Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin" sebanyak tiga kali?
Rasulullah s.a.w menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:1. Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.2. Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.3. Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.
sedar tak sedar, dah tak berapa hari tinggal.. Ramadhan pun dah nak habis . daripada 30 hari yang tak cukup jari tangan dan kaki nak bilang, sekarang guna sebelah tangan pun dah hampir cukup. tapi macamana kalau kita dalam kategori orang yang ketiga tu ? -.-
macamana kualiti ibadah kita ya ? janganlah sekadar simpan lapar dan dahaga .. janganlah Ramadhan kali ini sia-sia sahaja .. :'(
ya Allah , Kau terima lah puasaku , ibadahku .. Kau ampunkan lah aku dah ahli keluargaku.. dan Kau kuatkanlah aku menempuh hari hari yang akan datang ya Allah :'(
Lihatlah dosa seperti gunung yang menghempap, bukan seperti lalat yang hinggap.
Kalau SUKa boleh LIKE :)