Showing posts with label rabbit. Show all posts
Showing posts with label rabbit. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

MIMPI

Pagi tadi, ada dua tiga ekor baby rabbit yang mata pun belum celik lagi dalam rumah ni. Kemain seronok lagi baby rabbit tu guling-guling dalam tempat tidur dia. Comel. Pink pink lagi baby rabbit tu.

Sebelah aku, ada Alang. Dia pegang satu baby rabbit. Aaaa aku boleh saja nak pegang, tapi kena pejam mata la. Seriau. Sebab lembut sangat budak budak ni. Jadi aku ambik keputusan untuk buat taktau saja terhadap budak budak pink tersebut.

Tapi tiba-tiba seekor baby rabbit ni tak kelihatan pulak. Aduhhhhhh. Mana pi ni. Dah la kecik cinonet sangat ni. Kalau terpijak macamana?!! Angah dah bising. Angah bising suruh cari. Takut takut mati lagi seekor.



Aaaa. Chup chupppp. Apa ni? Kenapa macam ni?









Otak aku macam tak boleh berfungsi tiba-tiba.
Sedar-sedar, macam ada air mengalir keluar dari mata.
Bantal pun rasa basah basah saja.


Dan tentunya, aku cuba untuk tak bangun dari tidur.
Paksa diri untuk tidur lagi.
Supaya mimpi tadi dapat bersambung kembali.
Supaya suara itu hadir lagi.
Supaya kami boleh bergaduh lagi.


Tolong, Inchek Mimpi, tolong jangan berhenti?


Aku cuma mahu saat itu kembali.
Cukup, walau hanya dalam mimpi.


Sebab aku rindu.
Rindu gila.




Bukan karya seni.

Sunday, December 25, 2011

Mengingati Mati.

Cik Teh dah mati :'(  Bangun pagi kemarin tengok adik saya yang bongsu tu dah dok menangis tepi cik Teh tu. Dia memang rajin melayan menatang dua ekoq nie. Takpe la, kalau hidups dok sakit-sakit pun kesian jugak dia menderita kann. tapi teruk betul adik adik aku tu menangis -,-


Tapi bila cakap mati mati ni, buat saya sendiri terfikir, banyak jugak fikirnya. Teringat dengan Contengan Jalanan. Banyak sentuh soal mati. Sampai boleh buat orang terfikir, untuk apa kita hidup atas dunia ni. Untuk apa saya bernafas selama bertahun-tahun ni? Pernah give up sebab rasa macam dah tak ada jalan keluar, dan rasa tak ada sesiapa pun faham apa rasanya jadi seorang Fathiah Raihana dua tiga tahun yang lalu. Tapi untuk apa saya teruskan hidup? 




Aiseh, arnab mati saja pun aku boleh pikiaq sampai macam ni -,- see, nampak sangat kuat berangannn. Hahahaaa. Cik Arnab tak payah pikiaq banyak macam manusia, takpa. Lagipun dia mati, esok lusa sure abah cari lain punya sebab taknak bagi cik Tam dok sensorang. Babai cik Teh. Kami janji tak lupa kat awak. Sorry kakak selalu marah marah ye -,-



Tapi kan, korang nak tau tak, hidup yang singkat ni akan lebih bermakna kalau kita faham dengan beberapa benda penting ni. 


TUJUAN hidup = hanya mencari redha Allah S.W.T (98:5)
{Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankkan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)}


PERANAN hidup = sebagai Khalifah (2:30)
{Dan (ingatlah)ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucian nama-Mu?" Did berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."



TUGAS hidup = MENGABDI kepada Allah (51:56)
{Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku}


PEDOMAN hidup = Al-Quran (2:2)
{Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa}


TELADAN hidup = Nabi MUHAMMAD (33:21)
{Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.}


SAHABAT hidup = orang-orang beriman (49:10)
{Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.}


ALAT hidup = Harta, takhta & semua potensi (28:77)
{Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.}


MUSUH hidup = Syaitan (36:60)
{Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.}
{credit}


Saya ada banyak lagi benda nak buat atas dunia ni. Banyak lagi benda nak belajar. Banyak lagi kelemahan yang nak diperbaiki. Banyak lagi benda nak dibetulkan, sebelum tinggalkan dunia ni :'(






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, December 22, 2011

Cik Bunny.


Mama cerita, dulu kecik-kecik kan, saya suka jalan heret patung bunny. Mungkin menatang tu dianggap sama comel dengan diri sendiri, jadi boleh la buat kawan, hee.




Dan, waktu saya berkawan baik dengan cik bunny tu, saya pernah jatuh tangga kat rumah tok. Biasa la, kalau rumah kampung lama-lama ni tangga dia bukan tangga biasa. Curam, tinggi, berlubang-lubang, sampaikan nak rabat naik ke atas pun kena merangkak pegang anak tangga. Gayattt -,-


Tapi belah nak turun tu penuh keyakinan. Tak payah duduk dan merangkak satu per satu pun takpa, asalkan cepat aje sampai bawah nak capai aiskrim. Jadi, tengah syok syok turun tangga tu step by step, sungguh la malang tak berbau, lagi 4 5 anak tangga sebelum sampai ke bawah tu, saya tersilap langkah.


Ya, opkoss la saya jatuh guling-guling sampai ke bawah T_________T
Mama, tok, MakLang, Mak Ndak, Paksu semua cepat-cepat terpa mai usap-usap kot kot sakit kat mana mana. Biasalah, cucu sulung keluarga tu, hee semua orang caring dengan kite laa dah takde orang lain yang lagi comel dan mengada-ngada macam ni.


Ma tanya, sakit kat mana ni? Mai nak buh ubattt.
Saya hanya menjawab, "buh la ubat kat bunny duluu, kesian dia sakitttttttt T_____T"


Hewhew :3 rasa lawak pulak bila teringat cerita ni. Err saya memang la tak ingat pun apa yg terjadi waktu tu. Yang ni berdasarkan cerita mama dengan mak-mak sedara yang lain, hee.


Tapi sekarang orang dah ada bunny sendiri lerr. Dua ekor pulak tuuuuu. Babai cik bunny zaman silamkuu. Taktau dah anda di mana sekarang. Semoga berbahagia dengan kawan baru, hek3 *patung tu mai cari aku malam ni mampus -,-



Ni Cik Tam.

Ni Cik Teh.



Cik Teh comel lagi time ni. Sekarang dia sakit T_____T abah bawak pergi jumpa dokter hari ni. Harap-harap Cik Teh cepat sembuh. sedih tengok dia dua tiga hari ni, kurus, dah tak gebuu :'(





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.