Cik Teh dah mati :'( Bangun pagi kemarin tengok adik saya yang bongsu tu dah dok menangis tepi cik Teh tu. Dia memang rajin melayan menatang dua ekoq nie. Takpe la, kalau hidups dok sakit-sakit pun kesian jugak dia menderita kann. tapi teruk betul adik adik aku tu menangis -,-
Tapi bila cakap mati mati ni, buat saya sendiri terfikir, banyak jugak fikirnya. Teringat dengan Contengan Jalanan. Banyak sentuh soal mati. Sampai boleh buat orang terfikir, untuk apa kita hidup atas dunia ni. Untuk apa saya bernafas selama bertahun-tahun ni? Pernah give up sebab rasa macam dah tak ada jalan keluar, dan rasa tak ada sesiapa pun faham apa rasanya jadi seorang Fathiah Raihana dua tiga tahun yang lalu. Tapi untuk apa saya teruskan hidup?
Aiseh, arnab mati saja pun aku boleh pikiaq sampai macam ni -,- see, nampak sangat kuat berangannn. Hahahaaa. Cik Arnab tak payah pikiaq banyak macam manusia, takpa. Lagipun dia mati, esok lusa sure abah cari lain punya sebab taknak bagi cik Tam dok sensorang. Babai cik Teh. Kami janji tak lupa kat awak. Sorry kakak selalu marah marah ye -,-
Tapi kan, korang nak tau tak, hidup yang singkat ni akan lebih bermakna kalau kita faham dengan beberapa benda penting ni.
TUJUAN hidup = hanya mencari redha Allah S.W.T (98:5){Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankkan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)}
PERANAN hidup = sebagai Khalifah (2:30){Dan (ingatlah)ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucian nama-Mu?" Did berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
TUGAS hidup = MENGABDI kepada Allah (51:56){Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku}
PEDOMAN hidup = Al-Quran (2:2){Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa}
TELADAN hidup = Nabi MUHAMMAD (33:21){Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.}
SAHABAT hidup = orang-orang beriman (49:10){Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.}
ALAT hidup = Harta, takhta & semua potensi (28:77){Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.}
MUSUH hidup = Syaitan (36:60){Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.}
{credit}
Saya ada banyak lagi benda nak buat atas dunia ni. Banyak lagi benda nak belajar. Banyak lagi kelemahan yang nak diperbaiki. Banyak lagi benda nak dibetulkan, sebelum tinggalkan dunia ni :'(
Saya ada banyak lagi benda nak buat atas dunia ni. Banyak lagi benda nak belajar. Banyak lagi kelemahan yang nak diperbaiki. Banyak lagi benda nak dibetulkan, sebelum tinggalkan dunia ni :'(
Kalau SUKa boleh LIKE :)