Showing posts with label suka. Show all posts
Showing posts with label suka. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Kembali Senyum.



Assalamualaikum ;) setelah sekian lama meninggalkan hobi menulis blog, saya kembali jugaaaaaaaaaaaaa. I'm home! Rindu sangat nak menulis. Rindu sangat nak blogwalking. Rindu sangat perasaan difahami walaupun kita tak saling mengenali. Hahaha. Takbolehblahh kan ayat budak lepas STPM.


Alhamdulillah, saya survived sejak hari kehilangan adik saya hingga ke hari tamat  STPM. Berjaya menguruskan emosi dengan baik hingga tamat peperiksaan. Mulanya bimbang juga. Awal-awal lagi saya diuji. Seminggu selepas pemergian angah adalah deadline untuk karya seni kertas 3 STPM. Jadi saya gagahkan diri juga melangkah ke sekolah, padahal dalam hati takut nak menghadapi segala kemungkinan yang boleh membuatkan hati ini goyah, dan air mata sukar untuk dikawal.




Bukan mudah, tapi saya sangat beruntung dikelilingi mereka yang tidak putus memberi harapan dan semangat pada saya. Saya beruntung, punya keluarga yang kuat. Saya beruntung, punya sahabat-sahabat yang hebat. 


Setahun setengah di tingkatan 6, beri saya banyak pengajaran dan lebih dari apa yang saya sangkakan. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya semakin rapat dengan angah. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya makin rapat dengan mama dan abah. Lima tahun meringkuk di asrama, mungkin meletakkan satu gap yang kami tak pernah perasan. Tapi semua gap itu musnah bila angah pergi.






Dan berada di sini, buat saya appreciate orang sekeliling saya, lebih daripada sebelumnya. Sahabat-sahabat saya buat saya percaya dan yakin dengan diri sendiri. Buat saya seronok nak pergi sekolah setiap hari. Buat saya makin kenal Tuhan. Dan mereka buat saya makin rajin bersembang, sampai terlupa apa yang menyedihkan. Hahaha. Terima kasih. Rindu hampa. Seriously. Tambah pulak bila kena marah sebab bising sangat dalam library. Dan paling aku rindu, saat kita duduk dalam bilik seni. Terima kasih, buat senyum aku kembali lagi :)






Hmm dan benda yang paling susah nak jumpa masa di sekolah sebelum ni ialah, di sini ada geng nak sembang tentang Bitttersweet, Butterfingers, Radiohead, The Who bagai. Hohoo. Dan ada juga geng yang playlistnya kena dengan playlist kita bila ada aje  Jannah Alia dan Amalia Alias dalam pendrivenya. Tak lupa juga geng yang boleh pungpangpungpang ketuk meja dan melalak lagu nasyid sama sama. Err itu dikira belajar ke? Tengok, jiwa aku serabut cemana. Heeeee.




So far, saya sangat bersyukur awak semua hadir dalam hidup saya. Terima kasih untuk satu tempoh yang sangat membahagiakan. Terima kasih cikgu-cikgu, kerana sentiasa percayakan saya. Sentiasa. Sampai saya sendiri pun tak tahu nak pusing ketidakyakinan saya tu kot mana. Terima kasih :)
In sha Allah nanti kita jumpa lagi time amek result. Lepas tu kita lompat amek gambar ramai-ramai, sebab semua orang dapat result gempakkkkkkkkkk! ;) Sama-samalah kita doa tak putus-putus dari sekarang ye!


Dan buat awak awak semua yang masih setia membaca blog usang ini dari dulu hingga sekarang, serta setia memberi sokongan waktu saya down ke bumi, waktu saya tercungap-cungap nak exam, terima kasih jugak ;) saya tak pernah lupa! 


Ok jumpa lagi next post nanti! Lepas ni mungkin lebih kerap, dan sangat kerap saya hadir di blog anda sebab saya menganggur. Heee. Tunggu la! 
Assalamualaikum :)



p/s: Hmm rasa macam nak putihkan blog. Patut ke? ^^


Bukan karya seni.

Tuesday, January 18, 2011

korang mesti sukaaaa! =)


ehhh nak tanya nie .. nasyid best tak pada pandangan korang ? 


kenapa tanya ? 
saja suka-suka ..HEHE. sebab saye suka semua genre music . . bahasa pom tak kesah laaa . bagi lahh jenis macamana pom mesti sangkut jugakkkkk =) ?? Melayu pun layannn .. English pom .. tipu rr tak layan kan .. Korea Jepun pun aku redahhhhh! arab pun sapu jugakkk *HIHIHIHI . asalkan kena dengan jiwaa .. 


korang suka yg macamana wehhhhh? =D
setengah orang tak suka sangat lagu bahasa pelik-pelik nie . patriotik lah katakann! takpa , bagos! teruskan usaha anda =D  tapi saye takpe , universal!


tapi , dalam banyak-banyak lagu laa , kalau buat persembahan atas pentas sekolah, orang mesti bawak lagu nasyid .. yelahhhh .. takkan korang sanggup nak tengok budak pompuan pakai tudung menari lagu Wonder Girls atas pentas time hari Anugerah Cemerlang kan ? haaaa... sebab tu lahh lagu nasyid nie sebati skit dengan jiwa saya ..


mehh nak share dua tiga kerat lagu nasyid yg BEST gilaaa! best merujuk kepada, bagaimana lagu nasyid nieh menusuk ke dalam kalbu saya .. kalau korang tak tertusuk takpe laaa .. hehehehe .. hati manusia rasa lain-lain ..


sebenaqnya , saja lah sebut pasal lagu nasyid niehh sebab ada dua tiga orang tanya , lagu dalam blog ana nie lagu ape =) lagu nie nyanyian UNIQUE bertajuk Binnabil Huda .. sweet ? ya. memang sweet sangat .. tenang dengar lagu nie .. first time dengar dah jatuh cinta .. korang tengok lah video nie , boleh menghayati meaning dia sekali bila dah nampak perkataan =)





selain yg ini, ada lagi lagu-lagu yg selalu ana dengar yg really best =) tapi lagu lama dah la semua .. takpe , kita kan kena selalu muhasabah diri .. lagu lama pun kalau still memberi kesan , apa bezanya kan ? :)


Segenggam Tabah- INTEAM *kalau anda perlu kekuatan,dengarlah :)
Keredhaanmu- INTEAM *paling menusuk T_T
TanpaMu- INTEAM *sama gak rr , insaf =.=
Permata yg Dicari- Dehearty *untuk insan yg terjatuh cinta :)
Sahabat- Devotees *sweet sangat, untuk sahabat2 karib kita =)
Sebuah Pertemuan- UNIC *bagi saye yg nie paling sesuai utk sahabat!


nahh la satu lagi . special untuk kawan-kawan aku yg aku sayang sangat-sangat !




okey . setakat nieh sahaje perkongsian saye pada malam nie .. selamat mendengar lagu yg enak-enak sebelum tidur! ^_____________^



jadilah seperti menatang pink nie yg sering berjalan dan menerangi orang lain =) *orang mengantuk taip entry jadi macam nieh lahhhhhhhhh !




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, January 12, 2011

khas untuk wanitaaa =) ~ WIR CAMPAIGN: Covering the chest is the best!


saye pom nk spread jugak campaign yg menarik tertarik memang da bomb nieh . Campaign oleh Sue Anna Joe nie memang betol2 bagos laaa :) 


kita manusia memang tak sempurna ..  kita manusiaa.. kita insan .. dan insan itu memang tidak terlepas daripada lupa dan leka ..jadi kita kena saling mengingati .. memang lah saya pom kadang2 pakai selendang tertinggi jugak kan .. tapi takpe , kita cuba ubah menjadi lebiih baek selepas ini =) 


pakat-pakat laa ramai-ramai kita labuh-labukan tudung kita yaaa kawan-kawan :) pakai lah segala macam jenis selendang dan tudung pom , asalkan melepasi paras dada ..  


"…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…" [an-Nur:31]

moga hari-hari yg akan datang adalah lebih baik bagi kita daripada hari ini =) moga kita istiqamah dengan kebaikan yg kita buat dan istiqamah untuk terus mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya . insyaAllah .


jadi , jom laa jayakan kempen nieh ramei-ramei!! 
Wear it Right =)



Bukan karya seni.

Monday, December 27, 2010

i love Hlovate =)

sebelum habis SPM hari tu kan, dalam hati nieh memang dah tegar gilaaaa, tak kira apa jadi sekali pon nak marathon novel Hlovate!! hohOooo. sebelum trial hari tu dah cukop gedik pi bukak 5 Tahun 5 Bulan okey. tak baek betol saya nie, mengketepikan buku teks dan mengketengahkan Hlovate.

tapi bagi sesiapa sahaje yg dah baca Hlovate's novel mesti paham kan cemana rasa bila dah start tuuu. ngee ~ yg bestnyaa, sesapa pom taktaw sapa Hlovate niehh .. Inchek ka cik . memang misteri betol .. tapi kalau tengok cara tu macam pompuan laa =)



  

tengok laa cover novel Hlovate nieh . simple gilaaa . sumpah memang simple . first time ana baca Hlovate nieh time bulan 5 ke bulan 6 ntah .. memang jatuh cintaa! dengan Tunas dn aA+bB ... first time nak beli tu pon macam teragak-agak, tapi dah tertarik pulak dengan nama unik si penulis nieh :)

contohnya Versus laa.. kalau tengok cover Versus tu memang sesapa pon takkan sangka isi kandungan dia memang first class punya! =) specialnya Hlovate nieh pada gaya bahasa dia yg amat santai , dan cerita2 dia memang lebih kurang dengan life kita .. Hlovate buat kita berfikir.. =)

saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh 'draw and paint' perasaan saya.

saya tak pandai menyanyi, saya tak boleh lagukan hati saya.

saya tak ada 'art and skill' maka saya tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding...

dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis...
saya tau 'throw out and spill' aje

haha. n this make Hlovate special+unique+so sempoi!!!
jadi bagi sesapa saja yg masih belom mencoba , silaa lah pergi cari sekarang novel-novel beliauuu!



p/s : one of her Quote ; everything will be ok in the end...

if it's not ok then it's not the end :)

p/s/s : ulang baca sampai saket pun masih tak borink okey . 






Bukan karya seni.

Tuesday, September 7, 2010

6 benda saya akan rindu bila Ramadhan habis!!


disebabkan saya jarang update dan memang hampir tak sempat nak update, memang terasa masa cepat sangat berlalu . tadi bukak je blog kesayangan nie , tengok kalendar pink kat tepi nie , terkejut la jugak , terlupa , hari ni dah masok 28 Ramadhan . kejap je kan ? kita dah nak raya . hihi . walaupun lepas raya nanti ana akan berdepan dengan banyak lagi paper trial, raya tetap RAYA! =P

rasa macam baru semalam , ye ye tipu lah semalam , tapi rasa macam baru je lagi masuk bulan Ramadhan nie .. kejap aje , kita dah berada dalam 10 malam yg terakhir . sekejap sangat kan ? sekejap sangat , ana nie pon dah nak habis sekolah . Ramadhan kali nie adalah Ramadhan terakhir kitorang kat sini . sedih , sedih sangat atas banyak sebab yang saya rasa ramai orang mybe setuju kalau ade kat tempat saya sekarang . nanti mesti rindu mende2 nie punye!


1. rindu turun sahur kat dewan makan dengan roommates saya =.="

Photobucket

thanks sebab banyak bersabar dalam usaha membangunkan budak yang tidur nyenyak tetiap malam nie . hihi . tahun sebelum2 nie saya tak penah turun sahur taw! tahun nie memang best , tetiap hari turun sahur, tak membazir makanan dewan makan . bagus tak ? heeeeeee :D


2. rindu nak tadarus AlQuran pagi2 buta sambil tengok orang tersengguk-sengguk .



jahat kan ? tapi itulah hakikatnye . lepas solat subuh ade bacaan Yasin then terus start masuk Usrah untuk Tadarus beramai-ramai , tipulah kalau takde yg tersengguk-sengguk kan . tak tidur drpd pukul 5 tadi bangun sahur . frankly speaking , saye pun antara insan yg terlelap jugak =D  tapi tadarus nie memang merapatkan kita kan ? at least takde lah terus je buta tajwid sampai ke tua . 


3. lagi sedih, lepas ni rindu nak dengar Tazkirah Zohor Ramadhan .
lima tahun di sini, dah biasa, dah jadi lumrah, akan ada tazkirah drpd ustaz2 setiap kali sudah solat Zohor . kalau dulu , zaman kanak2 ribena baru jejak sekolah menengah, rasanya time2 tazkirah nie lah nak terlentok lena pon . konon penatlah sehari puasa , plus kena sekolah pulak kan . tapi tahun nie best , saya tak tidur , err terlelap je , tapi jarang la ..hehehee... sebab dah besaq2 nie, rasa rugi pulak kalau buat taktau je dengan benda penting camnie . ya, walaupun tetiap tahun ustaz ulang benda yg sama, masih BEST jugak =)


4.part paling sweet, rindu bukak puasa di Dewan Makan AlBarakah ramai-ramai ^______^
member2 yang dah pindah sekolah laen menyatakan bahawa, diorang sangat rindu suasana berbuka puasa di sini . ya , kami pun dah nak rasa nie weii . tak taw la diorang tu rindu sebab apa, tapi bagi aku takde apa yang boleh menandingi keriuhan 700 orang lebih dalam dewan makan nie . hehehehehe .  makanan , walaupun simple , tapi sedap . kenyang . okey lah tu . budak2 kat Gaza tu takde mende pun nak makan kan ? so , bersyukur =)


5. best , rindu nak tarawih di sini .
memang best, cuma tahun nie tak macam tahun yang lepas2. dulu, form1,form2 and form4 akan solat tarawih sampai habis 23 rakaat. form3 n form5 pulak akan stop pada rakaat ke8 dan solat witir then terus ke prep . logic la kan . tapi tahun nie semua orang buat 11rakaat je . dah! nanti tahun depan dah tak rasa semua ni! imam pun dah bukan suara2 yang familiar, orang kat sebelah ni yg nak main aci lawan sengih je kalau dah penat pun bukanlah muka2 yg ku rasakan familiar lagi.ngaa....  please , tanak habis tahun nie ..


6.  paling sedih, no more majlis khatam Quran dengan ustaz Ishak lepas nie :'(
mengada-ngada habis kan ? =.="  tapi biaq laa.. takde manusia lain yg boleh menggantikan ustaz Ishak! muktamad! hahahaa! habes obses la nie ? tak, bukan obses overboard. tapi , ustaz Ishak sorang je la yang selama nie ajar kelas Kemahiran Quran pun . ustaz punye taranum, pergghh!! memang best! =)  dan setiap tahun , bila tiba je hari terakhir sebelum cuti raya , mesti ada majlis khatam Quran . macam nie .


ustaz Ishak , yg di tengah tu . habis saja giliran semua students nie , dari surah Ad-Dhuha sampai ke surah An-Nasr, maka ustaz pun akan baca membaca doa khatam Quran dengan penuh penghayatan . best . syahdu  . kalau boleh paham semua doa tu mesti lagi best ..


kesimpulannya ....
pusing pi pusing mai,  kot mana pun, kena terima kenyataan bahawa, this is the last one. tahun depan takde dah can nak duduk makan dalam dewan makan AlBarakah nie, solat tarawih dan dengar tazkirah dalam surau Al-Falah nie. memang la selama duduk sini pun mulut asyik ucap "eii tak suka nya!!","nak balek!!","tak best aaa peraturan cmnie!" .. tapi , tu lah manusia , selagi tak hilang, kita tak rasa benda tu berharga . being here is too colourful ....

CANDY KINDA Pictures, Images and Photos



p/s: budak nie dah makin busy . doakan saya tabah yaa . things are getting harder :'(
and , Selamat Hari Raya =)
( takot tak sempat update nanti,hehehehe )


Bukan karya seni.

Monday, July 20, 2009

dOa sAng pEnciNtA ..



Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihikenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjangmenyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati inidengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kamidengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....

Ameen Ya Robb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...
AKU CINTA AKAN DIRIMU..
AKU SELALU MENGINGATI MU,
BUKAN YG SELAIN MU ..
ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI..
AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU..
TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..
TETAPI..
PUJI DALAM HAL INI ,
DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..

YA RABB "
MySpace

Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.❤