berangan aje lebih, mustahillah benda macam tu hang boleh buat", buat muka tak peduli sudah lah. Yang penting, kita tahu kita ni mampu atau tak nak capai impian tu :)



5. Family and Friends.
Jadikan orang-orang yang kita sayang sebagai inspirasi supaya kita terus tabah dan kuat! Selalunya bila sembang dengan mama, apa apa pun yang buat saya down sampai jejak bumi kemarin, boleh buat saya lompat ke langit hari ni :) Tu lah magic seorang mama kot, hee. Ni concoh aje, awak try dengan mak awak laaa, jangan pulak try dengan mama saya :P


6. Ada orang yang lebih teruk daripada kita.
Awak sedar tak atas muka bumi yang cantik ni ada orang yang hidup dalam environment dan situasi yang lebih buruk dari awak sekarang? Awak give up sebab mintak duit dengan mak nak beli kasut baru mak tak bagi? Ish buruk betul buat muka ala merajuk macam tu tua-tua ni. Ingat sikit, ada aje orang yang tadak kaki pun nak pakai kasut tu. Padahal kita ni kasut dah bersusun satu rak depan pintu rumah :3 BERSYUKUR, reti tak?



Jeng jeng jeng. Saya pun tak tau apasal tertulisnya menatang-menatang ni disini, harap maklum :3
Okay saya tipu. Actually hari-hari cakap macam ni dengan diri sendiri. Toksah lah nak give up sangat. Macam lah emas tu boleh luruh dari langit kalau tak buat apa-apa perubahan dengan diri sendiri. Kadang-kadang tu kita sendiri yang tak perasan, something tu mungkin tak jadi sebab kita tak ready lagi. Bila sampai masanya nanti, insyaAllah, kita dapat jugak something tu :)


Yakinlah dengan janji Dia. Kita usaha, kita minta. Dia bagi segalanya. Cuma Dia lagi tahu, bila masa yang paling sesuai untuk kita dapat something yang kita minta tu :) Wallahualam.
 "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa". (Al-Hijr 15:55)







Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, January 14, 2012

Dahi Bertemu Sejadah.



Bila mata bertemu mata, akan berputik rasa cinta.
Bila hati bertemu hati, akan bersemi rasa kasih.
Tapi hanya dengan dahi bertemu sejadah, insyaAllah beroleh cinta sejati.






#Jangan komeng pelik-pelik tawww, drawing ni mmg serabai sikit, hee. kedut merata-rata.
this one adalah percubaan pertama utk Tumblr -,- sebab tu comot lagi, hihi.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, November 16, 2011

Dia Ada, Always :)




"Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kita kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran dan keteguhan dalam perjuangan. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan ? :')"


Dan sudah tentu, Dia sentiasa ada dengan kita, walau apa pun yang terjadi.


Bila kita ketuk, Dia bukakan pintu.
Bila kita meminta, Dia lah yang memberi.
Bila kita berdosa, Dia lah yang menguji.
Bila kita minta ampun, Dia beri kemaafan.
Dan bila kita menangis, hanya Dia yang mendengar segala galanya.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" - ArRahman.


Dia sentiasa ada dengan kita. cuma kadang kadang kita yang leka, lalai dengan perkara yang tak sepatutnya. Tapi Dia sentiasa ada, mengetuk pintu hati kita, mengingatkan kita berulang kali supaya kembali dekat padaNya. Hlovate cakap bila Allah dah ketuk pintu hati, kita kena manfaatkan betul betul. Jangan sampai nanti Dia merajuk taknak ketuk pintu hati kita lagi :) insyaAllah.





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, August 24, 2011

Tak berapa hari aje lagi .



Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin" sebanyak tiga kali?

Rasulullah s.a.w menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa.  Sangat kecewa dan  rugilah bagi:
1. Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat  atasnya.
2. Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk  syurga.
3. Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun  dosa-dosanya.




sedar tak sedar, dah tak berapa hari tinggal.. Ramadhan pun dah nak habis . daripada 30 hari yang tak cukup jari tangan dan kaki nak bilang, sekarang guna sebelah tangan pun dah hampir cukup. tapi macamana kalau kita dalam kategori orang yang ketiga tu ? -.-


macamana kualiti ibadah kita ya ? janganlah sekadar simpan lapar dan dahaga .. janganlah Ramadhan kali ini sia-sia sahaja .. :'(


ya Allah , Kau terima lah puasaku , ibadahku .. Kau ampunkan lah aku dah ahli keluargaku.. dan Kau kuatkanlah aku menempuh hari hari yang akan datang ya Allah :'( 


Lihatlah dosa seperti gunung yang menghempap, bukan seperti lalat yang hinggap.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, August 18, 2011

Solat Jemaah :)

Assalamualaikum :) susahnya nak hupdate belog sekarang ni , hee. macam macam hal datang dan pergi , tak menang tangan nak buat segalanya.  


dan baru-baru ni kan, saya terjumpak gambar ni. tertarik. comel aje. HIHI.



adik ni nak solat berimam, tapi takde sapa nak jadi imam dia. jadi dia pun amek alat mainan dia dan dia yang jadi imam at last. Hihi. alaa comelnye. kecik kecik lagi dah pentingkan solat jemaah :)


dia pun taw nilai solat jemaah tu macamana :)

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Rindu pulak rasanya zaman sekolah dulu. bersyukur sangat sempat merasa hidup dalam environment macam tu. solat Subuh pun wajib pergi surau jemaah dulu. balik sekolah nak solat Zohor pun wajib solat jemaah dulu baru balik dorm. solat Asar pun pergi surau lagi solat jemaah then baca alMathurat. solat Maghrib dan Isyak mesti jemaah penuh, 700 lebih, dengan imam yang suara mendayu-dayu tu. hai laa rindu sungguh , haha. 


tapi masa dah tak boleh diulang. at least saya pernah gunakan peluang yg ada tu dengan sebaik mungkin, Alhamdulillah :) bersyukur ditemani sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan ke arah yg betul.


sekarang bila sorang-sorang aje yg tinggal kat sini, sayu pulak rasa. susah nak hidupkan semula suasana yang dulu tu.. 




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, August 7, 2011

Terus Buat Pahala Sampai Bila bila .

 Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1.    Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum dari padanya. 
3.    Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
4.    Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
6.    Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
7.    Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 



ini dalam hadis =) tapi tak semestinya kena buat antara tujuh ni saja untuk terus terusan buat pahala tu. ya, pahala tu Allah yang bagi. dengan macam macam cara kita boleh dapat pahala, dan dengan macam macam cara jugak kita boleh dapat dosa. semuanya terletak pada Allah.


alaa kita yang budak budak comel belaka ni tak semestinya nak pergi join pakcik pakcik yang tengah bina masjid baru tepi taman tu kan semata mata nak dapatkan pahala berterusan. banyak lagi cara yang kita boleh try sesuai dengan tahap kemampuan kita. ok ok meh kita lihat apa yang ada.


1. Tanam pokok.
pokok ape? suka hati laa nak tanam pokok apa pun. kalau pokok kecik pun memberi manfaat, pokok gedabak dan rendang mesti lah lebih lebih lagi manfaat tu. ok paling simple pokok betik laa. mesti ade jugak burung singgah kan takpun ada tupai buang tebiat ke belasah angkut sebijik buah betik tu. weee memanglah kita marah marah kann kalo buah rosak, tapi cer positif sikit pandang dari sudut lain pulak kan. agak agak lepas mati pun nak pokok tu hidup lagi tanam pokok gedabak gedabak pulak.




2. letak water cooler.
abah saya cakap kan, nak derma penapis air Coway tu kat asrama adik saya sekarang ni. lagi ok daripada minum air water cooler tu abah kata. HIHI. tapi benda simple macam ni pun orang akan guna sampai bila bila kan? budak asrama nak kaut air minum mana hala dah kalau bukan setakat apa yang ada. kalau agak nak sweet sikit, pi letak water cooler kat surau mana mana. mesti kompem wajibbun ada orang guna.




3. ajar orang baca Quran.
adik adik ramai berceretet kat rumah kan? haa jangan la asyik ajak adik adik korang main game saje. cer ajak die mengaji lepas solat ke. tambah pulak yang baru nak kenal huruf tu. jangan la harapkan die belajar kat sekolah aje. budak budak ni kalo kat sekolah ada ramai member mesti asyik main aci ligan aje. jadi kat rumah  pun kena la cek cek cekedaut jugak. 

habeh rajin sikit buat macam saya ya. saya pernah ganti sorang ustazah ni ajar kelas dia, budak darjah 1. ya Allah, dugaannya. bukan apa, COMEL SANGATTTTTTTTT. baca muqaddam tu silap pun dok buat muka comel lagi then cakap "ustazah, jangan la marah ye". ya Allah. memang menggugat iman betul budak budak tu. HIHI. 




4. berkongsi ilmu.
paling senang kot, untuk kita yang ada blog terutamanya :) habes tadak apa sangat pun, Facebook dengan Twitter tu toksah bohong la, mesti ada jugak. kita masing masing ada cara tersendiri menyampaikan dan berkongsi ilmu yang kita ada.

 macam jugak novel Hlovate. rasanya semua yang dia tulis tu dah meliputi cara hidup majoriti kita atas muka bumi ni . tapi tak semestinya apa yang kita share tu sampai boleh ubah hidup someone, kadang kadang benda kecik pun dah cukup untuk Allah pandang kan :) 
'Sampaikan pengetahuan dariku walaupun satu ayat'.




ok saya tak lah kreatip mana pun nak berbakti kepada masyarakat dan negara. saya percaya korang korang yang minda lagi terbukak daripada saye yang pikir macam kanak kanak ribena ni mesti lagi banyak cara nak spread kan apa yang patut. tapi kita try la setakat mana yang kita mampu kan :) at least untuk kawan kawan dan family kita pun, cukuplah. insyaAllah. yang penting, segalanya dengan niat ikhlas kerana Allah :)


ok, selamat malam! jangan lupa bangun sahur esok ok :)
Assalamualaikum.



Kalau SUKa boleh LIKE :)

Bukan karya seni.

Sunday, July 31, 2011

Tetamu istimewa tiba lagi :)




Assalamualaikum =) akhirnya , tetamu yang dinanti-nanti tiba jugakkkkkkk. tetamu yang hadirnya sekali saja setahun dan datangnya pun sekejap sangat :) 


sekali lagi, kita bertemu jugak dengan Ramadhan. tu pun kita tak tau lagi, sekali ni habis atau tidak . dan bila habis yang tahun ini, belum tentu tahun depan kita bertemu lagi :) sepatutnya yang sekali ini lah kita manfaatkan sebaik mungkin . berlumba mengejar apa yang patut , selagi yang kita mampu . berusaha menjadi insan yang lebih baik . time ni la .. bila lagi kan ?


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga" (Bukhari)

best kan hadiah dari Allah untuk kita ? =) 


then, jangan lupa buat checklist untuk Ramadhan kita , hihi. comelkan ada sorang satu checklist! saya rasa ada checklist ni kan, baru la semua orang nampak matlamat kita sepanjang Ramadhan ni. alaa benda kalau tak nampak nanti kita leka . cuba korang buat checklist sorang satu dalam satu geng kengkawan gituu. kalau terlupa, ada la orang ingat kan untuk penuhkan checklist tu =)


kita insan, selalu terlupa. jadi kita kena saling mengingatkan :D


Aim saya untuk Ramadhan kali ni, umumnya :

1. solat terawih kerap kerap
2. baca Quran kerap kerap dan faham Quran betul betul
3. tak makan dasyat dasyat bila berbuka
4. tanak tinggal solat sunat dan solat jemaah
5. takmau tidur sampai tak ingat dunia
6. mulut takmau mengata orang
7. tengok tv benda baik baik aje
8. jadi manusia yang lebih baik
9. buat baik dengan semua orang
10. jadi orang yang penyabar


insyaAllah :D moga  Allah beri kekuatan ..


sempena bulan Ramadhan ni, mai la kita sama-sama usaha ke arah yang lebih baik, beransur-ansur sikit-sikit asalkan berterusan :)

dan saya mintak maaf ya , jika saya ada salah dan silap dengan anda .





Selamat Menjalani ibadah Puasa anda semua =)
ehh jangan lupa lafaz niat puasa tawww!



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, July 24, 2011

Teringat , terdetik sekejap dalam hati .

"Aku tak suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi,
tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa.
Tinggalkan dunia itu satu kepujian,
tapi tinggalkan dosa itu satu tanggungjawab.
Dan untuk tinggalkan dosa itu adalah lebih penting dari tinggalkan dunia.." ~ Yahya ibn Mu'adh


daripada Contengan Jalanan, Hlovate :) dah lama kita tak cerita pasal Hlovate kan .. ya, baru baru nie keluar Contengan Jalanan . keluar tepat pada masanya . hampir kena dengan timing kita yang bakal bertemu Ramadhan dalam dua tiga hari lagi.. ok tak la baru sangat, awal bulan Mei hari tu dah ramai yang pakat pakat pi cari dan awal bulan Jun pulak baru la buku ni sampai ke Penang.


dan Alhamdulillah, saya sempat baca sebelum buat keputusan yang agak besar dalam hidup saya. bukan senang nak bina keyakinan yang dah sekian lama terkubur, hihi. sungguh, saya sangat bersyukur. 


rasanya lepas je kita baca Contengan Jalanan, mesti masing-masing tak sabar-sabar menantikan kedatangan Ramadhan tahun nie kan . mesti masing-masing dah nekad dalam hati nak jadi macam Fend dan K². dan mesti masing-masing teringin gilaa nak pergi Sydney kalau mampu, hihi . teringin kan nak rasa environment macam Fend rasa tu?  teringin kan nak mati macam Chad tu? at least dia sempat berubah, walaupun betul-betul hampir dengan ajal dia..


tapi kita masih dalam persinggahan kita di dunia ni. kita pun tunggang langgang lagi. dan kita sendiri pun tak tau, entah bila la kita akan pulang kepada Allah .. 


moga kita sempat bertemu Ramadhan dalam beberapa hari saja lagi =) *weeeeeee >.<
rindu laa bulan puasa dulu-dulu kat rumah tok, dimanjakan walaupun tok agak garang. hihi .


sekadar muhasabah seketika :)



*maaf lama tak hupdate >.<



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, July 9, 2011

Waiting for Ramadhan =)



saya dapat invitation dekat FB. berpuasa di bulan Ramadhan.


kalau dulu saya stay asrama SMKANT, sungguh saya tak sabar tunggu Ramadhan. kenapa? kitorang bukak puasa ramai ramai dalam dewan makan, mestilah meriah kan kan kan tektiap hari bukak puasa pun dah macam esok raya punya laaa meriah tahap first class. tapi time sahur pun meriah. pagi pagi bangun sahur ramai ramai, kan semangat sikit makan lauk pun sedap sedap gitu. weee.


ok dua reason kat atas tu memang betul pun. tapi kalau ikutkan hati nurani nie, Ramadhan kat SMKANT tu tak la kosong, at least. 


serius, saya tak tipu. saya rindu. rindu sangat nak puasa dengan member member baik saya kat sana. rindu sangat nak cuit hidung member saya yang tertidur time tazkirah Zuhur. rindu sangat nak main aci ligan takut tak sempat amek air tambah time bukak puasa kat dewan makan. dan rindu sangat nak solat tarawikh dengan suara ustaz Ishak sebagai imam walaupun kaki dah macam tadak dua dua belah. dan rindu gilaa gila jugak suasana semua orang berlumba-lumba nak habiskan alQuran sebelum cuti raya seminggu.


tapi tahun nie dah tadak semua tu. ada maybe, tapi tak la sedasyat tahun lepas. tak la sesweet tahun tahun lepas. lima tahun puasa kat asrama. walaupun tektiap kali puasa tu memang rindu gila nak bukak puasa kat rumah, tapi dalam hati masing-masing suka bukak puasa dengan member baik sendiri. 


Ramadhan tahun nie pun dah dekat kan. dah tak berapa hari je lagi. tapi dalam tempoh beberapa hari tu, kita pun tak tau kita sempat ke tak nak jumpak Ramadhan tahun nie.. kan? moga kita semua ada satu lagi peluang tahun nie. moga kita semua sempat lagi nak rasai Ramadhan tahun nie. moga kita sempat manfaatkan Ramadhan tahun nie, lebih daripada tahun lepas lepas =) insyaAllah.



*rindu Ramadhan zaman kanak-kanak ^___^ selalu kena marah dengan tok.


May Allah give us the opportunity, strength and health to fast the entire Ramadhan; shower us with His love and blessings and guide us to the right path. Ameen.




Kalau SUKa boleh LIKE :)

Bukan karya seni.

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1


*Subhanallah


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, May 24, 2011

Aku teringin nak pegang salji .



Allah opens millions of flowers without forcing the buds, let that be a reminder for us to not force things to happens as it will happen in its own time, the right time .


hari nie , mungkin start minggu ni , makin ramai sahabat-sahabat yang dah pergi jauh membawa diri , meneruskan perjuangan masing-masing =) 


kadang-kadang duduk sorang-sorang menatap blog, tumblr dan FB neh, sayu jugak hati tengok status masing-masing pakat ucap "selamat tinggal", nak pergi jaoh .. tapi saya masih di sini . sekolah sebelah rumah pulak lagi . HAHA . pathetic kan aku ni ? orang lain pakat pi jaoh jaoh aku sekolah sebelah rumah sahaje wehh .


aku pom tatauu apa motif budak nie kat sini =.=



kadang-kadang risau jugak, apa mama dengan abah rasa ..tengok anak orang lain dah jejak matriks dengan universiti tapi anak sendiri sekolah tepi rumah ja . entah laa .. aku pun ada perasaan . muka ja dok cekang macam kena botox , gelak sakan dengan member bagai dunia tak berputar langsung, tapi aku pun pikiaq banyak jugak . aku pun sedih ..~ 


rasa macam impian dari kecik kecik dulu masuk kubur free saja . 


nak kata tak belajaq pun , aku belajaq . nak kata tak pulun pun , jawab exam sampai nak tercabut tangan . 


sampailah semalam , ada member aku tag kat  FB satu note . 



Ku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar, 
DIA beri kaktus berduri.
Ku minta kupu2, diberi 
ulat beluncas.

Ku sedih dan kecewa.
Namun kemudian,
kaktus itu berbunga, indah sekali.
Dan ulat itupun 
menjadi kupu2 yang cantik.

Itulah jalan TUHAN,
indah pada masa yang ditetapkanNYA.

ALLAH tidak
memberi apa yang kita harapkan, tapi DIA memberi apa
yang kita perlukan.

kadang2 kita rasa kecewa,
sedih,terluka,
Tapi jauh diatas sana DIA sedang 
mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA..




baca nie macam nak leleh pom ada =.=  tapi aku gelak sorang sorang dulu .. rasa macam slow pikap nya aku nie . sepatutnya kerja aku sekarang bersyukur kan? mungkin aku tak la dapat apa yang aku nak  tapi at least aku ada jalan lagi nak pergi. daripada ada jugak orang lain yang memang terus terbengkalai, tadak arah tuju . 





mama aku selalu cakap, walau apa pun jadi, that is not the end of the world. benda jadi mesti ada hikmah . mungkin nie belum masa yang sesuai untuk aku. jadi aku kena terima dengan baik apa yang Allah dah tetapkan. dan work hard with that. kan? macam Hlovate kata, "come hell or high water,He's enough for us" . just terima seadanya . tapi masih segalanya memerlukan usaha untuk sampai ke tahap yang sepatutnya .


May Allah bless . Selamat Malam ~







p/s : aku teringin nak pegang salji .


 Kalau SUKa boleh LIKE :)

Bukan karya seni.

Wednesday, May 11, 2011

Kita kena sentiasa bersediaaa! =)

Alhamdulillah , esok dah nak masuk hari keempat  persekolahan  =) tak la best sangat dan tak la boring sangat . apa yang tak best ? dah tiga hari saya kena bangun awal pagi dan siapsiap pergi sekolah ye . breakfast makan koko krunch sahaje . tak payah cakap , tauu dah memang comel gila punnnnn =.="





tak payah cerita la pasal masuk form 6 nehh , bosan wehh . seperti biasa, minggu pertama mesti la minggu orientasi . wahhhhhhh i loikee*nada perli . wajib pakai baju khas untuk form 6 tawwww . saye dapat bajuuu lawa . comel gila . tapi lengan pendek . nak pakai cardigan pegi sekolah bole ? hee =.=" ngengada tahap kelas pertama kan akuuu . lempang sekali kottt


tapi setakat ni happy la jugak kat sekolah tu pun =) aceyyy tetiba rasa macam matahari memancar terangg . ahh macam macam aku neh menyelit pun . hihi! alaa biasa lah nak gila sat kadang2 . kang skema sangat korang kata saye buang tebiat plakk kannnnnnnnnnnnn T______T  best ah , kali pertama kot dapat member berlainan bangsa! dok sekolah agama dulu semua melayu je . hee .


walaubagaimanapun , lepas ni dah tak boleh menjalani hidup macam neh ye =.=



tu zaman form 4 takpe lagi . sekarang dah tak boleh main main . sekarang kena puluh wehhh tahun depan nak  amek STPM! =.="  kena betul2 bersediaaaaaaaaa ye .


eh cakap pasal bersedia kan , teringat satu video . video ape ? alaaa korang takkan la tak kenal kot cik abang sorang nehhhhh .





terasa la jugak dengan apa yang dia cakap tu .

kita makin hari makin dekat dengan Allah . tapi dok buat main-main lagi kann . kalau cakap nak exam esok lusa pun dah takut baru terhegeh-hegeh nak prepare . ni kalau tetiba kena panggil balik ke tempat asal kita entah la cukup ke tak bekalan yang ada . dah tu bukan kita tau bila nya kita akan dipanggil. tak gituu kawan-kawann?! =)

jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita perbanyak bekal untuk meneruskan perjalanan?




ok , mekasih bace! tido cepat, esok sekolah wehh!! ^________^




 Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, April 4, 2011

a Quote about Iman =)

nak share something =) sebab tadi ana terbaca ayat nieh .. tak syok la simpan sorang sorang kan =) ala tak take time pom baca satu ayat niehhhh . ayat yg comel je . hee ^^


Iman is like an airplane ride . the higher up we go , the smaller the things on Earth look .


ok . saya tak lah pandai sangat bab-bab yang mendalam nieh .. tapi, disebabkan tadi saya baca SOLUSI tentang mencari halawatul iman, bila terbaca ayat nie , saya rasa saya faham :) dan semoga saya sendiri berusaha ke arah tersebut . hee . people can change . antara nak dengan taknak je .. 


apa yang pasti , kita kena terus mencari ilmu .. terus menuntut ilmu .. kalau tadak pengetahuan langsung pun tak guna jugak .. macamana nak hidup berpuluh-puluh tahun lagi ? takkan kita nak stay di level yang sama drpd tahun 2011 sampai 2043 nanti.. kan ? 


peringatan untuk diri sendiri jugak , yang selalu sangat lalai dan main main .. =.=
dulu time sekolah lagi buleh la main main sebab tektiap minggu ada ja ceramah . ok , ada la jugak santapan rohani .. sekarang , kena teruskan jugak usaha menghidupkan hati :)





ok , dah pukui 12 lebih . nak tidoq wehhhhhh =D selamat malam . Assalamualaikum!



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, April 1, 2011

renungkan :)



apa conclusion yang korang boleh buat berdasarkan gambar ni ?


sekadar berkongsi =) dan mengingatkan .. kita hidup tak lama .. dan dunia nie pun dah sampai ke zaman yang  penghabisan .. tapi bekalan pun masih tak banyak mana .. :(


ana baca dari blog Blogger Crew dua minggu lepas .. elok lepas tsunami di Jepun tu .. takot bila baca nieh .. risau .. baru betul-betul sedar , tsunami dan gempa bumi tu menandakan sesuatu ..


anda rajin , klik SINI , baca sendiri . anda malas .. ? baca bawah niehhh . 

tanda-tanda kecik kiamat .
1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


semua tanda kecil dah berlaku .. tunggu masa sahajaa .. kan ? Astaghfirullah .. =.=



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.