Wednesday, January 2, 2013

Kembali Senyum.



Assalamualaikum ;) setelah sekian lama meninggalkan hobi menulis blog, saya kembali jugaaaaaaaaaaaaa. I'm home! Rindu sangat nak menulis. Rindu sangat nak blogwalking. Rindu sangat perasaan difahami walaupun kita tak saling mengenali. Hahaha. Takbolehblahh kan ayat budak lepas STPM.


Alhamdulillah, saya survived sejak hari kehilangan adik saya hingga ke hari tamat  STPM. Berjaya menguruskan emosi dengan baik hingga tamat peperiksaan. Mulanya bimbang juga. Awal-awal lagi saya diuji. Seminggu selepas pemergian angah adalah deadline untuk karya seni kertas 3 STPM. Jadi saya gagahkan diri juga melangkah ke sekolah, padahal dalam hati takut nak menghadapi segala kemungkinan yang boleh membuatkan hati ini goyah, dan air mata sukar untuk dikawal.




Bukan mudah, tapi saya sangat beruntung dikelilingi mereka yang tidak putus memberi harapan dan semangat pada saya. Saya beruntung, punya keluarga yang kuat. Saya beruntung, punya sahabat-sahabat yang hebat. 


Setahun setengah di tingkatan 6, beri saya banyak pengajaran dan lebih dari apa yang saya sangkakan. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya semakin rapat dengan angah. Saya yakin, Allah letak saya di sini supaya saya makin rapat dengan mama dan abah. Lima tahun meringkuk di asrama, mungkin meletakkan satu gap yang kami tak pernah perasan. Tapi semua gap itu musnah bila angah pergi.






Dan berada di sini, buat saya appreciate orang sekeliling saya, lebih daripada sebelumnya. Sahabat-sahabat saya buat saya percaya dan yakin dengan diri sendiri. Buat saya seronok nak pergi sekolah setiap hari. Buat saya makin kenal Tuhan. Dan mereka buat saya makin rajin bersembang, sampai terlupa apa yang menyedihkan. Hahaha. Terima kasih. Rindu hampa. Seriously. Tambah pulak bila kena marah sebab bising sangat dalam library. Dan paling aku rindu, saat kita duduk dalam bilik seni. Terima kasih, buat senyum aku kembali lagi :)






Hmm dan benda yang paling susah nak jumpa masa di sekolah sebelum ni ialah, di sini ada geng nak sembang tentang Bitttersweet, Butterfingers, Radiohead, The Who bagai. Hohoo. Dan ada juga geng yang playlistnya kena dengan playlist kita bila ada aje  Jannah Alia dan Amalia Alias dalam pendrivenya. Tak lupa juga geng yang boleh pungpangpungpang ketuk meja dan melalak lagu nasyid sama sama. Err itu dikira belajar ke? Tengok, jiwa aku serabut cemana. Heeeee.




So far, saya sangat bersyukur awak semua hadir dalam hidup saya. Terima kasih untuk satu tempoh yang sangat membahagiakan. Terima kasih cikgu-cikgu, kerana sentiasa percayakan saya. Sentiasa. Sampai saya sendiri pun tak tahu nak pusing ketidakyakinan saya tu kot mana. Terima kasih :)
In sha Allah nanti kita jumpa lagi time amek result. Lepas tu kita lompat amek gambar ramai-ramai, sebab semua orang dapat result gempakkkkkkkkkk! ;) Sama-samalah kita doa tak putus-putus dari sekarang ye!


Dan buat awak awak semua yang masih setia membaca blog usang ini dari dulu hingga sekarang, serta setia memberi sokongan waktu saya down ke bumi, waktu saya tercungap-cungap nak exam, terima kasih jugak ;) saya tak pernah lupa! 


Ok jumpa lagi next post nanti! Lepas ni mungkin lebih kerap, dan sangat kerap saya hadir di blog anda sebab saya menganggur. Heee. Tunggu la! 
Assalamualaikum :)



p/s: Hmm rasa macam nak putihkan blog. Patut ke? ^^


Bukan karya seni.

23 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

welcome back Dear .....u are so strong... :)

Eleena Zakaria said...

yey saya pun ada. hehe . tp kalau tak silap bukan Amalia Alias ke ? xD

FR said...

@♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ haruslah untuk diri sendiri jugak akak ^_^

FR said...

@NSyzlynnharuslah ada doe! hihi. rindu awakkk. yeap amalia --' ai silap. hohoo. thanks betulkan ^_^

khairulsyarafi said...

semoga kamu sentiasa tabah menghdapi dugaan :)

Unknown said...

apa y berlaku semua ada hikmah kn..:)

FR said...

@★ aIsyaH ★ betul betul ^^ pasti.
@Syarafi[skyforce331] in sha Allah. terima kasih :)

s h a said...

Lepas ni senyum2 selalu sebab senyum tu sedekah.Semoga mendapat keputusan cemerlang.Amin. :)

Leeya Hezlin said...

rindunya..rindunya kat dia..
assalamualaikum..semoga kebahagiaan menjadi milik ana..
apa yang berlaku ada hikmahnya..
harap ana terus tabah.. ^^

azalia hjsalleh said...

alhamdulillah
good luck utk langkah kamu yg seterusnya

Hans Hanis said...

yups
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :-)

NJihe.am said...

Assalam. I like this blog, terjah sini :)

FR said...

in sha Allah :) jzzk.

E'in said...

welcome bsack!! semoga sentiasa tabah... leh akak tahu angah sakit ape?

♥ p a a n i ♥ said...

be strong! takziah utk awak n keluarga awak..

Cik Aien said...

Be a strong :) Semoga berjaya menempuh dugaan akan dtg. Allah sdg mnguji kita.. In syaa allah, kuatkan smgt.

p/s: akk pn nk aktif blog semula. naseb dapat melawat link belog kamu lg :)

Anonymous said...

tabah untuk hadapi dugaan :)

WAHIDA ALIAS said...

be strong. :))

cik jannah said...

rindu akak tak ni ? hikss

HanNis SaNia said...

hehehe putihkn blog n buat tulisn hitam lebih senang d baca :) hihihi sy suka tanah putih

nabByla said...

hye... selamat kembali bw.. pasnie blh la slalu sggh blog kite juga.. sbb kite pun bru ada masa nak update blog nie. hewhew! :P


btw, comel la awak. bru tahu rupa owner blog nie. hehe.. :)

S2_Onestar said...

amboii dya..lama xnampak rupa..weh header nice kot..nak satu:D
btw aku tukaq id blog..so, inilah nama barunya..http"//eiraadieraofficial.blogspot.com/ ..jemput3 ler hadir yew.;

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

hai Raihana Mucuk...akk dah lama x singgah sini jengok Raihana.

Ya allah banyaknya ujian Raihana. Sabar yea dik...

akk tahu Raihana kuat.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.