Sunday, April 7, 2013

MIMPI

Pagi tadi, ada dua tiga ekor baby rabbit yang mata pun belum celik lagi dalam rumah ni. Kemain seronok lagi baby rabbit tu guling-guling dalam tempat tidur dia. Comel. Pink pink lagi baby rabbit tu.

Sebelah aku, ada Alang. Dia pegang satu baby rabbit. Aaaa aku boleh saja nak pegang, tapi kena pejam mata la. Seriau. Sebab lembut sangat budak budak ni. Jadi aku ambik keputusan untuk buat taktau saja terhadap budak budak pink tersebut.

Tapi tiba-tiba seekor baby rabbit ni tak kelihatan pulak. Aduhhhhhh. Mana pi ni. Dah la kecik cinonet sangat ni. Kalau terpijak macamana?!! Angah dah bising. Angah bising suruh cari. Takut takut mati lagi seekor.



Aaaa. Chup chupppp. Apa ni? Kenapa macam ni?









Otak aku macam tak boleh berfungsi tiba-tiba.
Sedar-sedar, macam ada air mengalir keluar dari mata.
Bantal pun rasa basah basah saja.


Dan tentunya, aku cuba untuk tak bangun dari tidur.
Paksa diri untuk tidur lagi.
Supaya mimpi tadi dapat bersambung kembali.
Supaya suara itu hadir lagi.
Supaya kami boleh bergaduh lagi.


Tolong, Inchek Mimpi, tolong jangan berhenti?


Aku cuma mahu saat itu kembali.
Cukup, walau hanya dalam mimpi.


Sebab aku rindu.
Rindu gila.




Bukan karya seni.

Wednesday, January 2, 2013

Kembali Senyum.



Assalamualaikum ;) setelah sekian lama meninggalkan hobi menulis blog, saya kembali jugaaaaaaaaaaaaa. I'm home! Rindu sangat nak menulis. Rindu sangat nak blogwalking. Rindu sangat perasaan difahami walaupun kita tak saling mengenali. Hahaha. Takbolehblahh kan ayat budak lepas STPM.


Alhamdulillah, saya survived sejak hari kehilangan adik saya hingga ke hari tamat  STPM. Berjaya menguruskan emosi dengan baik hingga tamat peperiksaan. Mulanya bimbang juga. Awal-awal lagi saya diuji. Seminggu selepas pemergian angah adalah deadline untuk karya seni kertas 3 STPM. Jadi saya gagahkan diri juga melangkah ke sekolah, padahal dalam hati takut nak menghadapi segala kemungkinan yang boleh membuatkan hati ini goyah, dan air mata sukar untuk dikawal.




Bukan mudah, tapi saya sangat beruntung dikelilingi mereka yang tidak putus memberi harapan dan semangat pada saya. Saya beruntung, punya keluarga yang kuat. Saya beruntung, punya sahabat-sahabat yang hebat. 


Setahun setengah di tingkatan 6, beri saya banyak pengajaran dan lebih dari apa yang saya sangkakan. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya semakin rapat dengan angah. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya makin rapat dengan mama dan abah. Lima tahun meringkuk di asrama, mungkin meletakkan satu gap yang kami tak pernah perasan. Tapi semua gap itu musnah bila angah pergi.






Dan berada di sini, buat saya appreciate orang sekeliling saya, lebih daripada sebelumnya. Sahabat-sahabat saya buat saya percaya dan yakin dengan diri sendiri. Buat saya seronok nak pergi sekolah setiap hari. Buat saya makin kenal Tuhan. Dan mereka buat saya makin rajin bersembang, sampai terlupa apa yang menyedihkan. Hahaha. Terima kasih. Rindu hampa. Seriously. Tambah pulak bila kena marah sebab bising sangat dalam library. Dan paling aku rindu, saat kita duduk dalam bilik seni. Terima kasih, buat senyum aku kembali lagi :)






Hmm dan benda yang paling susah nak jumpa masa di sekolah sebelum ni ialah, di sini ada geng nak sembang tentang Bitttersweet, Butterfingers, Radiohead, The Who bagai. Hohoo. Dan ada juga geng yang playlistnya kena dengan playlist kita bila ada aje  Jannah Alia dan Amalia Alias dalam pendrivenya. Tak lupa juga geng yang boleh pungpangpungpang ketuk meja dan melalak lagu nasyid sama sama. Err itu dikira belajar ke? Tengok, jiwa aku serabut cemana. Heeeee.




So far, saya sangat bersyukur awak semua hadir dalam hidup saya. Terima kasih untuk satu tempoh yang sangat membahagiakan. Terima kasih cikgu-cikgu, kerana sentiasa percayakan saya. Sentiasa. Sampai saya sendiri pun tak tahu nak pusing ketidakyakinan saya tu kot mana. Terima kasih :)
In sha Allah nanti kita jumpa lagi time amek result. Lepas tu kita lompat amek gambar ramai-ramai, sebab semua orang dapat result gempakkkkkkkkkk! ;) Sama-samalah kita doa tak putus-putus dari sekarang ye!


Dan buat awak awak semua yang masih setia membaca blog usang ini dari dulu hingga sekarang, serta setia memberi sokongan waktu saya down ke bumi, waktu saya tercungap-cungap nak exam, terima kasih jugak ;) saya tak pernah lupa! 


Ok jumpa lagi next post nanti! Lepas ni mungkin lebih kerap, dan sangat kerap saya hadir di blog anda sebab saya menganggur. Heee. Tunggu la! 
Assalamualaikum :)



p/s: Hmm rasa macam nak putihkan blog. Patut ke? ^^


Bukan karya seni.

Friday, September 28, 2012

Kehilangan


Ramadhan yang lalu, adalah kali terakhir kami bersahur dan berbuka dengan dia. Syawal yang lalu, adalah kali terakhir kami menyambut Aidilfitri dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergaduh dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergelak ketawa dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir kami pergi dan balik sekolah bersama. Dan minggu lalu, adalah kali terakhir aku lihat wajah dia, kali terakhir aku cium pipi dan dahi dia. 


Ya. Itulah saat-saat terakhir aku dengan angah. Saat-saat terakhir mama dan abah dengan angah. Saat-saat terakhir alang dan kakcik dengan angah.


Ya. Angah telah kembali ke rahmatullah, 17 September yang lepas. Cukup sebulan Syawal berlalu. Cukup-cukup umurnya mencecah 17 tahun 4 September yang lalu. Allah ambil dia pergi sebelum dia benar-benar kenal dunia luar. Allah ambil dia pergi tika hati dan fikiran dia masih comel dan bersih macam kanak-kanak kecil. Allah ambil dia pergi, kerana Allah sayangkan dia. Itulah hakikatnya. Allah cuma pinjamkan dia untuk tempoh 17 tahun ini saja. 


Selepas pemergian dia, kami sekeluarga mula nampak hikmah disebalik segalanya yang pernah hadir dalam kamus hidup kami selama ini. Sungguh, Allah telah aturkan kisah hidup yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Dan kami sangat yakin, pemergian dia kali ini juga ada hikmah yang lebih besar buat kami selepas ini.


Memang tak mudah. Tak ada siapa pernah mengatakan ia mudah apabila kita kehilangan insan yang kita sayang. Tapi cuma ada satu jalan sahaja untuk mengubati hati dari terus merasa pedih. Lepaskan dia pergi. Redha. Berdamai dengan takdir-Nya. Sedar hakikat bahawa kita semua adalah milik-Nya, dan akan kembali pada-Nya juga.


Memang perlukan masa, tapi itu sahaja cara yang ada. Yakin, dia sedang menanti di syurga. Dan kita di atas dunia perlu terus berusaha, moga berjumpa dia di sana. Bukan taknak lepaskan dia pergi. Bukan taknak terima hakikat dia tiada lagi disisi. Cuma kadang-kadang, jatuh juga air mata itu kerana rindu itu tiba-tiba hadir di dalam hati. Jatuh juga manik jernih itu, kerana kenangan bersamanya tiba-tiba menerpa ke dalam memori.


Aku tak pernah rasa kehilangan. Jadi dugaan ini adalah pahit untuk aku telan. Memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,mama dan abah. Tak sanggup lagi melihat air mata mama dan abah terus-terusan melimpah keluar dari tebingnya. Maka aku sendiri perlu kuat dan tabah.


Kakak janji, kakak akan kuat untuk mereka yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. Kakak janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan  pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. Kakak janji, setiap ingatan kakak pada angah akan diiringi dengan doa.


Moga Allah jaga angah di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan angah dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang angah dan mudahkan urusannya di sana.

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu. -Hlovate, Contengan Jalanan.







We'll miss you forever my dear. Big time. May Allah bless.
AL-FATIHAH for my angah.



Bukan karya seni.

Sunday, April 29, 2012

What Makes Me Silent..




Sentap. 

Entahlah gambar ni diambil di mana, tapi yang pasti dalam situasi aku sekarang, pesaing aku bukan sekadar 4000 orang. 

Dan benda ni sangat berjaya membuatkan jantung ini dupdapdupdap bergetar bagai nak luruh setiap kali aku berpaling daripada buku dan mengadap HBO mahupun Astro Ceria setiap petang sebab nak tengok Kampung Boy walaupun entah dah berapa puluh kali tengok natang tu since zaman baru keluar CD dulu. Dan sekali lagi hati ini berdetik tiktoktiktok risau setiap kali aku berpaling daripada buku dan mengadap komputer dengan niat nak berblogwalking serta menghapdet blog yang dah bersawang sawang ini.

See? Orang yang snap picture ni berjaya membuatkan aku melekat dengan buku. Orang yang snap picture ni berjaya membuatkan aku tak sanggup buat benda lain selain usaha untuk dapat pointer cantik STPM nanti. LOL. Gila betul.

Jadi, kesimpulannya, blog yang comel ini terpaksa lah dibiarkan sebentar, dan hapdetnya adalah secara tidak berkala, entah bila T___T Hmm, ada yang rindu saya? Hihihi.

Btw, exam pun semakin hampir. Seminggu dari sekarang. Awak-awak abang kakak dan adik adik doakan saya berjaya ya :')  Nanti kalau result cemerlang barulah berbaloi-baloi nak hapdet blog pun, heeeeee. Dan saya minta maaf saya tak sempat jenguk blog korang, reply komen korang =,=" Maaffff taw!

Oh ya. Result MUET dah keluar. Alhamdulillah, capai band 4 :) Cukup eh 4 tu untuk masuk u? Heeee.

Babai. Assalamualaikum ;)




Bukan karya seni.

Sunday, March 25, 2012

Aku Sedar.

Dulu, mula-mula aku buat blog ni, seriously aku buat dengan niat nak tulis apa sahaja, segala benda yang aku rasa aku nak tulis. Menulis sebab tak ada orang yang nak mendengar. Menulis bila rasa sunyi dan sepi pada tahap dinding pun bagai ada telinga. Ya, aku tulis sekadar suka suka, seronok seronok untuk lari dari keadaan sunyi yang entah apa apa tak pasai pasai muncul tu.


Tapi kadang-kadang, aku rasa dunia ni sesak sangat. Sesak dengan macam-macam fe'el orang. Sesak dengan benda-benda remeh yang actually aku tak patut terlibat langsung pun. Sesak dengan segala tanggungjawab yang terbeban atas bahu comel ini. Sesak lagi, bila semua orang pun sibuk-sibuk bagai faham sangat hidup aku macamana. Sesak nafas. Serabut otak. Jadi pada masa yang sama, aku menulis lagi, untuk melarikan diri dari dunia yang serabut dan menyesakkan dada itu.


Bunyi macam tak bersyukur kan aku ni? Bila sunyi, aku lari. Bila bising pun aku lari. Aku lari daripada kesunyian, tapi pada masa yang sama aku lari dari bising sesak dunia. 


Entah bila nya aku mula reti menulis, aku pun tak perasan. Selama ni segala perasaan serabut sedih tak guna tu, semuanya pensel dengan sketchbook yang tolong hilangkan. Okay, aku tipu sikit. Dulu zaman nak PMR semua buku teks aku adalah mangsa keadaan. Tak cukup dengan buku teks, aku conteng benda benda haru tu pada kertas kajang, then aku lipat buat kapal terbang, aku terbangkan dari tingkat atas bangunan Aspuri. Konon benda tu pergi, hilang dari pandangan mata beserta segala rasa itu sekali. Heh, dasar otak kanak-kanak kan?





Tapi aku pun sedar. Dalam dunia nyata, aku masih tak boleh lari daripada apa-apa. Masih kena hadapi kenyataan, masih menanggung segala beban. Masih, aku tak boleh lari walaupun aku cipta dunia sendiri. Cuma bila masa semakin berlalu, aku pastikan aku tak sia-siakan semua itu. Cuma sekarang, bezanya dengan dulu, aku teguhkan pendirian aku. Aku sedar, Allah sentiasa membantu. Dan aku sedar, sunyi itu hanya hadir bila aku lupa Dia juga bersamaku. Aku juga sedar, berat beban dan sesak nafasku itu, hanya hadir tika aku leka, lalai untuk mengingatinya setiap detik hidupku.


Paling aku sedar, lari dari sunyi atau lari dari bising, bukan di sini pun tempat paling tepat untuk aku tuju. Juga bukan pada sketchbook atau buku teks sekolah.  Tapi hanya pada ketika lutut dan dahi bertemu sejadah. Dan kalau sampai satu ketika itu, walaupun bibir tidak mampu mengucap mengadu pada Dia, Dia masih memahami. Sentiasa memahami setiap sesuatu yang ada dalam hati ini.


Sometimes, kita hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri bersama Al-Quran di tangan, tangisan di mata  ini serta Allah di dalam hati. Bukan apa sangat pun. Buat benda kecik macam ni saja pun dah cukup meringankan segala resah di jiwa. Sekurang-kurangnya aku sedar sebelum usia aku betul betul tua, Alhamdulillah :)


Walaupun kadang-kadang rasa letih itu menguasai, rasa sunyi itu menyelubungi, rasa beban itu menghimpit diri, tapi ada satu benda sahaja yang pasti. Bila tiba masa itu nanti aku bebas berehat dari semua ini. Rehat sampai bila-bila. Sebab dunia ini hanya sementara.






Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia, yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, padahal khalayak pastinya inginkan yang bai-baik dan yang indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah. Menulis kebaikan sekalipun dia belum sepenuh memilikinya, dan dia akan 'memendamkan' kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. - Pahrol Muhd Juoi





P/s : Rasa dah lama tak cerita benda tak bermotif macam ni, heeee.
Petang nanti orang blogwalking blog korang ye! Thanks masih ingat orang sini :')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.