Friday, April 8, 2011

3 Facts about youuu =)

please jangan kata apa apa . hee . saya tak boleh hupdate , huuu . berperang dengan jiwa sendiri kot . muehehehehe . dah macam orang tak betul sekarang . ngee . tapi ada la sikit buah tangan untuk anda :)


nahhh =)



selamat malam =)
doakan saya tenang menghadapi hari hari yang seterusnya !



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, April 4, 2011

a Quote about Iman =)

nak share something =) sebab tadi ana terbaca ayat nieh .. tak syok la simpan sorang sorang kan =) ala tak take time pom baca satu ayat niehhhh . ayat yg comel je . hee ^^


Iman is like an airplane ride . the higher up we go , the smaller the things on Earth look .


ok . saya tak lah pandai sangat bab-bab yang mendalam nieh .. tapi, disebabkan tadi saya baca SOLUSI tentang mencari halawatul iman, bila terbaca ayat nie , saya rasa saya faham :) dan semoga saya sendiri berusaha ke arah tersebut . hee . people can change . antara nak dengan taknak je .. 


apa yang pasti , kita kena terus mencari ilmu .. terus menuntut ilmu .. kalau tadak pengetahuan langsung pun tak guna jugak .. macamana nak hidup berpuluh-puluh tahun lagi ? takkan kita nak stay di level yang sama drpd tahun 2011 sampai 2043 nanti.. kan ? 


peringatan untuk diri sendiri jugak , yang selalu sangat lalai dan main main .. =.=
dulu time sekolah lagi buleh la main main sebab tektiap minggu ada ja ceramah . ok , ada la jugak santapan rohani .. sekarang , kena teruskan jugak usaha menghidupkan hati :)





ok , dah pukui 12 lebih . nak tidoq wehhhhhh =D selamat malam . Assalamualaikum!



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, April 1, 2011

renungkan :)



apa conclusion yang korang boleh buat berdasarkan gambar ni ?


sekadar berkongsi =) dan mengingatkan .. kita hidup tak lama .. dan dunia nie pun dah sampai ke zaman yang  penghabisan .. tapi bekalan pun masih tak banyak mana .. :(


ana baca dari blog Blogger Crew dua minggu lepas .. elok lepas tsunami di Jepun tu .. takot bila baca nieh .. risau .. baru betul-betul sedar , tsunami dan gempa bumi tu menandakan sesuatu ..


anda rajin , klik SINI , baca sendiri . anda malas .. ? baca bawah niehhh . 

tanda-tanda kecik kiamat .
1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


semua tanda kecil dah berlaku .. tunggu masa sahajaa .. kan ? Astaghfirullah .. =.=



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, March 30, 2011

Jom baca Al-Mulk ramai ramai! ^^

Assalamualaikum =)
semalam kan, bos saye bagitauuuuuu, mulai kemarin, saye kena kerja 11jam . ngee . tapi gaji naik laaaa =D okehh sempat lah kumpul duit banyak2 lagi kan untuk kegunaan masa depan . Alhamdulillah . memang penat sikit .. tapi bila buat kerja yang kita suka , tak la rasa sangat penat tuhhh =) alaaaaa meniaga juai shawl dengan tudung dengan brooch segala bagai tuuu bukan susah pom kan kan kannnnnn ^___^ lagipun kitorang duduk ramai2 bsembang je kalo tadak customer . ngee .



habeh tadak keja sangat pom amek gambaq syok sendiri la kannnn . bukan susah . HIHI .


jadi , disebabkan sekarang nie balek kerja pun lewat, pukul 10 baru nak sampai rumah, keluar pulak dari kawasan ber-ekon, badan nieh rasa letih semacam je .. hupdate blog dengan blogwalking pom macam terganggu je ..yolahhh cek bukan robot T_T mengantuk kott bila sampai rumahhh. tapi takpa , tdoq awal bangun awal esok pagi buleh blogwalking lagi , heee . 


oleh itu*skema kejap, sebelum saya off9 dan melelapkan mata, saya nak share sesuatu dengan andaaaaaa . acececeyyy bajet macam korangg ramai sangat bace belog ciputtt nieh kannnn . heee .


apa yang cek nak bagitau ? meh sini nak habaq mai =) sebelum kita tidur, meh la kita ramai2 baca surah Al-Mulk yaaaa . sebenaqnya, sedih tau baca sorang-sorang kat rumah .. rindu nak baca ramai-ramai macam dulu T_T sebab tu saya ajak korangg  sekali . hehehehe .


nak senang baca, usha himpunan surah pilihan macam nieh pun dah ada :)


pakcik google punya.


dulu time mula2 kenal surah al-Mulk nie, tak la amek tau sangat kenapa ustaz ustazah suruh amalkan .. just bila saya baca dua tiga buku, oh.. tau la jugak surah al-Mulk nie sebenaqnya surah keamanan dan keselamatan .. dan insyaAllah menyelamatkan kita dari seksa kubur :)


antara kelebihan surah al-Mulk yang lain, ada jugak terdapat dalam hadis ..contohnya .

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."-Abu Hurairah

bukan tu saja . ada lagi =)
"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."-sabda Rasulullah SAW

Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."-ulama


ana pom tadak la baca selaluu .. bila berkesempatan , kita cuba .. benda baik , apa salahnyaaa kann ^^ tapi kadang2 godaan syaitonnnirrajimmmmm niehh lagi dasyat T____T bila nampak je katil, terus tak larat . huehuehue . tapi korangg jangan lah jadi macam sayaa pulakk  =D


haaa . setakat tu saja lah yang ana nak share =) jadi .. meh la kita ramai2 semangat2 baca surah Al-Mulk ya sebelum tidoqqqqq . Selamat Malam!! mengantok tahap tak hengatt dahh . hee



 Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, March 5, 2011

Scoliosis bukan benda simple .

Assalamualaikum :)

tadi petang kan , adik saya call mama dari asrama .. cakap nak balik .. dia sakit belakang , tak selesa maybe .. dia pun macam saya .. ada masalah yang sama =) tapi maybe tulang dia ada chance untuk jadi lebih teruk sebab dia masih dalam proses membesar . Scoliosis patient memang kena banyak sabar , sebab orang lain nampak kitorang sehat walafiat seadanya . 


kesian la pulak kat budak sorang nieh . dia tu dah la blurr je . baru form 1 .. harap-harap boleh la jaga diri baik-baik . tak buas buas keluaq pagar asrama tengah malam . ngee . dia perempuan , imposible dia buat macam tu melainkan ada hormon pelik dalam badan dia .


OK! jadi malam nie , kita ada kelas medic ya . muehehehehehe . tetiba ja teringin nak search kat Google .. pasal scoliosis . again . errr . actually, nie memang hobi .. suka nak baca kisah hidup orang yang geng dengan kita =) at least saya tak merungut sangat sebab saya tau , ada yg lebih teruk drpd saya .. bukan semua orang tanggung derita yg sama .. 





Scoliosis nie, senang cakap tulang belakang kita tak macam biasa , tapi macam huruf S atau pun C . ok kalau macam Z tu err macam melampau la jugak kan . malas nak explain sebenaqnya . hehe . pi la tanya pakcik Google kalau nak tau dengan lebih lanjut :P


maybe di Malaysia tak ramai lagi yang sedar tentang scoliosis nie .. kita tak amek berat sangat pun amenda la scoliosis niehh .. dan ada jugak dokter-dokter yang tak caring langsung dengan keadaan patient sedangkan dalam hati nieh Allah je la yang tau ..


orang biasa duduk lama-lama pun tak selesa kan ? apatah lagi bila tulang kita tak betul dan ganggu tulang-tulang lain .. ada patient yg kena buat operation sebab tulang yg benkok tu ganggu sistem jantung . ada jugak tulang yg bengkok ganggu paru-paru dan menyebabkan patient susah nak bernafas .. tapi orang tak kisah pun .. sebab luarannya , patient nie nampak sehat kot . bukan pucat nak mati pun ..


tapi di tempat lain benda nie macam famous gila je . err . dasyat jugak tengok budak-budak nie cerita pasal their life . dan memang sangat bersyukur , mine is better than them .. tak boleh bayang macamana kalau memang lagi teruk drpd sekarang .. kesian tengok gambaq depa lepas operation ..tapi harap2 lepas tu dah makin baik la :)



tengok . siap ada banner untuk support Scoliosis Awareness lagi . 


saya masuk dewan jawab SPM pom orang gelak sebab usung bantal . dah benda perlu wehhh . kalau tadak bantal tu tak sampai minggu kedua SPM pun aku tak larat dahh kot . tapi bertuahnya saya , ada kawan-kawan yg understanding betul . terima kasih semua orang , untuk bantuan dan support yg tak pernah berbelah bagi selama nie =) yg berbelah bagi dan ragu pun aku halalkan lah .. hehehe ..


jadi , kepada mak ayah di luar sana .. kalau lah anak-anak anda cakap sakit-sakit belakang sakit-sakit pinggang tu jangan laa anggap menda tu main-main .. pi la cek dulu nahh .. menda serius macam nie kalau tak cegah dari awal boleh jadi menda dasyat =) 


dan kepada sesiapa saja yang rasa-rasa anda salah seorang drpd scoliosis patient nie , jangan la malu-malu nak jumpak dokter .. kita tak pelik . Allah uji , maknanya ujian nie kita bole hadapi =) just jangan biar melarat .. diri sendiri kena jaga jugak =)


korang boleh usha sini , blog kakak nie bagus . sangat memberi semangat kepada manusia-manusia yang down dan dah give up maybe .. klik gambar di bawah untuk ke blog beliau :)





"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." =)



things happen for a reason =)



p/s : thanks to kak Adibah Wahab .. sentiasa memahami dan memberi semangat =) hope we both will survive till the end :)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.❤