Tuesday, February 15, 2011

Mari Berselawat =)

Assalamualaikum :)
Salam Maulidur Rasul.. Selamat Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah kita ^^ insan yg sangat menyayangi umat-umatnya .. dan sepatutnya , kita pun kena sayang nabi kita ..






dulu kecik-kecik , ustazah ajar..nabi sayang kita .. macamana kita nak sayang nabi balik? dengan berselawat dan mengamalkan Sunnah baginda =) tapi kita pun kena lah mendalami kisah hidup nabi ..perjalanan dakwah nabi ..biarlah kita tahu betul tentang sirah nabi :) 

 Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Selawat, jangan lah bila Maulidur Rasul ja kita selawat .. banyakkan lah berselawat :) sebab ...

Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

selawat menandakan ingatan dan kasih kita kepada nabi di atas segala usaha dan pengorbanan baginda dalam membangunkan agama kita :) pernah dengar tak lagu nie ? mesti dupdapdupdap . percayalah :)





ya .. sepatutnya kita banyakkan berselawat , dan bukan menghapai lagu-lagu yg tak patut T____T *pesanan untuk diri sendiri jugakk . tapi dulu kecik-kecik ustazah tak marah la bila hapai lagu nasyid :) tapi mai besaq-besaq aku belasah lagu MCR pulokkk =.="


walau macamana pun, kita kena ingat , semuanya depend pada diri sendiri ..sendiri mau ingat lah mana yg baik mana yg buruk .. apa yg penting kita jadikan priority .. yg kurang penting kita tauk tepi :) bak kata Hlovate , live well or live hell, you choose =)
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."

bila cerita pasal nabi nie,baru teringat..ada satu hari tu kan , ustazah Hajah Habibah tanya ana dengan dua orang kawan lagi .. kenapa ibu nabi, Aminah, Allah wafatkan ? ohhhh . soalan , memang menguji .. tak pernah terlintas di fikiran pun soalan macam tu.. apatah lagi jawapan ..


kononnya kita betul kenal nabi kita , sirah nabi tu dulu belajar konon A sampai Z .. padahal kitab-kitab sirah banyak lagi yg lebih mendalam .. kalau kita tak kenal Rasulullah betul-betul, macamana kita nak sayang .. malu betul dengan diri sendiri .. memang bersyukur sangat , malam tu kami tiga orang diberi peluang bersembang dengan ustazah :)






dan bila tiba hari-hari yg macam nie , rindu zaman sekolah balik . haha .. esok cuti mesti ada ceramah .. mesti ada perarakan Maulidur Rasul .. mesti ada dorm yg menang hadiah banner lawa .. mesti ana dorm yg menang selawat paling bersemangat ..  dan mesti ada persembahan nasyid =) rindu nak dengar suara-suara nasyid tu lagi .. agagagagagaaaa




sungguh.. bila kita dengar orang selawat ramai-ramai..meremang bulu roma niehh ..kita pun bersemangat =) bukan senang nak jumpak suasana macam tu dah bila dah habis sekolah .. haha ..






comel tak sepanduk kitorang ? tengok la tangan sapa lukis . mueheheheeh . aku taw memang tak lawa pom . simple gila kan ? lantak ahh . asalkan mesej sampai . aceceyyy . alamak tulisan jawi aku huduh gila laa T_____T tapi dapat gak ah hadiah saguhati top 10 sepanduk terHOT , ngee ~




okey sudah sudah la cerita tahun lepas sikit-sikit kan .. takut malam tak ley tido je nanti , merindu punya pasal *huehuehue . cuma , kita saling mengingati sahaje .. sama-sama la kita banyak-banyakkan selawat ke atas Nabi kita =) 




ana tejumpak . just nak share =)





kalau nak bukak video nie pause je la lagu tuhhhh .






meh la ramai2 , basahkan bibir kita dengan selawat ke atas nabi =)


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم. ~ اللهم صلى على محمد




p/s : kita insan , memang tak perfect . tapi tak salah, kita saling mengingatkan . kan ?


Kalau SUKa boleh LIKE :)

Bukan karya seni.

Sunday, February 13, 2011

Background comel =)

Assalamualaikum ^^ esok dah kerja . hari nie letih gilaaaaa . hohh . baru-baru nie kan.. ada ramai kawan-kawan baru buat blog . omaiiii . bersemangat betul aku tengok kawan-kawan aku niehh .. takpa-takpa , teruskan usaha andaaa =D oleh itu , ramai ya umat manusia bertanya aku macam-macam soalan pasal blog nieh . sedangkan hakikatnya blog saya sendiri pom serabuttt bagai baru belajar buat belog semalam . aceceyyy . kelentong jeee ~


jadi , sesiapa saja yg bertanya aku sebelum nie ... meh nak share meh dengan koranggggggg .. dah korang tanya aku, aku bagitaw setakat yang aku taw je la ya =D


selalunya , kalau nak cari background yang comel-comel , saya mesti cari disini .




bukak je , dan korang akan nampak list Backgrounds di sebelah kiri tu . comel kan :D


dan satu lagi yang memang selalu ana bukak, sebab graphics dalam nie comel-comel sangat .



actually , menda-menda comel nie saya buat dari zaman Friendster dan Myspace lagi . tapi sekarang dua-dua aku delete buang dah T____T memandai ja adjust code HTML tu sesuka hati kuuu . berani la sikit mencuba yaa =)


 just , try la explore sendiri ^^ nanti lama-lama expert laaa =)  tak pun , korang type je kat Google tu .. sure-sure dapat punyaa .. jangan takut nak try .. back up la dulu template yang sedia ada nie sebagai langkah keselamatan ..lagi satu, laman web macam nie pun banyak membantu jugak walaupun sikit-sikit je ..




aku memang simple je , so aku tak tau nak ajar menda dasyat-dasyat sangat kat koranggg . tapi kalau ada apa-apa nak tanya, jangan la segan yaa ^^
okey , insan-insan baru dalam dunia blog , selamat mencubaaaaaa :)





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, February 5, 2011

Kami Blogger Utara

Assalamualaikum ^^


hari tu kan , ada Inchek Aiman nieh ajak gak , nieh baru nak buat ya . join Kami Blogger Utara di blog cik GKSB niehh =D


cek taw ramai lagi geng-geng utagha kan sini .. meh la join ramai-ramai ^^  kalau mpa nak join jugak sila klik banner yaa . pi jenguk blog kak GKSB niehh .. asek tersasul jaa nak tulih DBSK :D:D:D ampun kakkk ~




oraitt . ana memang pure utara ^^ Penang mari tapi bukan anak mami nahh .. hidung tak cukup tinggi kot nak jadi anak mami =D .. lahir kat Kedah .. tapi rumah mama ngn abah kat Perlis .. dok elok kat sana tak sampai setahun , abah kena tukaq pi Penang . polis , besa la merantau rata ..


so start saat tu sampai laa ni , pusing pi pusing mai kot mana pun masih belah utara . sekolah pun kat sini ja walaupun dok asrama . hehe . tunggu nak masuk U nanti ja tak tau la nak kena tauk belah mana ^^ sapa-sapa dok penang gak meh singgah rumah meh . haha .






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.