Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Setahun yang Perit.

17 September.
Setahun yang sangat panjang.
Setahun yang sangat sunyi.
Setahun yang sangat suram.


Tanpa riuh dan gelak tawanya.
Tanpa senda gurau dan nakalnya,
Tanpa bising dan bahang barannya.
Tanpa tangis dan dukanya.


Setahun.
Setahun yang perit.
Tanpa dia, yang sentiasa menjadi telinga bila aku perlu.
Tanpa dia, yang sentiasa menjadi bibir bila aku bisu.
Tanpa dia, yang sentiasa ada bila aku lesu.
Tanpa dia, yang sentiasa tahu bila aku buntu.


Sesal tak berkesudahan,
bimbang kasih yang dicurah-curah tidak ditunjuk terang-terangan itu
tidak kesampaian
bimbang sayang yang dicurah-curah selama ini tidak sempat dia ertikan
kerana antara sayang dan kasih kami itu sentiasa terselit pertelingkahan.


Pernah aku kisahkan lara hati aku
pada abah
kerana jarang aku ucapkan sayang pada dia
Tapi pendek dijawab abah
"tak mengapa, telingkah adik kakak itu sudah cukup
menandakan kasih"


Benarkah?
Benarkah abah?
Cukupkah?


Aku cuma yakin dengan Allah.
Yakin,
setiap patah kata yang aku kisahkan dalam doa itu,
Allah sampaikan pada dia.
Yakin,
setiap patah kata dalam doa untuk dia itu,
Allah makbulkan kerana Allah sangat sayang padanya.


Dan aku sangat yakin,
dalam setiap mimpi aku tentang dia,
itu dia.
Bukan sekadar mainan minda.
Kerana dia hanya diam tidak bersuara,
melihat, melambai dan tersenyum dari tepi sahaja.


Tuhan, jagakan dia sebaik-baiknya.
Temani dia dengan kasih sayang-Mu sampai syurga.
Limpahkan rahmat-Mu, moga dia sentiasa tenang di sana.
Sampaikan cinta dan kasih yang tak sempat aku sudahkan sebagai kakaknya.




Bukan karya seni.

Sunday, March 25, 2012

Aku Sedar.

Dulu, mula-mula aku buat blog ni, seriously aku buat dengan niat nak tulis apa sahaja, segala benda yang aku rasa aku nak tulis. Menulis sebab tak ada orang yang nak mendengar. Menulis bila rasa sunyi dan sepi pada tahap dinding pun bagai ada telinga. Ya, aku tulis sekadar suka suka, seronok seronok untuk lari dari keadaan sunyi yang entah apa apa tak pasai pasai muncul tu.


Tapi kadang-kadang, aku rasa dunia ni sesak sangat. Sesak dengan macam-macam fe'el orang. Sesak dengan benda-benda remeh yang actually aku tak patut terlibat langsung pun. Sesak dengan segala tanggungjawab yang terbeban atas bahu comel ini. Sesak lagi, bila semua orang pun sibuk-sibuk bagai faham sangat hidup aku macamana. Sesak nafas. Serabut otak. Jadi pada masa yang sama, aku menulis lagi, untuk melarikan diri dari dunia yang serabut dan menyesakkan dada itu.


Bunyi macam tak bersyukur kan aku ni? Bila sunyi, aku lari. Bila bising pun aku lari. Aku lari daripada kesunyian, tapi pada masa yang sama aku lari dari bising sesak dunia. 


Entah bila nya aku mula reti menulis, aku pun tak perasan. Selama ni segala perasaan serabut sedih tak guna tu, semuanya pensel dengan sketchbook yang tolong hilangkan. Okay, aku tipu sikit. Dulu zaman nak PMR semua buku teks aku adalah mangsa keadaan. Tak cukup dengan buku teks, aku conteng benda benda haru tu pada kertas kajang, then aku lipat buat kapal terbang, aku terbangkan dari tingkat atas bangunan Aspuri. Konon benda tu pergi, hilang dari pandangan mata beserta segala rasa itu sekali. Heh, dasar otak kanak-kanak kan?





Tapi aku pun sedar. Dalam dunia nyata, aku masih tak boleh lari daripada apa-apa. Masih kena hadapi kenyataan, masih menanggung segala beban. Masih, aku tak boleh lari walaupun aku cipta dunia sendiri. Cuma bila masa semakin berlalu, aku pastikan aku tak sia-siakan semua itu. Cuma sekarang, bezanya dengan dulu, aku teguhkan pendirian aku. Aku sedar, Allah sentiasa membantu. Dan aku sedar, sunyi itu hanya hadir bila aku lupa Dia juga bersamaku. Aku juga sedar, berat beban dan sesak nafasku itu, hanya hadir tika aku leka, lalai untuk mengingatinya setiap detik hidupku.


Paling aku sedar, lari dari sunyi atau lari dari bising, bukan di sini pun tempat paling tepat untuk aku tuju. Juga bukan pada sketchbook atau buku teks sekolah.  Tapi hanya pada ketika lutut dan dahi bertemu sejadah. Dan kalau sampai satu ketika itu, walaupun bibir tidak mampu mengucap mengadu pada Dia, Dia masih memahami. Sentiasa memahami setiap sesuatu yang ada dalam hati ini.


Sometimes, kita hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri bersama Al-Quran di tangan, tangisan di mata  ini serta Allah di dalam hati. Bukan apa sangat pun. Buat benda kecik macam ni saja pun dah cukup meringankan segala resah di jiwa. Sekurang-kurangnya aku sedar sebelum usia aku betul betul tua, Alhamdulillah :)


Walaupun kadang-kadang rasa letih itu menguasai, rasa sunyi itu menyelubungi, rasa beban itu menghimpit diri, tapi ada satu benda sahaja yang pasti. Bila tiba masa itu nanti aku bebas berehat dari semua ini. Rehat sampai bila-bila. Sebab dunia ini hanya sementara.






Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia, yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, padahal khalayak pastinya inginkan yang bai-baik dan yang indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah. Menulis kebaikan sekalipun dia belum sepenuh memilikinya, dan dia akan 'memendamkan' kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. - Pahrol Muhd Juoi





P/s : Rasa dah lama tak cerita benda tak bermotif macam ni, heeee.
Petang nanti orang blogwalking blog korang ye! Thanks masih ingat orang sini :')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, December 22, 2011

Cik Bunny.


Mama cerita, dulu kecik-kecik kan, saya suka jalan heret patung bunny. Mungkin menatang tu dianggap sama comel dengan diri sendiri, jadi boleh la buat kawan, hee.




Dan, waktu saya berkawan baik dengan cik bunny tu, saya pernah jatuh tangga kat rumah tok. Biasa la, kalau rumah kampung lama-lama ni tangga dia bukan tangga biasa. Curam, tinggi, berlubang-lubang, sampaikan nak rabat naik ke atas pun kena merangkak pegang anak tangga. Gayattt -,-


Tapi belah nak turun tu penuh keyakinan. Tak payah duduk dan merangkak satu per satu pun takpa, asalkan cepat aje sampai bawah nak capai aiskrim. Jadi, tengah syok syok turun tangga tu step by step, sungguh la malang tak berbau, lagi 4 5 anak tangga sebelum sampai ke bawah tu, saya tersilap langkah.


Ya, opkoss la saya jatuh guling-guling sampai ke bawah T_________T
Mama, tok, MakLang, Mak Ndak, Paksu semua cepat-cepat terpa mai usap-usap kot kot sakit kat mana mana. Biasalah, cucu sulung keluarga tu, hee semua orang caring dengan kite laa dah takde orang lain yang lagi comel dan mengada-ngada macam ni.


Ma tanya, sakit kat mana ni? Mai nak buh ubattt.
Saya hanya menjawab, "buh la ubat kat bunny duluu, kesian dia sakitttttttt T_____T"


Hewhew :3 rasa lawak pulak bila teringat cerita ni. Err saya memang la tak ingat pun apa yg terjadi waktu tu. Yang ni berdasarkan cerita mama dengan mak-mak sedara yang lain, hee.


Tapi sekarang orang dah ada bunny sendiri lerr. Dua ekor pulak tuuuuu. Babai cik bunny zaman silamkuu. Taktau dah anda di mana sekarang. Semoga berbahagia dengan kawan baru, hek3 *patung tu mai cari aku malam ni mampus -,-



Ni Cik Tam.

Ni Cik Teh.



Cik Teh comel lagi time ni. Sekarang dia sakit T_____T abah bawak pergi jumpa dokter hari ni. Harap-harap Cik Teh cepat sembuh. sedih tengok dia dua tiga hari ni, kurus, dah tak gebuu :'(





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, April 16, 2011

macam 10 tahun lepas =D

Assalamualaikum! ^^
heee lama nye tak hupdate . teruk betul saye niehhh . lama jugak tak blogwalking =.= mintakkk ampunnnnnnn . huu .sekarang cek busy dengan macam2 . terlalu macam2 . acehhhh. zaman SPM dolu dolu pom ada masa nak hupdate tapi sekarang dah makin melampau kannn nampaknya saya niehhhhh T____T


tapi hari nie cuti , semangat gila bukak blog blogwalking kot ^^ dan pagi nie excited lebih sikit sebab tadi secara kebetulan bukan ntv7 ada Sailor Moon wehhhh . dah lama tak tengok tv la katakan . tetiba jadi syok plak enjoy tengok katun pagi niehhh . 




comel betui . katun style dolu dolu . hahaha . sumpah comey . rasa macam duduk dalam situation 10 tahun lepas . acehhhh perasan muda sebentar . hee . dulu kan sailor moon nieh tv2 , pukui 9 pagi . kalo sesapa ingat lagi la kannn  ^^ aku memang tunggu laaa sebab nak tengok Dragon Ball plak pukui 9.30 tuu . so secara tak langsung sangkut jugak dengan sailor moon nehh . padahal tak la minat sangat punn . tapi mula-mula melukis dulu try lukis muka-muka nehh laa sebab comel . huehuehue .


esok pom ada jugak , Dragon Ball kat ntv7 =) tapi esok keja =.=" frustttttt . kenapa mesti keja hari ahad!!!! huuuuuuuuuu .




sungguh la frust takleh tengok =.=" tapi takpa la . gedik ja over . padahal komik belambak dah dalam rumah neh sampai tak tau nak tauk mana . hee . 


kot mana pom katun dulu dulu banyak yg best ^^ maybe katun sekarang pom syok je tapi sebab 5 tahun terperuk dalam asrama tuh tak tertengok katun yang baru, jadi tetiba rasa yg baru2 nehh mmg tak best . hee . tapi dah habeh sekolah neh cover balik la yang mana terlepas pandang dulu :)


yg nie pom best .



yang nie pom ^^


ehhe , yang nie memang best . comel sama =D best lagi baca komik daripada tengok tv kalo Detective Conan niehh . kalo tengok tv rasa cam kekok je , dan kalo kat tv pom tak puas laaa bila satu kes tu tersangkut =.="


tapi yang memang setia dari dulu sampai sekarang tak habeh habeh lagi pom ada jugak . 


macam macam siri , macam macam version ada . tapi tak pernah boringgg :)


tapi tak lupa jugak keluaran tempatan punya . agak tersangkut kadang-kadang walopun saya tak la setia menanti depan tv =D



ok! dah banyak merepek ^^ papaii ~




p/s : minggu nehh baru thegeh-hegeh bljar memandu =.="



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, January 29, 2011

rasa nak cabut hidung dari muka . jadi Voldemort comel tak ?

Assalamualaikum ..
ana mintak maaf banyak-banyak . sekarang macam demam dan selsema ana dasyat sangat . rasa macam takde hidung lagi bagus . tapi kang nampak macam Voldemort pulak . 



hokeyy . beliau marah ana perli .


jadi oleh sebab keparahan hidung dan keberatan kepala yg ana alami sekarang, ana tak sempat nak blogwalking pun ke blog orang lain T____T  to the new followers, thanks .. nanti ana singgah yaa ..  


nanti agak-agak boleh on9 lama sikit, ana update lagi . banyak benda nak share  =) korang pom take care la jugakkk . jangan sampai tercabut hidung cam ana .


by the way , tadi dalam FB ada orang tag picture nie kat ana . ana lukis time ana form 3 kot untuk rumah biru . thanks . rindu sekolah :) korang jangan ahh gelak tengok . ngee .






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, December 27, 2010

i love Hlovate =)

sebelum habis SPM hari tu kan, dalam hati nieh memang dah tegar gilaaaa, tak kira apa jadi sekali pon nak marathon novel Hlovate!! hohOooo. sebelum trial hari tu dah cukop gedik pi bukak 5 Tahun 5 Bulan okey. tak baek betol saya nie, mengketepikan buku teks dan mengketengahkan Hlovate.

tapi bagi sesiapa sahaje yg dah baca Hlovate's novel mesti paham kan cemana rasa bila dah start tuuu. ngee ~ yg bestnyaa, sesapa pom taktaw sapa Hlovate niehh .. Inchek ka cik . memang misteri betol .. tapi kalau tengok cara tu macam pompuan laa =)



  

tengok laa cover novel Hlovate nieh . simple gilaaa . sumpah memang simple . first time ana baca Hlovate nieh time bulan 5 ke bulan 6 ntah .. memang jatuh cintaa! dengan Tunas dn aA+bB ... first time nak beli tu pon macam teragak-agak, tapi dah tertarik pulak dengan nama unik si penulis nieh :)

contohnya Versus laa.. kalau tengok cover Versus tu memang sesapa pon takkan sangka isi kandungan dia memang first class punya! =) specialnya Hlovate nieh pada gaya bahasa dia yg amat santai , dan cerita2 dia memang lebih kurang dengan life kita .. Hlovate buat kita berfikir.. =)

saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh 'draw and paint' perasaan saya.

saya tak pandai menyanyi, saya tak boleh lagukan hati saya.

saya tak ada 'art and skill' maka saya tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding...

dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis...
saya tau 'throw out and spill' aje

haha. n this make Hlovate special+unique+so sempoi!!!
jadi bagi sesapa saja yg masih belom mencoba , silaa lah pergi cari sekarang novel-novel beliauuu!



p/s : one of her Quote ; everything will be ok in the end...

if it's not ok then it's not the end :)

p/s/s : ulang baca sampai saket pun masih tak borink okey . 






Bukan karya seni.

Tuesday, September 7, 2010

6 benda saya akan rindu bila Ramadhan habis!!


disebabkan saya jarang update dan memang hampir tak sempat nak update, memang terasa masa cepat sangat berlalu . tadi bukak je blog kesayangan nie , tengok kalendar pink kat tepi nie , terkejut la jugak , terlupa , hari ni dah masok 28 Ramadhan . kejap je kan ? kita dah nak raya . hihi . walaupun lepas raya nanti ana akan berdepan dengan banyak lagi paper trial, raya tetap RAYA! =P

rasa macam baru semalam , ye ye tipu lah semalam , tapi rasa macam baru je lagi masuk bulan Ramadhan nie .. kejap aje , kita dah berada dalam 10 malam yg terakhir . sekejap sangat kan ? sekejap sangat , ana nie pon dah nak habis sekolah . Ramadhan kali nie adalah Ramadhan terakhir kitorang kat sini . sedih , sedih sangat atas banyak sebab yang saya rasa ramai orang mybe setuju kalau ade kat tempat saya sekarang . nanti mesti rindu mende2 nie punye!


1. rindu turun sahur kat dewan makan dengan roommates saya =.="

Photobucket

thanks sebab banyak bersabar dalam usaha membangunkan budak yang tidur nyenyak tetiap malam nie . hihi . tahun sebelum2 nie saya tak penah turun sahur taw! tahun nie memang best , tetiap hari turun sahur, tak membazir makanan dewan makan . bagus tak ? heeeeeee :D


2. rindu nak tadarus AlQuran pagi2 buta sambil tengok orang tersengguk-sengguk .



jahat kan ? tapi itulah hakikatnye . lepas solat subuh ade bacaan Yasin then terus start masuk Usrah untuk Tadarus beramai-ramai , tipulah kalau takde yg tersengguk-sengguk kan . tak tidur drpd pukul 5 tadi bangun sahur . frankly speaking , saye pun antara insan yg terlelap jugak =D  tapi tadarus nie memang merapatkan kita kan ? at least takde lah terus je buta tajwid sampai ke tua . 


3. lagi sedih, lepas ni rindu nak dengar Tazkirah Zohor Ramadhan .
lima tahun di sini, dah biasa, dah jadi lumrah, akan ada tazkirah drpd ustaz2 setiap kali sudah solat Zohor . kalau dulu , zaman kanak2 ribena baru jejak sekolah menengah, rasanya time2 tazkirah nie lah nak terlentok lena pon . konon penatlah sehari puasa , plus kena sekolah pulak kan . tapi tahun nie best , saya tak tidur , err terlelap je , tapi jarang la ..hehehee... sebab dah besaq2 nie, rasa rugi pulak kalau buat taktau je dengan benda penting camnie . ya, walaupun tetiap tahun ustaz ulang benda yg sama, masih BEST jugak =)


4.part paling sweet, rindu bukak puasa di Dewan Makan AlBarakah ramai-ramai ^______^
member2 yang dah pindah sekolah laen menyatakan bahawa, diorang sangat rindu suasana berbuka puasa di sini . ya , kami pun dah nak rasa nie weii . tak taw la diorang tu rindu sebab apa, tapi bagi aku takde apa yang boleh menandingi keriuhan 700 orang lebih dalam dewan makan nie . hehehehehe .  makanan , walaupun simple , tapi sedap . kenyang . okey lah tu . budak2 kat Gaza tu takde mende pun nak makan kan ? so , bersyukur =)


5. best , rindu nak tarawih di sini .
memang best, cuma tahun nie tak macam tahun yang lepas2. dulu, form1,form2 and form4 akan solat tarawih sampai habis 23 rakaat. form3 n form5 pulak akan stop pada rakaat ke8 dan solat witir then terus ke prep . logic la kan . tapi tahun nie semua orang buat 11rakaat je . dah! nanti tahun depan dah tak rasa semua ni! imam pun dah bukan suara2 yang familiar, orang kat sebelah ni yg nak main aci lawan sengih je kalau dah penat pun bukanlah muka2 yg ku rasakan familiar lagi.ngaa....  please , tanak habis tahun nie ..


6.  paling sedih, no more majlis khatam Quran dengan ustaz Ishak lepas nie :'(
mengada-ngada habis kan ? =.="  tapi biaq laa.. takde manusia lain yg boleh menggantikan ustaz Ishak! muktamad! hahahaa! habes obses la nie ? tak, bukan obses overboard. tapi , ustaz Ishak sorang je la yang selama nie ajar kelas Kemahiran Quran pun . ustaz punye taranum, pergghh!! memang best! =)  dan setiap tahun , bila tiba je hari terakhir sebelum cuti raya , mesti ada majlis khatam Quran . macam nie .


ustaz Ishak , yg di tengah tu . habis saja giliran semua students nie , dari surah Ad-Dhuha sampai ke surah An-Nasr, maka ustaz pun akan baca membaca doa khatam Quran dengan penuh penghayatan . best . syahdu  . kalau boleh paham semua doa tu mesti lagi best ..


kesimpulannya ....
pusing pi pusing mai,  kot mana pun, kena terima kenyataan bahawa, this is the last one. tahun depan takde dah can nak duduk makan dalam dewan makan AlBarakah nie, solat tarawih dan dengar tazkirah dalam surau Al-Falah nie. memang la selama duduk sini pun mulut asyik ucap "eii tak suka nya!!","nak balek!!","tak best aaa peraturan cmnie!" .. tapi , tu lah manusia , selagi tak hilang, kita tak rasa benda tu berharga . being here is too colourful ....

CANDY KINDA Pictures, Images and Photos



p/s: budak nie dah makin busy . doakan saya tabah yaa . things are getting harder :'(
and , Selamat Hari Raya =)
( takot tak sempat update nanti,hehehehe )


Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.❤