Assalamualaikum abang kakak adik yang comel dan silent readers yang manis :> Nak berkongsi sesuatu yang saya dah baca dengan awak awak sekalian. Saya mungkin tak reti amek gambar lawa-lawa macam
Abu atau
kak Syakey, saya pun tak lah terer menulis macam
Kak Mimi, jadi saya hanya mampu berkongsi benda yang saya tahu, Hee :3
Kisah ni daripada novel kisah hidup Sultan Muhammad Al-Fateh.
Selesai kerja pengubahsuai Gereja Aya Sophia menjadi masjid, inilah kali Jumaat pertama mereka di tanah Istanbul. Orang Islam telah berkumpul, namun timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al-Fateh mencadangkan gurunya Syeih Syamsuddin Al-Wali, namun beliau menolaknya secara baik atas alas an dia sudah terlalu tua.
“Carilah orang yang lebih bertakwa dalam kalangan kamu untuk dijadikan imam”, Syeikh Syamsuddin Al-Wali mencadangkan.
Sultan Muhammad Al-Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, sila duduk!”
Tiada seorang pun yang duduk, menandakann semua tentera Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat fardu.
Kemudian Sultan Muhammad berseru lagi,”Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!”
Separuh antara tenteranya telah duduk. Lalu baginda bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk!”
Semua yang berdiri telah duduk, kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud.
“Tuankulah yang paling layak menjadi imam”, kata Syeikh Syamsuddin Al-Wali.
Bila awak baca, apa yang awak rasa?
Adakah kita macam pun macam ni jugak sejak kita akil baligh beberapa tahun yang lepas? Jangankan nak solat sunat tahajud tektiap malam. Nak solat di awal waktu pun cukup susah. Solat sunat rawatib tu lagilah -,- Oh yang ini merujuk kepada diri sendiri sebenaqnya.
Sultan Muhammad Al-Fateh dapat Konstantinopel sewaktu dia berusia 20+++ tahun. Saya sekarang 19 tahun. Tapi rasanya diri ini, banyak main-main, masih nak buat dosa, tak reti-reti nak belajar dari kesilapan lalu. Haish. Terasa rugi kau tahu?
Terasa sangat rugi beberapa tahun lepas akil baligh sehinggalah sekarang, terasa macam waktu muda yang ada tu tak digunakan dengan sehabis baik. Tak digunakan untuk memperbaiki diri sendiri, so that bila besaq besaq macam sekarang ni taklah rasa kesal yang teramat sangat lepas baca novel yg macam ni.
Ok memang lah sekarang pun taklah tua lagi. Baru 19 kan, bukan 71 pun. Tapi kita sendiri pun tak tahu, bila nya kita ni dipanggil pergi mengadap Dia. Dah cukup eh bekalan dari atas dunia ni?
Bila difikirkan balik, time umur 13, 14, 15 tahun dulu, ada banyak masa nak compare dengan sekarang untuk buat macam-macam benda untuk diri sendiri. Ada banyak masa nak betulkan diri sendiri. Ada banyak masa untuk duduk sorang-sorang, pegang Al-Quran dan baca sebanyak mungkin page yg ada. Ada banyak masa untuk solat sunat rawatib mahupun tahajud. Sebab time tu saya duduk asrama.
Ya, bila umur umur macam ni baru nak menyesal kan. Tak gunakan kesempatan yang ada dengan habis baik. Guna, tapi bukan sepenuhnya. Sekarang susah tau. Nanti makin besar makin susah tau. Nanti makin besar makin sibuk, makin umur bertambah makin banyak tanggungjawab. Dan masa akan bergerak makin cepat, tuptup dah malam. Langsung tak sempat buat apa apa, balik rumah dah letih, then terus tidur.
Rasa rugi sangat, sebab 7 tahun yang lalu, saya tak ambil berat dengan semua ni. Saya tak gunakan masa muda saya sebaik mungkin T____T saya tiba-tiba rasa umur 19 ni dah tersangat tua dan saya seriously tak manfaatkan peluang peluang yg saya pernah dapat dulu. Kecewa dengan diri sendiri. Wuwuwu.
Tapi, untuk 10 tahun yang akan datang, saya taknak saya rasa macam ni sekali lagi. Cukuplah menyesal sekali. Taknak sia-siakan masa muda yang saya ada sekarang. Sekurang-kurangnya kita masih berpeluang bangun setiap pagi dan cuba menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.
#Oh panjang eh aku bising bising hari ni? Okaylah ganti seminggu punya hapdet, Hee.
Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.