Thursday, September 8, 2011

Jadi diri sendiri.



30 Days Challenge ni orang amek 30 days aje nak bagi sudah aku redah 3 4 bulan pun tak habeh habeh lagi ish ish ishhh . oleh itu , kita teruskan dengan Day 5 punya challenge.



Day 5 – What makes you different from everyone else?


heh. amenda nehhhhh -.-" 


ok mai nak habaq. dari kecik kecik dulu lagi, saya memang tak suka kalau ada sama apa2 pun dengan orang lain. heh, jelez maybe. kadang2 benda kecik pun tak syiok kalau sama dengan orang lain. jadi mama cakap kalau nak semua lain dari orang buat la sendiri. Hohooo. opkoss lain dari yang lain. yang penting jangan buat benda tak elok.


bila difikirkan balik, apa lah sangat yang berbeza dengan orang lain tu. macam sama aje dengan orang lain. heee. tapi ada laa satu dua.


saya suka macam-macam. terlalu universal. Hahaha. 
concoh paling ketara. dalam playlist saya, lagu-lagu dan penyanyi dengan macam-macam genre boleh bersatu. 

My Chemical Romance, Melastik Bintang, Inteam, TVXQ, Muse, Greenday, Yuna, Raihan, Bliz, Radja, Tokyo Hotel, Bruno Mars, Maher Zain, We the Kings, Vegetoz dan lain lain.. tak larat list doe -.-"oh lupa, Muhammad Taha AlJunaid*walaupun beliau bukan penyanyi.

dihimpunkan semuanya sekali, dok ada beratus-ratus lagu peberet. gila betui. jadi kita balancekan dengan surah-surah peberet jugak. takkan sampai mati nak usung lagu Finger Eleven dalam otak? tadak maknanya. takleh tolong pun dalam kubur nanti.


tu baru tengok lagu. cer kalo tanya kartun feveret aku. sorry, tak tengok ye otomen otomen nehh. kita layan Dragon Ball aje. oldskool ea? lantak la. dalam playlist saya pun ada lagu Dan Dan Kokoro Hikareteku. siap pasang kuat kuat lagi kalau mood tengah down,Huehuehue.


dan saya sukaaaaaaaaaaa sangat melukis. walaupun tak reti. walaupun tak terer. walaupun tak lawa. walaupun tak cantik. walaupun teknik yang baru saya belajar tiga bulan lalu masih tunggang langgang. tapi tak kesah la. saya buat dengan hati. setiap calit warna dan setiap garisan yang ada actually ada untold story disebaliknya :)  walaupun saya tak reti buat doodle yang semua orang terer tuuu, Hee. boleh ke macam tu?




menulis? pun tak cukup hebat. cuma selalunya apa yang keluar dalam blog ni cuma semua yang mulut susah nak sebut dan cerita. semuanya main aci redah aje. tadak plan plan. saya tulis untuk express. bukan nak impress. tak heran pun traffik jem ka tak, blog ni hodoh ka simple ka. yang penting, benda yang tak boleh simpan sorang sorang kena tauk ke dalam blog jugak. 


saya cuma nak belajar, nak try segala galanya yang nampak best. tapi tak semua benda kita mampu buat. reti tak reti, pro tak pro tu lain cerita derr. mana ada orang perfect kan dalam dunia ni. Hahaa. cuma rasa nak try benda benda baru tu membuak buak macam saya eksaited dapat coklat cadbury yang gedabak daripada seseorang*eh ada kena mengena ea? -.-" 



tengok orang naik kuda, macam nak try jugak. tengok orang buat bungee jump, ewww cam best aje. tengok orang berkayak, wahhhh nak main air jugak. tengok orang main bola jaring, best, nak shoot jugakkkk. tengok orang main bola baling, terasa macam nak terbang jugak shoot bola. tengok budak-budak kawad kaki kemas tersusun teratur sampai peringkat kebangsaan, teringin jugakkkkk. 

tapi saya tak boleh buat semua tu. mampu duduk tepi longkang aje tengok kawan-kawan main bila naik tingkatan 1 :') *perbezaan paling ketara dengan orang lain.



"If I accept the sunshine and warmth, then I must also accept the thunder and lightning." -Kahlil Gibran

dan perbezaan paling paling paling terang lagi bersuluh. cap jari aii tak sama dengan sesiapa pun ya. harap maklum.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, September 7, 2011

Hancur berulang kali.


dalam kelas Geografi Isnin hari tu, cikgu ajar tentang luluhawa. saya terpaku sekejap bila dengar cikgu cakap "bila proses ni berlaku berulang kali, batuan akan retak sedikit demi sedikit, dan akhirnya pecah meninggalkan batuan asal".


bukan terpaku sebab apa pun. saja mengada-ngada. HIHIHI. tapi sebenarnya, dalam minda waktu tu, terlintas satu ayat yang lebih kurang dengan apa yang cikgu cakap tu.


"Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali-kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja... bagi yang mencari cinta Allah, bersedialah menerima hakikat ini". -Abd Qadir Ajlani.


eh ada kena mengena ea ? tiba tiba terlintas. mungkin sebab keyword yang sama. berkali-kali. berulang kali. hancur. pecah. retak. semuanya lebih kurang aje. 


berilah aku kekuatan ya Allah :'(



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, August 28, 2011

sebelum Raya.

lagu raya faveret saya .



jiwa dah sebati dengan lagu nasyid maybe . Hohooo . dan jiwa dah sebati dengan suara Raihan maybe . dah dari kecik dijamu dengan lagu-lagu Raihan. well , nama sendiri pun Raihana . memang sebati .


dulu dok asrama jarang tengok tv taww . sebab saya rasa dengan tengok tv tu dah ambek banyak masa yang memang tak cukup seharian kat sana. jadi saya tak pernah pun tengok Upin dan Ipin. langsung. tahun nie baru tengok . HIHI. tak sangka yang dorang ni comel sangattttttttttt . sumpah kiutt. zaman aku dulu ada Anak-anak Sidek aje, nak harap si Adul tu je la yang comel pun.


jadi sekarang, dah selamat sampai di kampung, Alhamdulillah :) adik beradik pun dah penuh rumah tok. semua dah pakat balik. cuma maksu saje tak sampai lagi, masih kat hospital baru lepas bersalin anak ketiga beliau :) raya dengan orang baru tahun ni, heeee. Alhamdulillah, dua-sua selamat.


Never blame a day in your life:¤ Good days give HAPPINESS¤ Bad days give EXPERIENCE¤ Worst days give LESSONS¤ And the best days give MEMORIESBe thankful to Allah SWT everyday and Always say Alhamdulilah :)


esok, dah set projek dengan mak-mak sedara saya dan sepupu-sepapat yang dok ada ni. esok kitorang projek besar, memerahkan jari. majoritinya anak-anak dara dalam rumah ni, lingkungan umur 1 ke 18 tahun*aku la tu -.- terasa sangat tuaaaaa , heh tak terasa tak terasa. sepupu sepupu lelaki ada 3 orang aje, tu pun kecik kecik tak baligh bersunat pun lagi.


dan esok jugak, pagi pagi buta saya dan mama hantar abah ke stesen bas. abah kerja :'( petang raya baru abah balik kampung semula . tektiap tahun pun macam ni. benci bos abah, heh benci benci. tak pernah jumpak lagi ni. kalau jumpak, siap orang tua tu. ganggu hari bahagia orang dengan keluarga.


Okehhh maybe susah nak hupdate lepas ni sebab line kat rumah tok ni sumpah macam siput lembab tahap kelas pertama dan saya kena berebut dengan adik-adik comel ni yang asyik merengek nak main game. ni lah budak-budak zaman siber. orang balik raya syok-syok jumpak adik beradik dorang syok online -.-


Selamat Hari Raya :) moga anda semua bahagia disamping orang tersayang . moga semua orang ceria ceria aje di hari raya nanti . jaga kesihatan. jangan redah makan tak hengat duniaaaa . Ana mintak maaf, kalau ada terkasar bahasa, atau tersakitkan hati sesiapa, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki :')

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

spiritualinspiration:

www.getoutthebox.org



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, August 26, 2011

Gadis Malaysia di mata dunia.

Orang kalut cerita pasal raya kan sekarang. semua pakat nak cerita pasal balik kampung la jumpak ayah mak la nak cuti panjang panjang la. hadoih. bosannye. ok jelez sebenaqnya. saya balik rumah tok ahad nie ye jadi esok ada satu hari lagi sebelum entry hari raya. 


alaa cool bebeh lagi pun rumah tok saya sekarang maju, ada internet dahhhh paksu pasang, huehuehue. bagus bagus. maju berbanding tahun sebelum ni ye memandangkan sepupu sepapat saya yang baru umur 8 tahun tu dah pandai main FB dan send mesej "Hai kakak, buat apa tu?" . hebat budak-budak sekarang.


jadi hari ni pulun blogwalking ya memandangkan STPM tahun depan jadi malas lagi nak bukak buku. tapi syok syok blogwalking tadi kan terjumpak video nehh.



wuhuuuu. bace tak apa dorang cakapp? tengok kat 0.36


"I saw something interesting in Malaysia"
"what?"
"I saw the women in hijabs, they were all wearing hijabs"
"I thought those women were'nt allowed to talk to men, I thought they only talk to their husbands"
"but one of them come to me and said 'Oppa, signnnnnn'"


ok nampaknya orang orang Korea ni agak terpegun dengan pronounciation orang kita yang lancar. biasa la, lidah kita memang flexible. tauk la bahasa negara ceruk mana mai pun mesti buleh punya. 


even waktu budak budak Korea ni mai sekolah saya di SINI pun dorang agak terkejut bila ada orang kita tegur  dengan "Anneyonghasaeyo" atau pun say "Kamsahamnidaa" atau "Nanjeongmal pogashipeul goyaa". ok yang last tu aku aje cakap , hihihi . I'm gonna miss u guys. ohh rindunyaaaa dekat dorangggg .



dalam ramai ramai tu yang ni paling rapat ngn saya, sama2 Cassies. HIHI.


bila dorang cakap "I thought those women were'nt allowed to talk to men, I thought they only talk to their husbands", kira dorang ni agak prihatin ya dengan keadaan sekeliling. bagusnyaaaaaa pandangan dorang terhadap wanita wanita kita. tapi macam spoil aja bila tiba-tiba ada sorang pi cakap "Oppaaa, sainnnnnnn". HAHA. 


sebenaqnya saya pun tak kenal dorang ni -.- bukan tak minat Korea, tapi setia dengan yang satu sahaje. so yang lelain macam 2AM 2PM Suju MBLAQ BEAST segala bagai ni tak la amek taw sangat. setakat tengok muka tu buleh la kot nak cam kumpulan mana tapi masih setia dengan yang ini aje.




harap harap lepas ni ada orang Arab pulak mai sekolah. boleh refresh bahasa Arab yang dah hampir setahun tinggal tu, HIHI.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, August 25, 2011

People who wear glasses look nerdy* bukan saya cakap.

ok tadi dalam kelas MUET teacher bagi tajuk untuk discuss in pair . tapi disebabkan ada sorang absent hari ni, bilangan kanak-kanak dalam kelas tu menjadi ganjil. dan saya takde pair ye, sekian.


tapi tajuk pun tak boleh pilih sendiri, tajuk pun main aci sembunyi jugak. boleh pilih nombor aje. pilihan yang tinggal buat saya yang solo ni adelah nombor 5, 7, 13 dan bla bla bla blaa yang saya tak ingat. oleh kerana hidup saya serasi dengan nombor 7 setiap masa, jadi saya pick nombor 7 la! heee .


sebab saya buat sorang sorang aje takde partner nak discuss dengan saya, jadi teacher bagi peluang ye turn saya belakang2 nanti walopun nombor depan depan, weeeeee. selamat! dan saya dapat tajuk niehhhhh.


People who wear glasses look nerdy.


okeh kau bukan People ye Domo.


amende aku dapat nehhh . blurr sebentar baca statement ni. ha kira ok la tu buat sorang sorang dapat statement tak susah dan tak senang . benda bagi pendapat sendiri saja boleh tahan lagi la daripada ada pair yang dapat statement kena bagi fakta pasal pengguna la, greenhouse effect la, ikan banyak omega la tak ka haru kalau aku buat sorang sorang -.-


so first sekali kena cakap ye agree atau disagree. ok dalam hati kata agak agree la, tambah yang pakai spek bingkai penuh. tapi , ada jugak yang comel aje pakai macam tu pun. nak agree ke disagree nehhhhhh -.- 



kelas Sains tu ramai gila umat manusia pakai spek mata. kang kalau agree tak pasal aja dorang lempaq kasut kat saya, heeeee . ok lah disagree lah . kesian punya pasal kannnn . tapi memang bila saya baca statement ni time present tu dah ada dua tiga kerat cepat-cepat bukak spek mata, HIHIHIHI. kau sendiri yang mengaku ye, aku tak sebut lagi agree atau disagree.


 ok lah saya disagree. sebab saya rasa orang pakai spek selalunya nampak educated daripada nampak nerd. kalau betul nampak nerd tu atas faktor muka anda sendiri ye. tapi actually nerd pom comel apa. HAHA. teacher, saya nak agree dan disagree lah, dua dua boleh tak?! ok lah saya bagi concoh ye.



Cameron, budak Glee Project. dia sendiri mengaku dia nerd. Hehe. dan dia suka jadi nerd. dan dia kinda cute apa. 



Heliza Helmi pakai spek pom comel aje , heeee yang ni memang tak yah habaq pakai apa pom kiutt. kesimpulannya orang pakai spek nerd semua suara sedap. eh boleh ke macam tu? 

jadi takyah lah anda rasa pakai spek tu nampak nerd ye walaupom statement tu cakap macam tu. tak payah la tiba-tiba aje bukak spek bila saya sebut statement tu, Hihihi. 


actually bila pakai spek ni boleh mengubah persepsi orang terhadap kita tau. dalam erti kata lain, kita boleh nampak macam seseorang yang bukan kita bila kita tetiba pakai spek. tak caye ? cer usha sikit.





Hohoooo kepala mafia buleh jadi fashion designer I LOIKEEE .


ok saya sendiri pun tak pakai spek jadi takleh nak cakap banyak banyak la kan , hee. ok Assalamualaikum!




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.