Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Kehilangan


Ramadhan yang lalu, adalah kali terakhir kami bersahur dan berbuka dengan dia. Syawal yang lalu, adalah kali terakhir kami menyambut Aidilfitri dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergaduh dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergelak ketawa dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir kami pergi dan balik sekolah bersama. Dan minggu lalu, adalah kali terakhir aku lihat wajah dia, kali terakhir aku cium pipi dan dahi dia. 


Ya. Itulah saat-saat terakhir aku dengan angah. Saat-saat terakhir mama dan abah dengan angah. Saat-saat terakhir alang dan kakcik dengan angah.


Ya. Angah telah kembali ke rahmatullah, 17 September yang lepas. Cukup sebulan Syawal berlalu. Cukup-cukup umurnya mencecah 17 tahun 4 September yang lalu. Allah ambil dia pergi sebelum dia benar-benar kenal dunia luar. Allah ambil dia pergi tika hati dan fikiran dia masih comel dan bersih macam kanak-kanak kecil. Allah ambil dia pergi, kerana Allah sayangkan dia. Itulah hakikatnya. Allah cuma pinjamkan dia untuk tempoh 17 tahun ini saja. 


Selepas pemergian dia, kami sekeluarga mula nampak hikmah disebalik segalanya yang pernah hadir dalam kamus hidup kami selama ini. Sungguh, Allah telah aturkan kisah hidup yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Dan kami sangat yakin, pemergian dia kali ini juga ada hikmah yang lebih besar buat kami selepas ini.


Memang tak mudah. Tak ada siapa pernah mengatakan ia mudah apabila kita kehilangan insan yang kita sayang. Tapi cuma ada satu jalan sahaja untuk mengubati hati dari terus merasa pedih. Lepaskan dia pergi. Redha. Berdamai dengan takdir-Nya. Sedar hakikat bahawa kita semua adalah milik-Nya, dan akan kembali pada-Nya juga.


Memang perlukan masa, tapi itu sahaja cara yang ada. Yakin, dia sedang menanti di syurga. Dan kita di atas dunia perlu terus berusaha, moga berjumpa dia di sana. Bukan taknak lepaskan dia pergi. Bukan taknak terima hakikat dia tiada lagi disisi. Cuma kadang-kadang, jatuh juga air mata itu kerana rindu itu tiba-tiba hadir di dalam hati. Jatuh juga manik jernih itu, kerana kenangan bersamanya tiba-tiba menerpa ke dalam memori.


Aku tak pernah rasa kehilangan. Jadi dugaan ini adalah pahit untuk aku telan. Memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,mama dan abah. Tak sanggup lagi melihat air mata mama dan abah terus-terusan melimpah keluar dari tebingnya. Maka aku sendiri perlu kuat dan tabah.


Kakak janji, kakak akan kuat untuk mereka yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. Kakak janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan  pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. Kakak janji, setiap ingatan kakak pada angah akan diiringi dengan doa.


Moga Allah jaga angah di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan angah dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang angah dan mudahkan urusannya di sana.

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu. -Hlovate, Contengan Jalanan.







We'll miss you forever my dear. Big time. May Allah bless.
AL-FATIHAH for my angah.



Bukan karya seni.

Tuesday, March 13, 2012

Abah.


Assalamualaikum! ;D 
Warghhhh lamanya tak menulissss di sini! Lamanya tak menyinggahkan diri ke blog awak awak semua ni, heeee. Okay overdose kan aku, padahal baru dua minggu --" Biasalah, macam ni lah budak sekolah, hapdet blog secara bermusim, hee. Actually saya baru habis exam, sebab tu sakan menyepi last week sampai ke hari ni. 

Okay cerita exam tak boleh lah story lagi, sebab keputusan keseluruhan tak keluaq lagi pun, hehe. Tunggu lepas cuti sekolah lah kot baru nak tahu apa jadi. tapi Alhamdulillah, walaupun busy dengan macam macam benda sampai tak menang hidung nak bernafas, Allah masih mudahkan urusan saya menjawab exam dan MUET paper lain lain tu hari sabtu lepas :>



Hmm baru baru ni saya tertengok sesuatu. Sesuatu yang sangat meruntun jiwa ;(  Taktaulah kalau awak dah tengok video ni, tapi saya baru aje tengok, heeeee. Kalau belum tengok lagi mai la kite tengok sama-sama ;D





Sedih T^T
Hairan dengan orang yang boleh abaikan parents macam ni ;(  Hairan dengan orang yang boleh tinggalkan bapak depa tepi jalan. Hairan dengan orang yang tinggalkan mak sorang-sorang dekat tempat pelik pelik. Tak rasa apa-apa ke? :'(


Saya paling tak suka cerita Twilight sebab si Bella tu suka buat taktau dengan ayah dia. Semua benda pun nak secretkan daripada ayah dia. Ayah dia tanya apa pun takmau jawab -,-" Hahaa terbawak-bawak pulak sampai ke sini. Tapi betul pun. Lagi satu cerita Karate Kid tuu. Si Dre tu tak kesah langsung pasal mak dia. Biar mak dia cakap sorang-sorang. Serius aku herann ni -,-"


Apa salahnya kita sayang parents kita macamana depa sayang kita dulu. Bukan berdosa pun. Bagi kasih sayang dekat orang yang tak dibolehkan tu seronok aje eh, tapi bila nak curah habis-habisan pada mak ayah segan segan pulakk. tampar mau? Kejam tauu manusia spesis ni. Grrrr.

Sedarkah kita, satu hari nanti kita sendiri pun akan ada anak, dan anak kita pun akan membesar sebesar-besar alam macam saiz kita sekarang ni. Dan tiba saat itu nanti, kita nak eh anak kita layan kita macam nak tak nak aje? Takmau kan? Jadi kita kenalah jaga parents kita baik baik. Sedar diri tu, tanpa dua orang ni, kita bukan sesiapa pun hari ni :'(





Gaya macam nak mintak izin pergi kawen saja kan? Hewhew :3 Tadak pasai derr. Kadang-kadang rasa macam mama dengan abah masih anggap saya macam budak-budak, heee.  Walaupun kita ni dah besar panjang, ayah-ayah kita masih anggap kita ni macam anak kecik dia dulu dulu kan :') terutamanya perempuanlah. Lelaki tu saya tautau lah cemana, dah saya pun tak ada siblings lelaki, heee.


Ini abah saya. Tu dalam tangan tu sepupu saya, Sebelah abah tu adik saya. Atas kepala abah tu topi cik adik ni, abah pinjam, Hewhew :3 Susah tau dak nak dapat gambar abah yang elok. Sebab abah suka buat mukaa , heeee. Ehh yang hujung tu saya lah, hihi. Sama tak muka kami bertiga? ;D


Time ni ada saya aje. Orang lain tak keluar lagi. Suka tengok gambar ni, sampai sekarang. Rasa macam kecik lagi. Rasa macam taknak besar :')


#Saya sayang abah sangat sangat :') Abah kasi kereta sebijik dah. Haruslah sayang kan? Okay kalau tak kasi kereta sebijik pun selama ni memang dah dapat macam-macam :') Terima kasih Allah, untuk abah dan mama yang cool dan understanding camniehhhhh ♥

#Actually time tengah taip entry ni mama dengan abah keluar, ada hal. Tak sedap hati dari tadi. Hati risau, dupdapdupdap. Nak taip cerita lain, terkeluar cerita lain pulakk, hahaa. Moga mama dan abah tiba di rumah dengan selamat.


Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku, dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka curahkan kepadaku. Juga kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, November 3, 2011

Sapa tak pernah main menda ni ?


Kenai tak amenda nehh? Ala toksah bohong la tak penah mainnnn. Hihihi. tengok, asah otak lepas beberapa tahun tinggaikan menatang nih. huduh dak? tak dapat cari word untuk hurup Y pun -,-

bila pikiaq pikiaq balik, kecik kecik dulu kira hebat jugak laa pengetahuan tak la banyak mana sangat tapi lepas saja main menatang ni berkajang-kajang. Hohooo. 



Ni angah punya. sebab tu tulisan huduh sikit. Kakak punya lawa sikit, hikhikhik. Paling sakit hati main dengan dia sebab dia buleh letak Buah = Hati dan Binatang = Hulk . mangkuk betui. hish. tengok bawah tu. Buah = Tangan -,- bertuah punya adik. Benda = Benda . habih tadak idea lerr tu. Hahaa . 


Entahlaa pasai pa tiba tiba saja teringat menatang ni. tu tak kira main SOS lagi penuh kertas buku matematik kotak-kotak kecik tu. lepas tu BINGO pulak. buku kotak kotak matematik tu makin lama makin nipis sebab dok koyak amek bahagia tengah dia. Huehuehue.


Ni la kita dulu. budak budak sekarang mana reti main dah menda menda ni. Hahaha. cousin saya baru darjah satu dengan bangganya mintak iPad kat abah dia kalau dia dapat number 1 exam hujung tahun ni. Kalau dapat number 2 dapat playstation plakk. ish ish ish. entah-entah budak budak sekarang ni main jengket dan batu seremban pun dah tak reti -,-


tido dulu! Assalamualaikum :)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.❤