Showing posts with label gadis. Show all posts
Showing posts with label gadis. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Kembali Senyum.



Assalamualaikum ;) setelah sekian lama meninggalkan hobi menulis blog, saya kembali jugaaaaaaaaaaaaa. I'm home! Rindu sangat nak menulis. Rindu sangat nak blogwalking. Rindu sangat perasaan difahami walaupun kita tak saling mengenali. Hahaha. Takbolehblahh kan ayat budak lepas STPM.


Alhamdulillah, saya survived sejak hari kehilangan adik saya hingga ke hari tamat  STPM. Berjaya menguruskan emosi dengan baik hingga tamat peperiksaan. Mulanya bimbang juga. Awal-awal lagi saya diuji. Seminggu selepas pemergian angah adalah deadline untuk karya seni kertas 3 STPM. Jadi saya gagahkan diri juga melangkah ke sekolah, padahal dalam hati takut nak menghadapi segala kemungkinan yang boleh membuatkan hati ini goyah, dan air mata sukar untuk dikawal.




Bukan mudah, tapi saya sangat beruntung dikelilingi mereka yang tidak putus memberi harapan dan semangat pada saya. Saya beruntung, punya keluarga yang kuat. Saya beruntung, punya sahabat-sahabat yang hebat. 


Setahun setengah di tingkatan 6, beri saya banyak pengajaran dan lebih dari apa yang saya sangkakan. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya semakin rapat dengan angah. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya makin rapat dengan mama dan abah. Lima tahun meringkuk di asrama, mungkin meletakkan satu gap yang kami tak pernah perasan. Tapi semua gap itu musnah bila angah pergi.






Dan berada di sini, buat saya appreciate orang sekeliling saya, lebih daripada sebelumnya. Sahabat-sahabat saya buat saya percaya dan yakin dengan diri sendiri. Buat saya seronok nak pergi sekolah setiap hari. Buat saya makin kenal Tuhan. Dan mereka buat saya makin rajin bersembang, sampai terlupa apa yang menyedihkan. Hahaha. Terima kasih. Rindu hampa. Seriously. Tambah pulak bila kena marah sebab bising sangat dalam library. Dan paling aku rindu, saat kita duduk dalam bilik seni. Terima kasih, buat senyum aku kembali lagi :)






Hmm dan benda yang paling susah nak jumpa masa di sekolah sebelum ni ialah, di sini ada geng nak sembang tentang Bitttersweet, Butterfingers, Radiohead, The Who bagai. Hohoo. Dan ada juga geng yang playlistnya kena dengan playlist kita bila ada aje  Jannah Alia dan Amalia Alias dalam pendrivenya. Tak lupa juga geng yang boleh pungpangpungpang ketuk meja dan melalak lagu nasyid sama sama. Err itu dikira belajar ke? Tengok, jiwa aku serabut cemana. Heeeee.




So far, saya sangat bersyukur awak semua hadir dalam hidup saya. Terima kasih untuk satu tempoh yang sangat membahagiakan. Terima kasih cikgu-cikgu, kerana sentiasa percayakan saya. Sentiasa. Sampai saya sendiri pun tak tahu nak pusing ketidakyakinan saya tu kot mana. Terima kasih :)
In sha Allah nanti kita jumpa lagi time amek result. Lepas tu kita lompat amek gambar ramai-ramai, sebab semua orang dapat result gempakkkkkkkkkk! ;) Sama-samalah kita doa tak putus-putus dari sekarang ye!


Dan buat awak awak semua yang masih setia membaca blog usang ini dari dulu hingga sekarang, serta setia memberi sokongan waktu saya down ke bumi, waktu saya tercungap-cungap nak exam, terima kasih jugak ;) saya tak pernah lupa! 


Ok jumpa lagi next post nanti! Lepas ni mungkin lebih kerap, dan sangat kerap saya hadir di blog anda sebab saya menganggur. Heee. Tunggu la! 
Assalamualaikum :)



p/s: Hmm rasa macam nak putihkan blog. Patut ke? ^^


Bukan karya seni.

Friday, September 28, 2012

Kehilangan


Ramadhan yang lalu, adalah kali terakhir kami bersahur dan berbuka dengan dia. Syawal yang lalu, adalah kali terakhir kami menyambut Aidilfitri dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergaduh dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergelak ketawa dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir kami pergi dan balik sekolah bersama. Dan minggu lalu, adalah kali terakhir aku lihat wajah dia, kali terakhir aku cium pipi dan dahi dia. 


Ya. Itulah saat-saat terakhir aku dengan angah. Saat-saat terakhir mama dan abah dengan angah. Saat-saat terakhir alang dan kakcik dengan angah.


Ya. Angah telah kembali ke rahmatullah, 17 September yang lepas. Cukup sebulan Syawal berlalu. Cukup-cukup umurnya mencecah 17 tahun 4 September yang lalu. Allah ambil dia pergi sebelum dia benar-benar kenal dunia luar. Allah ambil dia pergi tika hati dan fikiran dia masih comel dan bersih macam kanak-kanak kecil. Allah ambil dia pergi, kerana Allah sayangkan dia. Itulah hakikatnya. Allah cuma pinjamkan dia untuk tempoh 17 tahun ini saja. 


Selepas pemergian dia, kami sekeluarga mula nampak hikmah disebalik segalanya yang pernah hadir dalam kamus hidup kami selama ini. Sungguh, Allah telah aturkan kisah hidup yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Dan kami sangat yakin, pemergian dia kali ini juga ada hikmah yang lebih besar buat kami selepas ini.


Memang tak mudah. Tak ada siapa pernah mengatakan ia mudah apabila kita kehilangan insan yang kita sayang. Tapi cuma ada satu jalan sahaja untuk mengubati hati dari terus merasa pedih. Lepaskan dia pergi. Redha. Berdamai dengan takdir-Nya. Sedar hakikat bahawa kita semua adalah milik-Nya, dan akan kembali pada-Nya juga.


Memang perlukan masa, tapi itu sahaja cara yang ada. Yakin, dia sedang menanti di syurga. Dan kita di atas dunia perlu terus berusaha, moga berjumpa dia di sana. Bukan taknak lepaskan dia pergi. Bukan taknak terima hakikat dia tiada lagi disisi. Cuma kadang-kadang, jatuh juga air mata itu kerana rindu itu tiba-tiba hadir di dalam hati. Jatuh juga manik jernih itu, kerana kenangan bersamanya tiba-tiba menerpa ke dalam memori.


Aku tak pernah rasa kehilangan. Jadi dugaan ini adalah pahit untuk aku telan. Memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,mama dan abah. Tak sanggup lagi melihat air mata mama dan abah terus-terusan melimpah keluar dari tebingnya. Maka aku sendiri perlu kuat dan tabah.


Kakak janji, kakak akan kuat untuk mereka yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. Kakak janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan  pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. Kakak janji, setiap ingatan kakak pada angah akan diiringi dengan doa.


Moga Allah jaga angah di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan angah dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang angah dan mudahkan urusannya di sana.

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu. -Hlovate, Contengan Jalanan.







We'll miss you forever my dear. Big time. May Allah bless.
AL-FATIHAH for my angah.



Bukan karya seni.

Sunday, March 25, 2012

Aku Sedar.

Dulu, mula-mula aku buat blog ni, seriously aku buat dengan niat nak tulis apa sahaja, segala benda yang aku rasa aku nak tulis. Menulis sebab tak ada orang yang nak mendengar. Menulis bila rasa sunyi dan sepi pada tahap dinding pun bagai ada telinga. Ya, aku tulis sekadar suka suka, seronok seronok untuk lari dari keadaan sunyi yang entah apa apa tak pasai pasai muncul tu.


Tapi kadang-kadang, aku rasa dunia ni sesak sangat. Sesak dengan macam-macam fe'el orang. Sesak dengan benda-benda remeh yang actually aku tak patut terlibat langsung pun. Sesak dengan segala tanggungjawab yang terbeban atas bahu comel ini. Sesak lagi, bila semua orang pun sibuk-sibuk bagai faham sangat hidup aku macamana. Sesak nafas. Serabut otak. Jadi pada masa yang sama, aku menulis lagi, untuk melarikan diri dari dunia yang serabut dan menyesakkan dada itu.


Bunyi macam tak bersyukur kan aku ni? Bila sunyi, aku lari. Bila bising pun aku lari. Aku lari daripada kesunyian, tapi pada masa yang sama aku lari dari bising sesak dunia. 


Entah bila nya aku mula reti menulis, aku pun tak perasan. Selama ni segala perasaan serabut sedih tak guna tu, semuanya pensel dengan sketchbook yang tolong hilangkan. Okay, aku tipu sikit. Dulu zaman nak PMR semua buku teks aku adalah mangsa keadaan. Tak cukup dengan buku teks, aku conteng benda benda haru tu pada kertas kajang, then aku lipat buat kapal terbang, aku terbangkan dari tingkat atas bangunan Aspuri. Konon benda tu pergi, hilang dari pandangan mata beserta segala rasa itu sekali. Heh, dasar otak kanak-kanak kan?





Tapi aku pun sedar. Dalam dunia nyata, aku masih tak boleh lari daripada apa-apa. Masih kena hadapi kenyataan, masih menanggung segala beban. Masih, aku tak boleh lari walaupun aku cipta dunia sendiri. Cuma bila masa semakin berlalu, aku pastikan aku tak sia-siakan semua itu. Cuma sekarang, bezanya dengan dulu, aku teguhkan pendirian aku. Aku sedar, Allah sentiasa membantu. Dan aku sedar, sunyi itu hanya hadir bila aku lupa Dia juga bersamaku. Aku juga sedar, berat beban dan sesak nafasku itu, hanya hadir tika aku leka, lalai untuk mengingatinya setiap detik hidupku.


Paling aku sedar, lari dari sunyi atau lari dari bising, bukan di sini pun tempat paling tepat untuk aku tuju. Juga bukan pada sketchbook atau buku teks sekolah.  Tapi hanya pada ketika lutut dan dahi bertemu sejadah. Dan kalau sampai satu ketika itu, walaupun bibir tidak mampu mengucap mengadu pada Dia, Dia masih memahami. Sentiasa memahami setiap sesuatu yang ada dalam hati ini.


Sometimes, kita hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri bersama Al-Quran di tangan, tangisan di mata  ini serta Allah di dalam hati. Bukan apa sangat pun. Buat benda kecik macam ni saja pun dah cukup meringankan segala resah di jiwa. Sekurang-kurangnya aku sedar sebelum usia aku betul betul tua, Alhamdulillah :)


Walaupun kadang-kadang rasa letih itu menguasai, rasa sunyi itu menyelubungi, rasa beban itu menghimpit diri, tapi ada satu benda sahaja yang pasti. Bila tiba masa itu nanti aku bebas berehat dari semua ini. Rehat sampai bila-bila. Sebab dunia ini hanya sementara.






Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia, yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, padahal khalayak pastinya inginkan yang bai-baik dan yang indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah. Menulis kebaikan sekalipun dia belum sepenuh memilikinya, dan dia akan 'memendamkan' kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. - Pahrol Muhd Juoi





P/s : Rasa dah lama tak cerita benda tak bermotif macam ni, heeee.
Petang nanti orang blogwalking blog korang ye! Thanks masih ingat orang sini :')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, March 13, 2012

Abah.


Assalamualaikum! ;D 
Warghhhh lamanya tak menulissss di sini! Lamanya tak menyinggahkan diri ke blog awak awak semua ni, heeee. Okay overdose kan aku, padahal baru dua minggu --" Biasalah, macam ni lah budak sekolah, hapdet blog secara bermusim, hee. Actually saya baru habis exam, sebab tu sakan menyepi last week sampai ke hari ni. 

Okay cerita exam tak boleh lah story lagi, sebab keputusan keseluruhan tak keluaq lagi pun, hehe. Tunggu lepas cuti sekolah lah kot baru nak tahu apa jadi. tapi Alhamdulillah, walaupun busy dengan macam macam benda sampai tak menang hidung nak bernafas, Allah masih mudahkan urusan saya menjawab exam dan MUET paper lain lain tu hari sabtu lepas :>



Hmm baru baru ni saya tertengok sesuatu. Sesuatu yang sangat meruntun jiwa ;(  Taktaulah kalau awak dah tengok video ni, tapi saya baru aje tengok, heeeee. Kalau belum tengok lagi mai la kite tengok sama-sama ;D





Sedih T^T
Hairan dengan orang yang boleh abaikan parents macam ni ;(  Hairan dengan orang yang boleh tinggalkan bapak depa tepi jalan. Hairan dengan orang yang tinggalkan mak sorang-sorang dekat tempat pelik pelik. Tak rasa apa-apa ke? :'(


Saya paling tak suka cerita Twilight sebab si Bella tu suka buat taktau dengan ayah dia. Semua benda pun nak secretkan daripada ayah dia. Ayah dia tanya apa pun takmau jawab -,-" Hahaa terbawak-bawak pulak sampai ke sini. Tapi betul pun. Lagi satu cerita Karate Kid tuu. Si Dre tu tak kesah langsung pasal mak dia. Biar mak dia cakap sorang-sorang. Serius aku herann ni -,-"


Apa salahnya kita sayang parents kita macamana depa sayang kita dulu. Bukan berdosa pun. Bagi kasih sayang dekat orang yang tak dibolehkan tu seronok aje eh, tapi bila nak curah habis-habisan pada mak ayah segan segan pulakk. tampar mau? Kejam tauu manusia spesis ni. Grrrr.

Sedarkah kita, satu hari nanti kita sendiri pun akan ada anak, dan anak kita pun akan membesar sebesar-besar alam macam saiz kita sekarang ni. Dan tiba saat itu nanti, kita nak eh anak kita layan kita macam nak tak nak aje? Takmau kan? Jadi kita kenalah jaga parents kita baik baik. Sedar diri tu, tanpa dua orang ni, kita bukan sesiapa pun hari ni :'(





Gaya macam nak mintak izin pergi kawen saja kan? Hewhew :3 Tadak pasai derr. Kadang-kadang rasa macam mama dengan abah masih anggap saya macam budak-budak, heee.  Walaupun kita ni dah besar panjang, ayah-ayah kita masih anggap kita ni macam anak kecik dia dulu dulu kan :') terutamanya perempuanlah. Lelaki tu saya tautau lah cemana, dah saya pun tak ada siblings lelaki, heee.


Ini abah saya. Tu dalam tangan tu sepupu saya, Sebelah abah tu adik saya. Atas kepala abah tu topi cik adik ni, abah pinjam, Hewhew :3 Susah tau dak nak dapat gambar abah yang elok. Sebab abah suka buat mukaa , heeee. Ehh yang hujung tu saya lah, hihi. Sama tak muka kami bertiga? ;D


Time ni ada saya aje. Orang lain tak keluar lagi. Suka tengok gambar ni, sampai sekarang. Rasa macam kecik lagi. Rasa macam taknak besar :')


#Saya sayang abah sangat sangat :') Abah kasi kereta sebijik dah. Haruslah sayang kan? Okay kalau tak kasi kereta sebijik pun selama ni memang dah dapat macam-macam :') Terima kasih Allah, untuk abah dan mama yang cool dan understanding camniehhhhh ♥

#Actually time tengah taip entry ni mama dengan abah keluar, ada hal. Tak sedap hati dari tadi. Hati risau, dupdapdupdap. Nak taip cerita lain, terkeluar cerita lain pulakk, hahaa. Moga mama dan abah tiba di rumah dengan selamat.


Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku, dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka curahkan kepadaku. Juga kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, February 26, 2012

Syarat Pakai Tudung ♥


Assalamualaikum! :D 
Saya terjumpa sesuatu. Dan saya rasa sayang kalau tak berkongsi dengan awak semua tauu. Seriously, wajib bagi awak tengok video ni. Terutamanya kakak-kakak dan adik-adik yang disayangi :'>






WEAR IT RIGHT :>


Syarat Pakai Tudung
  • Labuh sampai ke bawah, menutup dada.
  • Tak boleh jarang - Mesti longgar - Menyelindung - Menyelaputi - Menyembunyi apa yang di dalamnya.
  • Kedudukannya betul betul atas dada.
  • Betul betul menutup kawasan dada dan sekitarnya (bawah dada atas pusat)


Dengar tak ustaz pesan apa wahai abang-abang hensem sekalian :D Ustaz cakap pastikan anak-anak atau saudara-saudara perempuan kita pakai macam ni dulu, then baru lepaskan keluar.


Arghhh. Tak mudah kan? Tak mudah nak buang habit yang dok ada selama ni, hee. Susah nak buang jauh-jauh style kita yang sebelum-sebelum ni. Well, saya pun hantu selendang jugak, Hahaa. Cuma tak berminat dengan style kelepet kelepet macam yang ustaz tunjuk dalam video tu laa, hee. Setakat ni memang selesa berpashmina, sebab sangat lebar dan besar dan cukup muat dan selesa yang amat bagi orang saiz gedabak macam saya :3


Tapi masih tak cukup pun penuh empat syarat yang ustaz sebut tu. Cukup syarat asas saja, semata-mata cover dada dan tak jarang. Tutup bahu dan ke bawah sikit tu, dekat sekolah aje laa. Di sekolah selesa bertudung besar sikit, hee mungkin sebab dah biasa. Lagipun baju sekolah putih, serius rasa tak selesa tudung kontot kontot ni.


Tapi bila tanya balik pada diri, sampai bila nak macam ni? ;(
Padahal empat syarat tu bukan susah pun, Wuwuwu :/


Tak lah mudah. Tapi still tak lah susah. Boleh kot cuba pelan pelan, heee :D Moga Allah lembutkan hati kitaa, mudahkan urusan kita, moga kita lagi dekat dengan Dia :>





Ustaz Don, terima kasih untuk teguran ni. Tukang upload video, terima kasih sebab bagi can orang lain dapat ilmu jugakkkk :D May Allah bless ♥





#Doakan saya boleh cakap dengan berhabuk perghhh perggh punya hari Selasa nanti. MUET, Speaking, Hewhew. Ketaq lutut wehhh :3 Serius tak tipuuuuuuu.

#Walaupun nasyid Jumaat hari tu suara kami bergetar getarr sebab hati dok dupdapdupdap, moga keputusannya taklah teruk sangat. Isnin nanti baru umum pemenang :>


#Weyy koranggggg, sorry sangat ye saya jarang singgah di blog anda sekarang ;( Sangat minta maaf.




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, January 25, 2012

WW#4; Semua Perempuan ada 5 Personaliti.

Syhhhh. tak boleh cakap banyak. ni Entry Wordless Wednesday -___-


1. Perangai di sekolah.


2. Perangai dengan kawan-kawan.


3. Perangai dengan family.


4. Perangai dengan orang tersayang *Aicecehh*


5. Perangai bila dok sorang-sorang Errr



#Orang laki macam ni dak ? Heee :P



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, January 12, 2012

STPM 2012.



Assalamualaikum semua bloggers, kawan-kawan yang comel, dan silent readers yang setia :) oh lewatnyaa entry tahun baru sayaaa. Biasa la, orang busy. Hewhew :3 tambah pulak sekolah dah bukak. Rasa sedih pulak tua tua macam ni pun masih bersarungkan baju sekolah. ish3 :3 Arghhh pedulikan segala bisikan syaitonnirrajim tuu. Tahun ni kena bersemangat tahuuu pergi sekolah!


Yang pasti, tahun ni kena semangat balik macam dua tahun lepas. Nak kena fight lagi ye untuk exam dalam dewan yang panas tak berhawa dingin tu. Tahun ni saya dengan kawan-kawan yang tak berapa kerat tu bakal amek STPM. Paper MUET pulak start hujung bulan Februari ni. Sempit jadual. Padat -,-


Jadi, saya mungkin tak dapat singgah singgah selalu di blog awak-awak semua. Awak janganlah merajuk dengan FRAF ni pulak ye. ada masa saya mesti pergi jugakkk membalas kunjungan :)


Haaa, ada sesuatu yang baru daripada saya. Tak terer sangat, tapi baru berjinak-jinakk. Dulu-dulu conteng atas kertas ataupun dalam buku teks Sejarah aje bila agak-agak kepala dah nak surrender tu -,- Tapi sekarang nak jugak maju setapak lagi ke hadapan, cuba benda baru ni pulak :)


Doakan saya tabah menghadapi tahun nak STPM ni, hee.






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, August 26, 2011

Gadis Malaysia di mata dunia.

Orang kalut cerita pasal raya kan sekarang. semua pakat nak cerita pasal balik kampung la jumpak ayah mak la nak cuti panjang panjang la. hadoih. bosannye. ok jelez sebenaqnya. saya balik rumah tok ahad nie ye jadi esok ada satu hari lagi sebelum entry hari raya. 


alaa cool bebeh lagi pun rumah tok saya sekarang maju, ada internet dahhhh paksu pasang, huehuehue. bagus bagus. maju berbanding tahun sebelum ni ye memandangkan sepupu sepapat saya yang baru umur 8 tahun tu dah pandai main FB dan send mesej "Hai kakak, buat apa tu?" . hebat budak-budak sekarang.


jadi hari ni pulun blogwalking ya memandangkan STPM tahun depan jadi malas lagi nak bukak buku. tapi syok syok blogwalking tadi kan terjumpak video nehh.



wuhuuuu. bace tak apa dorang cakapp? tengok kat 0.36


"I saw something interesting in Malaysia"
"what?"
"I saw the women in hijabs, they were all wearing hijabs"
"I thought those women were'nt allowed to talk to men, I thought they only talk to their husbands"
"but one of them come to me and said 'Oppa, signnnnnn'"


ok nampaknya orang orang Korea ni agak terpegun dengan pronounciation orang kita yang lancar. biasa la, lidah kita memang flexible. tauk la bahasa negara ceruk mana mai pun mesti buleh punya. 


even waktu budak budak Korea ni mai sekolah saya di SINI pun dorang agak terkejut bila ada orang kita tegur  dengan "Anneyonghasaeyo" atau pun say "Kamsahamnidaa" atau "Nanjeongmal pogashipeul goyaa". ok yang last tu aku aje cakap , hihihi . I'm gonna miss u guys. ohh rindunyaaaa dekat dorangggg .



dalam ramai ramai tu yang ni paling rapat ngn saya, sama2 Cassies. HIHI.


bila dorang cakap "I thought those women were'nt allowed to talk to men, I thought they only talk to their husbands", kira dorang ni agak prihatin ya dengan keadaan sekeliling. bagusnyaaaaaa pandangan dorang terhadap wanita wanita kita. tapi macam spoil aja bila tiba-tiba ada sorang pi cakap "Oppaaa, sainnnnnnn". HAHA. 


sebenaqnya saya pun tak kenal dorang ni -.- bukan tak minat Korea, tapi setia dengan yang satu sahaje. so yang lelain macam 2AM 2PM Suju MBLAQ BEAST segala bagai ni tak la amek taw sangat. setakat tengok muka tu buleh la kot nak cam kumpulan mana tapi masih setia dengan yang ini aje.




harap harap lepas ni ada orang Arab pulak mai sekolah. boleh refresh bahasa Arab yang dah hampir setahun tinggal tu, HIHI.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, August 22, 2011

Kad Raya 1 Malaysia , heee .

Assalamualaikum :) dari minggu lepas lagi dok baca kat belog ramai umat manusia mengatakan bahawa zaman sekarang nie orang dah tak kasi kad raya sebab ramai pakat pakai on9 dan sms kan . 


sungguh pun , bukan senang nak dapat kad raya laa ni. setahun tu at least ada la jugak satu , heeee kira buleh tahan lagi la tu daripada tadak langsung kann . tapi agak sedih lah kalau nak dicomparekan dengan stok stok kad raya zaman sekolah rendah dulu. huii jangan memain yeeeee, dulu-dulu punya lagi tak menang tangan nak reply tawwww *nak habaq banyak tahap giga .


part paling syiok sekali, bahagian bawah tektiap kad raya yang saya dapat tu mesti ade ayat cenggini ye abangadekkakak sekalian .


"Pecah kaca pecah gelas,
dah baca jangan la lupa balas"


sungguh, tak sah tak perfect tak cukup rukun kad raya tanpa pantun penutup tewww.


tapi tahun ni kan, lain sikit. biasa laaa, orang macam saya ni first time masuk zon ramai kaum, jadi kejutan budaya dok tak habeh habeh lagi yeww. sebelum ni kan sekolah semua umat manusia melayu, jadi tak terasa lagi la hidup environment Satu Malaysia gituu , hee. kesian saya kan.


ceritanya , kad raya pertama yang sampai di tangan saya tahun ni, adelah daripada dua orang classmate saya, Mei Jun dan Kavitha. alololooo laju aje korang bagi kat aku kan habeh posmen posmen pom tak sempat mai rumah aku lagi.



comel betul pemilihan kad raya yang bagus ye anak anakk


okeh isi kad raya takleh bace la wehhh , heeee >.<

tengok yang atas sekali tewww . 

Kepada : Pelukis => Fathiah

Hohoooo . comelnye . terima kasih mendoakan saya , heee *padahal saya lukis pun comot lagi -.-


ok aku memang overdose sikit benda macam ni pom nak cerita dalam belog kan , haha . takpe , sweet memories memang kena abadikan di sini. tua tua nanti dok atas katil takleh nak buat apa dah leh main Angry Bird sambil baca belog balik kan zaman muda muda remaja dulu perangai macamana .


dan muda muda macam nie suka melukis benda pelik pelik macam ni. cikgu kata comot comot betompok macam air liur basi atas bantal busuk , cehh sedih aii .



tua tua nanti keluaq jadi apa taktauu buat batik saja pun tak reti reti lagi saya nehhhh -.-
*nasib baik pakai kain batik terer , huehuehue


ok, Selamat malam. Assalamualaikum :)




p/s : just , tengah mengubat hati sendiri actually, sorry :') 

Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, August 10, 2011

Culture Exchange dengan Korean Students =)

Assalamualaikum! ^^Y
ok tiga hari yang sangat pendek dan memenatkan taw bersama 32 orang budak budak Korea ni. tiba-tiba saja tiga hari ni terasa macam berada di dunia yang lain, hee macam bermimpi pun ada. sungguh, still tak percaya :)


actually kami pun amat terkejut dengan berita yang teacher sampaikan last week, yang akan ada satu bas budak budak Korea akan mai sekolah kami untuk program Culture Exchange ni. dan cikgu Junita yang merupakan cikgu seni saya pun bagitau kami last last minute dah yang saya dan member2 lain yang amek seni akan ajar diorang buat batik, weeee ^^ padahal yang nak ajaq ni pun tadak pengalaman lagi ok -_-




jadi hari pertama diaorang kat sini cuma sesi perkenalan sikit sikit sahaja dan diaorang pun nampak sangat letih sebenarnya. jadi hari first tu memang kurang la interaksi antara students. cakap pun penat, diaorang macam slow sikit nak paham bila mai part kena buat ayat skema untuk slot bahasa inggeris -_-

  

yang  hujung tu adik saye ^^Y



ni dah habis blurr la. sebab tu jadi macam ni. ada yang amek cermin cover rambut, amek henset snap2 picture sendiri. adoi. nak sakit hati pun comel sangat, hee.





bila dah bosan tahap kelas pertama, jadi macam ni la. dia pun cool aje bagi 'peace'. bosan kan bosan kan kan kan -_-


tapi hari pertama tu tak best sangat dengan diaorang. hari kedua baru best. buat batik sama-sama, baru lah nampak sikit interaksi tu. tapi memang jenuh berhabuk pergghhhhh english aii speaking , muahahaha. berterabuq gila, lantak laaaa asalkan dua-dua pihak faham sudahh.



pintu bilik seni yang dah berapa puluh tahun entah .



sesi pengenalan about batik tapi sempat lagi kan dia ni kalih buat peace. ok sila zoom tangan beliau. inai penuh jari gituuuu ^^Y



dah ready peralatan untuk mencanting! heee . Jom!!




senior saya tunjuk demo cara-cara mencanting batik dengan lilin yang hot itewww





mula mula lukis dulu dengan pensel ye adik adik comel *majoriti nye baru sixteen y/o ^^Y







then masing masing pun dah pandai dan yakin mencanting sendiri selepas sedikit tunjuk ajar ^^Y comel betul buat muka takut takut pulak nak pegang cantik dengan lilin yang panas ituuuu



then terselit sekejap muka melayu di situuu. pegang canting pun sempat lagi posing , heh



haa ni cikgu diaorang , sporting okeh sume mende dia nak try.


then kita mengkaler kaler pulak ke atas batik ye.







yeahhh kami pun berusaha sebab yang ini cenderahati untuk pengetua diaorang -____-




tersangat laaaa suke dengan baju biru ni ^^


 ok tengok hasil bila dah siap ye .







yang tengah tu adek Beom Jun saye punye ^___^



baru lepas sapu sodim silicate, hee . comot giler kan. batik pertama la katakan.


ok, the rest is history.












heeeeeeeeee >.<

Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.❤