Sunday, July 31, 2011

Tetamu istimewa tiba lagi :)




Assalamualaikum =) akhirnya , tetamu yang dinanti-nanti tiba jugakkkkkkk. tetamu yang hadirnya sekali saja setahun dan datangnya pun sekejap sangat :) 


sekali lagi, kita bertemu jugak dengan Ramadhan. tu pun kita tak tau lagi, sekali ni habis atau tidak . dan bila habis yang tahun ini, belum tentu tahun depan kita bertemu lagi :) sepatutnya yang sekali ini lah kita manfaatkan sebaik mungkin . berlumba mengejar apa yang patut , selagi yang kita mampu . berusaha menjadi insan yang lebih baik . time ni la .. bila lagi kan ?


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga" (Bukhari)

best kan hadiah dari Allah untuk kita ? =) 


then, jangan lupa buat checklist untuk Ramadhan kita , hihi. comelkan ada sorang satu checklist! saya rasa ada checklist ni kan, baru la semua orang nampak matlamat kita sepanjang Ramadhan ni. alaa benda kalau tak nampak nanti kita leka . cuba korang buat checklist sorang satu dalam satu geng kengkawan gituu. kalau terlupa, ada la orang ingat kan untuk penuhkan checklist tu =)


kita insan, selalu terlupa. jadi kita kena saling mengingatkan :D


Aim saya untuk Ramadhan kali ni, umumnya :

1. solat terawih kerap kerap
2. baca Quran kerap kerap dan faham Quran betul betul
3. tak makan dasyat dasyat bila berbuka
4. tanak tinggal solat sunat dan solat jemaah
5. takmau tidur sampai tak ingat dunia
6. mulut takmau mengata orang
7. tengok tv benda baik baik aje
8. jadi manusia yang lebih baik
9. buat baik dengan semua orang
10. jadi orang yang penyabar


insyaAllah :D moga  Allah beri kekuatan ..


sempena bulan Ramadhan ni, mai la kita sama-sama usaha ke arah yang lebih baik, beransur-ansur sikit-sikit asalkan berterusan :)

dan saya mintak maaf ya , jika saya ada salah dan silap dengan anda .





Selamat Menjalani ibadah Puasa anda semua =)
ehh jangan lupa lafaz niat puasa tawww!



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, July 28, 2011

I'm Eighteen.

*lap lap tangan di baju* Assalamualaikum =)
Nama saya Nur Fathiah Raihana. hihi. nie semua gara-gara tengok Sekali Lagi berulang-ulang kali di Astro First. Sam + Lisa + Mia sangat la comel >.<


semalam, 27 July . birthday saya . saya dah 18 tahun . sekejap sangat kan? sangat sekejap kan? I'm eighteen . mama, abah, kakak dah umo lapan belas tahun. sekejap sangat kan.. rasa macam baru semalam abah ajar kakak solat for the first time. rasa macam baru semalam kakak kenal chewing gum. rasa macam baru semalam kakak belajar aliff ba ta dan kenal muqaddam. dan rasa macam baru semalam abah bagi kaler LUNA 48 batang  untuk kakak pergi sekolah =)



time ni ada saye sahaje. angah dalam perut mama ^__^


sekejap sangat kan mama..abah.. kakak dah lapan belas tahun sekarang. kakak dah lepas SPM. mungkin result tu tak la hebat mana, tapi maybe Allah nak bagi peluang kakak stay rumah dengan mama, abah dan adik-adik lepas 5 tahun kat asrama :) terima kasih sebab dah jadi mama dan abah yg terbaik dalam dunia ni. terima kasih untuk semua didikan agama yang tak semua orang dapat peluang macam tu. terima kasih sebab dah jadi sahabat paling baik selama lapan belas tahun ni :)


dan kawan-kawan, thanks jugak. tanpa u guys, saya bukan sesiapa pun sekarang. kita takkan struggle nak habiskan alQuran cepat-cepat kan kalau bukan nak kejar juzuk member baik sendiri yang dah nak khatam Quran tu? hihi.dan kita takkan struggle dalam exam kan kalau bukan malu dengan member baik sendiri yang senang-senang aje boleh score addmaths macam maths darjah satu. dan kita pun takkan mampu bertahan bila down, kalau bukan dengan semangat yang member member kita bagi, tak pernah putus.. walaupun berjauhan sekarang , kan? =) hihi. kenangan.



the only present this year. drpd sahabat dari sekolah rendah saya, terpisah di sekolah menengah dan bertemu semula di tingkatan 6. thanks :) *terharuuu .


terima kasih semua orang, ingat befday saya. terima kasih kakak abang dan adik adik blogger, yang selalu support saya walaupun saya tersungkur tercium tanah. terima kasih ^____^



insyaAllah, saya akan try jadi insan yang lebih baik, dari hari ke hari.. =)
doakan saya kuat menghadapi hari-hari yang akan datang.






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, July 25, 2011

Harry Potter pun dah tua .

hari Sabtu kan, abah bawak tengok Harry Potter . tapi saye takde masa nak hupdate, hee. macamana pun, sayang abah . walaupun saya tau abah dengan mama tak la minat pun . dan orang yang tak tau Harry Potter ni daripada mula mesti takkan faham bila sampai ke ending ni . tapi abah bawak jugak . hihi . bertuah kan dapat parents macam ni . 


saya start baca Harry Potter bila masuk sekolah menengah taww . agak excited la time tu bila member-member pakat bawak sorang satu Harry Potter dan pakat tukar-tukar novel . jadi tak payah la beli banyak-banyak kan . tapi sebenaqnya saya beli jugak , weeeee. nak kata aii ulat buku laa ye sila paham . 


dan sebenaqnya demam Harry Potter kat asrama time tu agak best sebab masing masing tak kisah apa nak jadi dalam kelas esok dan sanggup baca Harry Potter tu sampai 3 4 pagi tanpa menghiraukan rasa takut dengan hantu kat asrama malam malam gelap gitu walaupun memang dah tau yang kite takkan khatam novel tu dalam masa satu hari .


kenapa ? sebab novel Harry Potter semuanya tebal tebal macam ni.


dan saya ada semua ni. hihi . 


dan walaupun dah baca semua ni saya masih menonton semua movie . kaya JK Rowling sebab manusia macam saya kan.


dan yang paling syok sekali untuk diingat pasal Harry Potter ni, abah saya belikan novel yang terakhir tu time tengah fresh lagi dalam pasaran. saya form 2 time tu , 2007 =) novel ni published seminggu sebelum birthday saya. weekend tu abah datang melawat kat asrama dengan pizza hut dan satu beg plastic Popular untuk saya konon konon nak celebrate birthday. hihi.


dalam tu ada novel , dengan tshirt free. sampai hari ni sayang tak pakai pakai lagi tshirt tu. muehehehe.


dan novel tu saya habiskan dalam one week semata-mata nak balik cerita kat adik adik apa ending cerita Harry Potter tu, weee . tak boleh bayang harga time fresh tu berapa . ada member cakap RM100++++ . tapi abah beli jugak, untuk memupuk minat membaca kot. hihi . english plak tuu . ok la agak berbaloi sebab SPM saya english dapat A kan . thanks abah =)


dan sekarang, semua orang dah besaq besaq . tengok movie pom dah tadak feel "alaa comelnye" macam dulu. hihi. dan saya pun dah besaq. bagus jugak la series ni end hampir hampir dengan hari umur saya mencecah 18 tahun =)

nah , jamu mataa . tak larat senyum sorang sorang dapat emel macam ni tektiap hari tawwwwww




















percaya atau tak, saya mesti nightmare lepas tengok Voldermort =.=  padahal tak la menakutkan sangat pun. sebab hidung jugak kot 





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, July 24, 2011

Teringat , terdetik sekejap dalam hati .

"Aku tak suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi,
tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa.
Tinggalkan dunia itu satu kepujian,
tapi tinggalkan dosa itu satu tanggungjawab.
Dan untuk tinggalkan dosa itu adalah lebih penting dari tinggalkan dunia.." ~ Yahya ibn Mu'adh


daripada Contengan Jalanan, Hlovate :) dah lama kita tak cerita pasal Hlovate kan .. ya, baru baru nie keluar Contengan Jalanan . keluar tepat pada masanya . hampir kena dengan timing kita yang bakal bertemu Ramadhan dalam dua tiga hari lagi.. ok tak la baru sangat, awal bulan Mei hari tu dah ramai yang pakat pakat pi cari dan awal bulan Jun pulak baru la buku ni sampai ke Penang.


dan Alhamdulillah, saya sempat baca sebelum buat keputusan yang agak besar dalam hidup saya. bukan senang nak bina keyakinan yang dah sekian lama terkubur, hihi. sungguh, saya sangat bersyukur. 


rasanya lepas je kita baca Contengan Jalanan, mesti masing-masing tak sabar-sabar menantikan kedatangan Ramadhan tahun nie kan . mesti masing-masing dah nekad dalam hati nak jadi macam Fend dan K². dan mesti masing-masing teringin gilaa nak pergi Sydney kalau mampu, hihi . teringin kan nak rasa environment macam Fend rasa tu?  teringin kan nak mati macam Chad tu? at least dia sempat berubah, walaupun betul-betul hampir dengan ajal dia..


tapi kita masih dalam persinggahan kita di dunia ni. kita pun tunggang langgang lagi. dan kita sendiri pun tak tau, entah bila la kita akan pulang kepada Allah .. 


moga kita sempat bertemu Ramadhan dalam beberapa hari saja lagi =) *weeeeeee >.<
rindu laa bulan puasa dulu-dulu kat rumah tok, dimanjakan walaupun tok agak garang. hihi .


sekadar muhasabah seketika :)



*maaf lama tak hupdate >.<



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, July 18, 2011

Day 3 - your idea of perfect first date

Ok, sebulan kemudian baru buat yang Day 3 kan. hebat tak saye? hee . apa nak buat , day 3 nie frankly speaking saye blank dan tadak secebis benda pun terlintas bila baca tajuk your idea of perfect first date -_- tapi dah nama pun challenge kan , jadi yang nie kira mencabar laa kot untuk kanak-kanak macam saya *aceceyy padahal  20 hari lagi cukup 18 tahun.


saya bukan jenis memilih, saya pun tak suka benda remeh. jadi kalau first date nie biar simple simple sudah la kan. tak payah laa pakai tuxedo atau cinderella gaun segala bagai . biasa biasa sudah la , asalkan sweet gituuu.


dan tak payah la pegi tempat-tempat yang hebat sangat pun takpa . kalau dapat jalan-jalan dengan ade angin laut macam kat Kuala Perlis gitu dah cukup best kot*err kenapa mesti Kuala Perlis? . kalau dah jalan-jalan sambil borak-borakk panjang kan syiokkkk , weee .




ok la tak dapat tepi laut piknik kecik kecik simple simple pun takpe dah asalkan tak sesak sesak dan masing-masing boleh bercerita macam-macam :)



tak pun pergi Queensbay Mall ke main macam ni . hihi .



yang pasti kat Malaysia bukan atas ais la .



best kan kan kan cantik kan kan kan. tapi anak dara tak elok keluaq malam -.-




wahhh makan tepi laut ginie . i LOIKE. sekali tsunami mai tak dan nak taubat.



err .


emm . bole dapat rantai tak ? entah entah nanti aku punye date tu kasi tali tambat feri je kan.


wallahualam. benda tak jadi lagi kalau harap angan-angan je jadi camni la. hihi. tunggu date camni la nanti .




p/s : lega , habis azab sakit otak nak buat entry ni . memang challenge =.=

Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, July 16, 2011

Today , i'm loving them .


kisah hari ni :)


ok hari nie Hari Kantin . weeee wuuuu bila hari kantin motif utama sepanjang hari tu mesti la makan makan dan makan dan makan lagi kan kan kannn . menggemukkan aku  betui la -.- 


tapi actually tak la semata-mata makan sahaje . ada game , ada je pertandingan kawad kaki dan ada jugak pameran lukisan . ok tak la bosan gila kan . saya amek syif meniaga lewat, tak start daripada awal pagi sebab pagi-pagi buta tu nak tengok wakil form 6 dan adik saya kawad kaki :)



kakngah tegar dan setia dalam St John Ambulance walaupun she's the only malay.




semat kan kawad kaki JPAM ni . tengok la , semua form 6 . hee . segak segak je semua hari ni .


takpe kan tak letak picture korang kawad banyak banyak ? jangan marahhh , heee . seterusnya , saye teruskan perjalanan menuju ke galeri seni . ada pameran lukisan . penuh satu dewan . dan semuanya budak-budak sekolah nie sendiri yang buat . best kan , gifted .



ketibaan tetamu untuk perasmian galeri . weee . saye redah masuk je buat muka seposen lalalala ~



cantik kan ? yang pasti, bukan saya punya .



nak main celup-celup dengan cikgu la lepas nie . boleh buat bisnes shawl pulak . corak kain terlalu cantik menarik tertarik .



semut merah, basikal tua dan kuda ku lari gagah berlari = akademi fantasia ? * apekahhhhh


oh ya . dan sudah tentulah anda terpaksa mengadap muka saya jugak .


bersama lukisan pertama saya . tettt . lukisan pertama yang dilukis dengan teknik . bukan lagi pakai hati semata-mata . weeee ayat taklehblahgila kannnn *makin debab kan aku nehhh -.-


oh ya . saya berpeluang jugak test pegang sesuatu yang comel . hee . eksaited gila eksaited gila .


tetiba je ada entah mai dari ceruk hutan mana pom cek taktauu . tapi menatang ni comel . sungguh , cute gila . patut la Miss Lolly sayang gila sugar glider beliau tu .


ok, habes sesi bersenang lenang macam aku nie orang luar . sekarang masuk mood pelajar sekolah nie . kita tukar syif , mulakan meniaga ya kawan-kawan .


classmate saya . rajin rajin belaka kan mereka . dan semua ada gaya jadi usahawan berjaya nampaknya .



kami berkepit bertiga sahaje sepanjang hari nie . berjalan ke hulu ke hilir macam kembar siam yang terpisah badan tapi bukan hati dan jiwa *acecehh hiperbola


alaaa orang dah biasa meniaga macam ni la . semangat kan kitorang ? weee , i know >.<



sapa entah snap picture aku alaa ala ayu nehhh dah la pipi makin tembam -.- maluuuuuuuuu la .



yeahhhh aku suka senyuman orang baju putih hujung sekali tuuuu . comel nye anda cik Noraini ^__^


ok seudah sudah la sikit sikit . nak amek gambaq banyak-banyak pun tadi saya semangat sangat meniaga , sampai tak ingat dunia dah almaklumlah dah pegang duit muahahahaha *muka Mr Crab

ahh persetankan . saya bukan jenis begitu ya , harap maklum -.-  

tapi betul best sebenaqnya meniaga ngan diorang ni . sama-sama bising, sama-sama haru . keluar lagu hindustan sama-sama nyanyi sama-sama menari . keluar lagu Rimas pun sama-sama nyanyi sama-sama rap . walaupun kitorang jual nasi ayam dengan muffin yang comel sahaje, tapi tak kesah laa . yang penting, daripada hari nie , hubungan sama-sama kami satu form pun getting closer :)


walaubagaimanapun, berdiri dekat 4 jam meniaga tanpa kerusi tadi agak meletihkan dan level promosi kami yang tahap first class tu telah membuatkan saya telan banyak strepsils malam nie -.- jadi malam nie kena tidur awal ye anak-anak . selamat malam :)





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, July 9, 2011

Waiting for Ramadhan =)



saya dapat invitation dekat FB. berpuasa di bulan Ramadhan.


kalau dulu saya stay asrama SMKANT, sungguh saya tak sabar tunggu Ramadhan. kenapa? kitorang bukak puasa ramai ramai dalam dewan makan, mestilah meriah kan kan kan tektiap hari bukak puasa pun dah macam esok raya punya laaa meriah tahap first class. tapi time sahur pun meriah. pagi pagi bangun sahur ramai ramai, kan semangat sikit makan lauk pun sedap sedap gitu. weee.


ok dua reason kat atas tu memang betul pun. tapi kalau ikutkan hati nurani nie, Ramadhan kat SMKANT tu tak la kosong, at least. 


serius, saya tak tipu. saya rindu. rindu sangat nak puasa dengan member member baik saya kat sana. rindu sangat nak cuit hidung member saya yang tertidur time tazkirah Zuhur. rindu sangat nak main aci ligan takut tak sempat amek air tambah time bukak puasa kat dewan makan. dan rindu sangat nak solat tarawikh dengan suara ustaz Ishak sebagai imam walaupun kaki dah macam tadak dua dua belah. dan rindu gilaa gila jugak suasana semua orang berlumba-lumba nak habiskan alQuran sebelum cuti raya seminggu.


tapi tahun nie dah tadak semua tu. ada maybe, tapi tak la sedasyat tahun lepas. tak la sesweet tahun tahun lepas. lima tahun puasa kat asrama. walaupun tektiap kali puasa tu memang rindu gila nak bukak puasa kat rumah, tapi dalam hati masing-masing suka bukak puasa dengan member baik sendiri. 


Ramadhan tahun nie pun dah dekat kan. dah tak berapa hari je lagi. tapi dalam tempoh beberapa hari tu, kita pun tak tau kita sempat ke tak nak jumpak Ramadhan tahun nie.. kan? moga kita semua ada satu lagi peluang tahun nie. moga kita semua sempat lagi nak rasai Ramadhan tahun nie. moga kita sempat manfaatkan Ramadhan tahun nie, lebih daripada tahun lepas lepas =) insyaAllah.



*rindu Ramadhan zaman kanak-kanak ^___^ selalu kena marah dengan tok.


May Allah give us the opportunity, strength and health to fast the entire Ramadhan; shower us with His love and blessings and guide us to the right path. Ameen.




Kalau SUKa boleh LIKE :)

Bukan karya seni.

Bila kita dengar kisah insan lain .. bersyukurlah :)

semalam saya bercakap dengan seseorang .
oh silap . bukan bercakap . dah pakai FB kan, tak dikira bercakap la kot. tapi masih sampai maksud, dan dua dua orang rasa benda yang sama, yang saya dan dia sendiri pun tak tahu bila laa nak hilang rasa tu .



there's a girl, nak SPM tahun ni . dan dia ada scoliosis. dan dia kurus sangat. dia just tak boleh decide nak buat surgery atau pun tak . kalau buat pun, SPM dah dekat. kalau tak buat pun, jantung boleh terganggu. kesian kan. bila dengar dia cerita, saya bersyukur sangat sangat, saya tak rasa semua tu dan jantung saya sihat walafiat. dan dia pun bersyukur, dia tak rasa macamana saya rasa, HEHE. 


tapi bila dengar dia cerita, teringat jugak kisah diri sendiri bila nak PMR dengan SPM dulu. kalau dulu, diri sendiri pun tak boleh imagine macamana la aku boleh survive duduk dalam dewan exam tu berhari-hari , berjam-jam, menulis atas berkajang-kajang kertas. HAHA. selagi kita usaha Allah tolong kan? then, adek, awak pun boleh buat. tak ada benda mustahil dalam dunia ni. dan Allah takkan bagi semua nie kalau kita tak mampu hadapi. 


*LOL

dan bukan semalam saja, pagi tu pun actually saya dah bercakap *yang nie benar benar bercakap, face to face, hee* dengan classmate saya, a chinese girl. dia pun kurus. kalau baju sekolah tu ketat maybe boleh nampak obviously keadaan dia sebab angle bend dia lagi teruk, katanya. 


tapi bila kami borak borak panjang, dia pun terkejut dengan saya dan saya pun terkejut dengan keadaan dia. haa yang ni sorang lagi. nama penyakit sama, tapi dia tak rasa sakit pun. even angle bend tu lagi teruk daripada saya, dia tak pernah rasa apa yang saya rasa. ouch. tamparan hebat. first time dengar benda macam nie wehh . hee. bagus laa kalau dia tak sakit kan. tapi dalam hati saya, dupdapdupdap mengatakan yang saya jealous. jealous nya dia boleh selesa macam orang biasa :')


tapi tak kesah laa , saya pun boleh hidup macam orang lain kannn just limited sikit la kot >.<  masih bersyukur saya tak separah insan insan lain yang sama spesis dengan saya. 

tengok, artis pun ada la. hee



Sarah Michelle Gellar. obvious kan. tapi slumber badak je dia depan public.


bangga je budak nieh dengan scar die. ohhh tak boleh bayangkan macamana hadapi surgery.


buat adek berkenaan, be strong hadapi semua nie =) awak pun boleh je live life macam biasa. istikharah la banyak banyak ya. kalau Allah tunjukkan surgery is the only way, insyaAllah awak maybe lebih selesa lepas tu. Allah knows best kan? have faith in Him, tawakal laa. 



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1


*Subhanallah


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.