Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Setahun yang Perit.

17 September.
Setahun yang sangat panjang.
Setahun yang sangat sunyi.
Setahun yang sangat suram.


Tanpa riuh dan gelak tawanya.
Tanpa senda gurau dan nakalnya,
Tanpa bising dan bahang barannya.
Tanpa tangis dan dukanya.


Setahun.
Setahun yang perit.
Tanpa dia, yang sentiasa menjadi telinga bila aku perlu.
Tanpa dia, yang sentiasa menjadi bibir bila aku bisu.
Tanpa dia, yang sentiasa ada bila aku lesu.
Tanpa dia, yang sentiasa tahu bila aku buntu.


Sesal tak berkesudahan,
bimbang kasih yang dicurah-curah tidak ditunjuk terang-terangan itu
tidak kesampaian
bimbang sayang yang dicurah-curah selama ini tidak sempat dia ertikan
kerana antara sayang dan kasih kami itu sentiasa terselit pertelingkahan.


Pernah aku kisahkan lara hati aku
pada abah
kerana jarang aku ucapkan sayang pada dia
Tapi pendek dijawab abah
"tak mengapa, telingkah adik kakak itu sudah cukup
menandakan kasih"


Benarkah?
Benarkah abah?
Cukupkah?


Aku cuma yakin dengan Allah.
Yakin,
setiap patah kata yang aku kisahkan dalam doa itu,
Allah sampaikan pada dia.
Yakin,
setiap patah kata dalam doa untuk dia itu,
Allah makbulkan kerana Allah sangat sayang padanya.


Dan aku sangat yakin,
dalam setiap mimpi aku tentang dia,
itu dia.
Bukan sekadar mainan minda.
Kerana dia hanya diam tidak bersuara,
melihat, melambai dan tersenyum dari tepi sahaja.


Tuhan, jagakan dia sebaik-baiknya.
Temani dia dengan kasih sayang-Mu sampai syurga.
Limpahkan rahmat-Mu, moga dia sentiasa tenang di sana.
Sampaikan cinta dan kasih yang tak sempat aku sudahkan sebagai kakaknya.




Bukan karya seni.

Sunday, April 7, 2013

MIMPI

Pagi tadi, ada dua tiga ekor baby rabbit yang mata pun belum celik lagi dalam rumah ni. Kemain seronok lagi baby rabbit tu guling-guling dalam tempat tidur dia. Comel. Pink pink lagi baby rabbit tu.

Sebelah aku, ada Alang. Dia pegang satu baby rabbit. Aaaa aku boleh saja nak pegang, tapi kena pejam mata la. Seriau. Sebab lembut sangat budak budak ni. Jadi aku ambik keputusan untuk buat taktau saja terhadap budak budak pink tersebut.

Tapi tiba-tiba seekor baby rabbit ni tak kelihatan pulak. Aduhhhhhh. Mana pi ni. Dah la kecik cinonet sangat ni. Kalau terpijak macamana?!! Angah dah bising. Angah bising suruh cari. Takut takut mati lagi seekor.



Aaaa. Chup chupppp. Apa ni? Kenapa macam ni?









Otak aku macam tak boleh berfungsi tiba-tiba.
Sedar-sedar, macam ada air mengalir keluar dari mata.
Bantal pun rasa basah basah saja.


Dan tentunya, aku cuba untuk tak bangun dari tidur.
Paksa diri untuk tidur lagi.
Supaya mimpi tadi dapat bersambung kembali.
Supaya suara itu hadir lagi.
Supaya kami boleh bergaduh lagi.


Tolong, Inchek Mimpi, tolong jangan berhenti?


Aku cuma mahu saat itu kembali.
Cukup, walau hanya dalam mimpi.


Sebab aku rindu.
Rindu gila.




Bukan karya seni.

Friday, September 28, 2012

Kehilangan


Ramadhan yang lalu, adalah kali terakhir kami bersahur dan berbuka dengan dia. Syawal yang lalu, adalah kali terakhir kami menyambut Aidilfitri dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergaduh dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergelak ketawa dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir kami pergi dan balik sekolah bersama. Dan minggu lalu, adalah kali terakhir aku lihat wajah dia, kali terakhir aku cium pipi dan dahi dia. 


Ya. Itulah saat-saat terakhir aku dengan angah. Saat-saat terakhir mama dan abah dengan angah. Saat-saat terakhir alang dan kakcik dengan angah.


Ya. Angah telah kembali ke rahmatullah, 17 September yang lepas. Cukup sebulan Syawal berlalu. Cukup-cukup umurnya mencecah 17 tahun 4 September yang lalu. Allah ambil dia pergi sebelum dia benar-benar kenal dunia luar. Allah ambil dia pergi tika hati dan fikiran dia masih comel dan bersih macam kanak-kanak kecil. Allah ambil dia pergi, kerana Allah sayangkan dia. Itulah hakikatnya. Allah cuma pinjamkan dia untuk tempoh 17 tahun ini saja. 


Selepas pemergian dia, kami sekeluarga mula nampak hikmah disebalik segalanya yang pernah hadir dalam kamus hidup kami selama ini. Sungguh, Allah telah aturkan kisah hidup yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Dan kami sangat yakin, pemergian dia kali ini juga ada hikmah yang lebih besar buat kami selepas ini.


Memang tak mudah. Tak ada siapa pernah mengatakan ia mudah apabila kita kehilangan insan yang kita sayang. Tapi cuma ada satu jalan sahaja untuk mengubati hati dari terus merasa pedih. Lepaskan dia pergi. Redha. Berdamai dengan takdir-Nya. Sedar hakikat bahawa kita semua adalah milik-Nya, dan akan kembali pada-Nya juga.


Memang perlukan masa, tapi itu sahaja cara yang ada. Yakin, dia sedang menanti di syurga. Dan kita di atas dunia perlu terus berusaha, moga berjumpa dia di sana. Bukan taknak lepaskan dia pergi. Bukan taknak terima hakikat dia tiada lagi disisi. Cuma kadang-kadang, jatuh juga air mata itu kerana rindu itu tiba-tiba hadir di dalam hati. Jatuh juga manik jernih itu, kerana kenangan bersamanya tiba-tiba menerpa ke dalam memori.


Aku tak pernah rasa kehilangan. Jadi dugaan ini adalah pahit untuk aku telan. Memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,mama dan abah. Tak sanggup lagi melihat air mata mama dan abah terus-terusan melimpah keluar dari tebingnya. Maka aku sendiri perlu kuat dan tabah.


Kakak janji, kakak akan kuat untuk mereka yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. Kakak janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan  pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. Kakak janji, setiap ingatan kakak pada angah akan diiringi dengan doa.


Moga Allah jaga angah di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan angah dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang angah dan mudahkan urusannya di sana.

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu. -Hlovate, Contengan Jalanan.







We'll miss you forever my dear. Big time. May Allah bless.
AL-FATIHAH for my angah.



Bukan karya seni.

Sunday, December 25, 2011

Mengingati Mati.

Cik Teh dah mati :'(  Bangun pagi kemarin tengok adik saya yang bongsu tu dah dok menangis tepi cik Teh tu. Dia memang rajin melayan menatang dua ekoq nie. Takpe la, kalau hidups dok sakit-sakit pun kesian jugak dia menderita kann. tapi teruk betul adik adik aku tu menangis -,-


Tapi bila cakap mati mati ni, buat saya sendiri terfikir, banyak jugak fikirnya. Teringat dengan Contengan Jalanan. Banyak sentuh soal mati. Sampai boleh buat orang terfikir, untuk apa kita hidup atas dunia ni. Untuk apa saya bernafas selama bertahun-tahun ni? Pernah give up sebab rasa macam dah tak ada jalan keluar, dan rasa tak ada sesiapa pun faham apa rasanya jadi seorang Fathiah Raihana dua tiga tahun yang lalu. Tapi untuk apa saya teruskan hidup? 




Aiseh, arnab mati saja pun aku boleh pikiaq sampai macam ni -,- see, nampak sangat kuat berangannn. Hahahaaa. Cik Arnab tak payah pikiaq banyak macam manusia, takpa. Lagipun dia mati, esok lusa sure abah cari lain punya sebab taknak bagi cik Tam dok sensorang. Babai cik Teh. Kami janji tak lupa kat awak. Sorry kakak selalu marah marah ye -,-



Tapi kan, korang nak tau tak, hidup yang singkat ni akan lebih bermakna kalau kita faham dengan beberapa benda penting ni. 


TUJUAN hidup = hanya mencari redha Allah S.W.T (98:5)
{Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankkan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)}


PERANAN hidup = sebagai Khalifah (2:30)
{Dan (ingatlah)ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucian nama-Mu?" Did berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."



TUGAS hidup = MENGABDI kepada Allah (51:56)
{Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku}


PEDOMAN hidup = Al-Quran (2:2)
{Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa}


TELADAN hidup = Nabi MUHAMMAD (33:21)
{Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.}


SAHABAT hidup = orang-orang beriman (49:10)
{Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.}


ALAT hidup = Harta, takhta & semua potensi (28:77)
{Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.}


MUSUH hidup = Syaitan (36:60)
{Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.}
{credit}


Saya ada banyak lagi benda nak buat atas dunia ni. Banyak lagi benda nak belajar. Banyak lagi kelemahan yang nak diperbaiki. Banyak lagi benda nak dibetulkan, sebelum tinggalkan dunia ni :'(






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.❤