Wednesday, June 18, 2014

Sabar



Pesan pada hati,
pesan ada diri--
Sabar itu bukan sekadar menunggu semata-mata.

Sabar itu adalah bila kita menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka,
dengan penuh keyakinan kerana kita tahu Allah pasti beri yang terbaik buat kita.

Sabar itu adalah bila kita tidak merungut mahupun mempersoalkan walau apa jua dugaan menimpa,
malah bersyukur kerana dugaan ini tidaklah seteruk mana.

Sabar itu disertai dengan penerimaan, kepuasan serta kepercayaan pada Allah yang Maha Esa

Sabar itu tak datang sendiri,
melainkan kita yang melatihnya.

Fasobrun jamil.




Bukan karya seni.

Saturday, March 15, 2014

Ahsanu 'Amala

Setelah sekian lama tenggelam dalam dunia sendiri dan jiwa kosong tidak berisi, maka Khamis lalu saya memutuskan untuk mengikut roommate saya menghadiri satu ceramah di Akademi Pengajian Islam. Mulanya dia hanya bercerita itu ini mengenai program malam itu, but then bila dia mula menyatakan betapa sedihnya rushing untuk mandi, solat Maghrib, bersiap dan mengejar bas, maka saya mula terfikir-- mungkin ini salah satu peluang untuk memanfaatkan kereta Myvi saya di jalan yang benar dan berpahala. 


So I chose to be there, dipayungi sayap-sayap malaikat. Betullah, jiwa saya kosong sebenarnya sejak ke sini. Malam itu saya rasa puas, saya rasa hampir separuh penuh jiwa saya berisi. Ada secebis ketenangan yang dapat saya bawa pulang dan buat saya senyum hingga ke pagi. Tapi sayang, kalau saya tak spread and apply-- hari-hari yang seterusnya mungkin saya berjiwa kosong lagi.


Banyak sebenarnya isi yang boleh dikongsi. Tapi ada satu yang paling menarik perhatian saya dalam banyak-banyak patah kata ustaz malam itu. 




Surah Al-Mulk, ayat 2-- Aiyukum ahsanu amala. Siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Ahsanu 'amala. Amal yang baik. 


Ustaz cakap kayu ukur kepada ahsanu 'amala ada dua (berpandukan ulama)--
Satu, amalan-amalan baik seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasululah S.A.W. Dalam erti kata lain, amalan-amalan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah.
Dua-- amalan-amalan yang paling ikhlas di sisi Allah. Ikhlas, lillahitaala. Contoh paling jelas yang boleh kita nampak; pernah dengar kisah pelacur yang diberi ganjaran syurga kerana beri anjing minum air? Ya, ikhlas itulah.Yang tak boleh diukur dengan mata kasar dan judgement manusia semata.


Kita asyik berlumba-lumba, mengejar pointer terbaik, mengejar gaji terbanyak, mengejar baju tercantik, mengejar rumah terbesar, mengejar kereta termewah--
lalu kita lupa bahawa semua itu akhirnya nanti akan ditinggalkan dan terbiar di dunia ini. Dan kita lupa lagi, berlumba-lumba antara kita mengejar ahsanu 'amala itu lebih penting dari segala harta yang ada di bumi.  Eh saya silap, daripada berlumba-lumba rasanya lebih baik kita tarik tangan keluarga dan sahabat bersama. 


Yeahh tulis memang senang. Cakap memang senang. Nak melaksanakan itu yang betul mencabar. Tambah-tambah buat penulis sendirilah. Sambil menulis sambil makan dalam. Pehhh. Tapi takda salahnya saya share. So that kita boleh apply dan masuk syurga ramai-ramai? Ihiiii.




Kbaiii Assalamualaikum!

Bukan karya seni.

Monday, October 21, 2013

Tidak Tersudahkan.




Dicelah-celah sunyi sepi malam itu
Bertemankan air mata dan tangis sedu
Ada dia yang terduduk kaku
Buntu tidak tahu hala tuju.


Letih,
tersepit antara dua penjuru
antara menjadi dia
yang sebenar-benar dia
atau ikutkan sahaja segala kata
agar semua hati terjaga.


Kadang lebih baik dibiarkan bisu tanpa kata
lebih baik didiamkan semua resah lara didada
biar dikisahkan pada Tuhan saja semuanya,
dari dikisahkan cerita pada mereka
yang tidak mengerti juga sampai sudahnya
atau mereka cuma pura-pura.


Biar diulang-kisahkan bagaimana sekalipun
tidak ada siapa peduli sakit peritnya dia menanggung
Biar dijerit-jeritkan sampai ke langit ke tujuh sekalipun
tiada siapa sedar pedih ngilunya makin menggunung
Biar dilaung-laungkan sekuat petala kelapan sekalipun
dia pasrah sampai sudahnya dia tetap perlu bertarung
--sendirian.


Maka biarlah --
dia bangun mencari mentari di tiap paginya
dengan nyawa yang disiat-siatkan
dengan nafas yang disekat-sekatkan


hanya untuk ditemukan lagi dicelah-celah sunyi sepi di malam harinya
terduduk kaku dan kekal buntu tidak tahu hala tuju
ditemani air mata dan tangis sedu
--semula.


Sampai sudahnya--
Dia berlari sendirian menuju Tuhan
membawa kisah yang tidak tersudahkan.

Bukan karya seni.

Tuesday, September 17, 2013

Setahun yang Perit.

17 September.
Setahun yang sangat panjang.
Setahun yang sangat sunyi.
Setahun yang sangat suram.


Tanpa riuh dan gelak tawanya.
Tanpa senda gurau dan nakalnya,
Tanpa bising dan bahang barannya.
Tanpa tangis dan dukanya.


Setahun.
Setahun yang perit.
Tanpa dia, yang sentiasa menjadi telinga bila aku perlu.
Tanpa dia, yang sentiasa menjadi bibir bila aku bisu.
Tanpa dia, yang sentiasa ada bila aku lesu.
Tanpa dia, yang sentiasa tahu bila aku buntu.


Sesal tak berkesudahan,
bimbang kasih yang dicurah-curah tidak ditunjuk terang-terangan itu
tidak kesampaian
bimbang sayang yang dicurah-curah selama ini tidak sempat dia ertikan
kerana antara sayang dan kasih kami itu sentiasa terselit pertelingkahan.


Pernah aku kisahkan lara hati aku
pada abah
kerana jarang aku ucapkan sayang pada dia
Tapi pendek dijawab abah
"tak mengapa, telingkah adik kakak itu sudah cukup
menandakan kasih"


Benarkah?
Benarkah abah?
Cukupkah?


Aku cuma yakin dengan Allah.
Yakin,
setiap patah kata yang aku kisahkan dalam doa itu,
Allah sampaikan pada dia.
Yakin,
setiap patah kata dalam doa untuk dia itu,
Allah makbulkan kerana Allah sangat sayang padanya.


Dan aku sangat yakin,
dalam setiap mimpi aku tentang dia,
itu dia.
Bukan sekadar mainan minda.
Kerana dia hanya diam tidak bersuara,
melihat, melambai dan tersenyum dari tepi sahaja.


Tuhan, jagakan dia sebaik-baiknya.
Temani dia dengan kasih sayang-Mu sampai syurga.
Limpahkan rahmat-Mu, moga dia sentiasa tenang di sana.
Sampaikan cinta dan kasih yang tak sempat aku sudahkan sebagai kakaknya.




Bukan karya seni.

Sunday, April 7, 2013

MIMPI

Pagi tadi, ada dua tiga ekor baby rabbit yang mata pun belum celik lagi dalam rumah ni. Kemain seronok lagi baby rabbit tu guling-guling dalam tempat tidur dia. Comel. Pink pink lagi baby rabbit tu.

Sebelah aku, ada Alang. Dia pegang satu baby rabbit. Aaaa aku boleh saja nak pegang, tapi kena pejam mata la. Seriau. Sebab lembut sangat budak budak ni. Jadi aku ambik keputusan untuk buat taktau saja terhadap budak budak pink tersebut.

Tapi tiba-tiba seekor baby rabbit ni tak kelihatan pulak. Aduhhhhhh. Mana pi ni. Dah la kecik cinonet sangat ni. Kalau terpijak macamana?!! Angah dah bising. Angah bising suruh cari. Takut takut mati lagi seekor.



Aaaa. Chup chupppp. Apa ni? Kenapa macam ni?









Otak aku macam tak boleh berfungsi tiba-tiba.
Sedar-sedar, macam ada air mengalir keluar dari mata.
Bantal pun rasa basah basah saja.


Dan tentunya, aku cuba untuk tak bangun dari tidur.
Paksa diri untuk tidur lagi.
Supaya mimpi tadi dapat bersambung kembali.
Supaya suara itu hadir lagi.
Supaya kami boleh bergaduh lagi.


Tolong, Inchek Mimpi, tolong jangan berhenti?


Aku cuma mahu saat itu kembali.
Cukup, walau hanya dalam mimpi.


Sebab aku rindu.
Rindu gila.




Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.