Friday, September 28, 2012

Kehilangan


Ramadhan yang lalu, adalah kali terakhir kami bersahur dan berbuka dengan dia. Syawal yang lalu, adalah kali terakhir kami menyambut Aidilfitri dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergaduh dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir aku bergelak ketawa dengan dia. Dua minggu yang lalu, adalah kali terakhir kami pergi dan balik sekolah bersama. Dan minggu lalu, adalah kali terakhir aku lihat wajah dia, kali terakhir aku cium pipi dan dahi dia. 


Ya. Itulah saat-saat terakhir aku dengan angah. Saat-saat terakhir mama dan abah dengan angah. Saat-saat terakhir alang dan kakcik dengan angah.


Ya. Angah telah kembali ke rahmatullah, 17 September yang lepas. Cukup sebulan Syawal berlalu. Cukup-cukup umurnya mencecah 17 tahun 4 September yang lalu. Allah ambil dia pergi sebelum dia benar-benar kenal dunia luar. Allah ambil dia pergi tika hati dan fikiran dia masih comel dan bersih macam kanak-kanak kecil. Allah ambil dia pergi, kerana Allah sayangkan dia. Itulah hakikatnya. Allah cuma pinjamkan dia untuk tempoh 17 tahun ini saja. 


Selepas pemergian dia, kami sekeluarga mula nampak hikmah disebalik segalanya yang pernah hadir dalam kamus hidup kami selama ini. Sungguh, Allah telah aturkan kisah hidup yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Dan kami sangat yakin, pemergian dia kali ini juga ada hikmah yang lebih besar buat kami selepas ini.


Memang tak mudah. Tak ada siapa pernah mengatakan ia mudah apabila kita kehilangan insan yang kita sayang. Tapi cuma ada satu jalan sahaja untuk mengubati hati dari terus merasa pedih. Lepaskan dia pergi. Redha. Berdamai dengan takdir-Nya. Sedar hakikat bahawa kita semua adalah milik-Nya, dan akan kembali pada-Nya juga.


Memang perlukan masa, tapi itu sahaja cara yang ada. Yakin, dia sedang menanti di syurga. Dan kita di atas dunia perlu terus berusaha, moga berjumpa dia di sana. Bukan taknak lepaskan dia pergi. Bukan taknak terima hakikat dia tiada lagi disisi. Cuma kadang-kadang, jatuh juga air mata itu kerana rindu itu tiba-tiba hadir di dalam hati. Jatuh juga manik jernih itu, kerana kenangan bersamanya tiba-tiba menerpa ke dalam memori.


Aku tak pernah rasa kehilangan. Jadi dugaan ini adalah pahit untuk aku telan. Memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,mama dan abah. Tak sanggup lagi melihat air mata mama dan abah terus-terusan melimpah keluar dari tebingnya. Maka aku sendiri perlu kuat dan tabah.


Kakak janji, kakak akan kuat untuk mereka yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. Kakak janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan  pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. Kakak janji, setiap ingatan kakak pada angah akan diiringi dengan doa.


Moga Allah jaga angah di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan angah dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang angah dan mudahkan urusannya di sana.

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu. -Hlovate, Contengan Jalanan.







We'll miss you forever my dear. Big time. May Allah bless.
AL-FATIHAH for my angah.



Bukan karya seni.

Sunday, April 29, 2012

What Makes Me Silent..




Sentap. 

Entahlah gambar ni diambil di mana, tapi yang pasti dalam situasi aku sekarang, pesaing aku bukan sekadar 4000 orang. 

Dan benda ni sangat berjaya membuatkan jantung ini dupdapdupdap bergetar bagai nak luruh setiap kali aku berpaling daripada buku dan mengadap HBO mahupun Astro Ceria setiap petang sebab nak tengok Kampung Boy walaupun entah dah berapa puluh kali tengok natang tu since zaman baru keluar CD dulu. Dan sekali lagi hati ini berdetik tiktoktiktok risau setiap kali aku berpaling daripada buku dan mengadap komputer dengan niat nak berblogwalking serta menghapdet blog yang dah bersawang sawang ini.

See? Orang yang snap picture ni berjaya membuatkan aku melekat dengan buku. Orang yang snap picture ni berjaya membuatkan aku tak sanggup buat benda lain selain usaha untuk dapat pointer cantik STPM nanti. LOL. Gila betul.

Jadi, kesimpulannya, blog yang comel ini terpaksa lah dibiarkan sebentar, dan hapdetnya adalah secara tidak berkala, entah bila T___T Hmm, ada yang rindu saya? Hihihi.

Btw, exam pun semakin hampir. Seminggu dari sekarang. Awak-awak abang kakak dan adik adik doakan saya berjaya ya :')  Nanti kalau result cemerlang barulah berbaloi-baloi nak hapdet blog pun, heeeeee. Dan saya minta maaf saya tak sempat jenguk blog korang, reply komen korang =,=" Maaffff taw!

Oh ya. Result MUET dah keluar. Alhamdulillah, capai band 4 :) Cukup eh 4 tu untuk masuk u? Heeee.

Babai. Assalamualaikum ;)




Bukan karya seni.

Sunday, March 25, 2012

Aku Sedar.

Dulu, mula-mula aku buat blog ni, seriously aku buat dengan niat nak tulis apa sahaja, segala benda yang aku rasa aku nak tulis. Menulis sebab tak ada orang yang nak mendengar. Menulis bila rasa sunyi dan sepi pada tahap dinding pun bagai ada telinga. Ya, aku tulis sekadar suka suka, seronok seronok untuk lari dari keadaan sunyi yang entah apa apa tak pasai pasai muncul tu.


Tapi kadang-kadang, aku rasa dunia ni sesak sangat. Sesak dengan macam-macam fe'el orang. Sesak dengan benda-benda remeh yang actually aku tak patut terlibat langsung pun. Sesak dengan segala tanggungjawab yang terbeban atas bahu comel ini. Sesak lagi, bila semua orang pun sibuk-sibuk bagai faham sangat hidup aku macamana. Sesak nafas. Serabut otak. Jadi pada masa yang sama, aku menulis lagi, untuk melarikan diri dari dunia yang serabut dan menyesakkan dada itu.


Bunyi macam tak bersyukur kan aku ni? Bila sunyi, aku lari. Bila bising pun aku lari. Aku lari daripada kesunyian, tapi pada masa yang sama aku lari dari bising sesak dunia. 


Entah bila nya aku mula reti menulis, aku pun tak perasan. Selama ni segala perasaan serabut sedih tak guna tu, semuanya pensel dengan sketchbook yang tolong hilangkan. Okay, aku tipu sikit. Dulu zaman nak PMR semua buku teks aku adalah mangsa keadaan. Tak cukup dengan buku teks, aku conteng benda benda haru tu pada kertas kajang, then aku lipat buat kapal terbang, aku terbangkan dari tingkat atas bangunan Aspuri. Konon benda tu pergi, hilang dari pandangan mata beserta segala rasa itu sekali. Heh, dasar otak kanak-kanak kan?





Tapi aku pun sedar. Dalam dunia nyata, aku masih tak boleh lari daripada apa-apa. Masih kena hadapi kenyataan, masih menanggung segala beban. Masih, aku tak boleh lari walaupun aku cipta dunia sendiri. Cuma bila masa semakin berlalu, aku pastikan aku tak sia-siakan semua itu. Cuma sekarang, bezanya dengan dulu, aku teguhkan pendirian aku. Aku sedar, Allah sentiasa membantu. Dan aku sedar, sunyi itu hanya hadir bila aku lupa Dia juga bersamaku. Aku juga sedar, berat beban dan sesak nafasku itu, hanya hadir tika aku leka, lalai untuk mengingatinya setiap detik hidupku.


Paling aku sedar, lari dari sunyi atau lari dari bising, bukan di sini pun tempat paling tepat untuk aku tuju. Juga bukan pada sketchbook atau buku teks sekolah.  Tapi hanya pada ketika lutut dan dahi bertemu sejadah. Dan kalau sampai satu ketika itu, walaupun bibir tidak mampu mengucap mengadu pada Dia, Dia masih memahami. Sentiasa memahami setiap sesuatu yang ada dalam hati ini.


Sometimes, kita hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri bersama Al-Quran di tangan, tangisan di mata  ini serta Allah di dalam hati. Bukan apa sangat pun. Buat benda kecik macam ni saja pun dah cukup meringankan segala resah di jiwa. Sekurang-kurangnya aku sedar sebelum usia aku betul betul tua, Alhamdulillah :)


Walaupun kadang-kadang rasa letih itu menguasai, rasa sunyi itu menyelubungi, rasa beban itu menghimpit diri, tapi ada satu benda sahaja yang pasti. Bila tiba masa itu nanti aku bebas berehat dari semua ini. Rehat sampai bila-bila. Sebab dunia ini hanya sementara.






Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia, yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, padahal khalayak pastinya inginkan yang bai-baik dan yang indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah. Menulis kebaikan sekalipun dia belum sepenuh memilikinya, dan dia akan 'memendamkan' kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. - Pahrol Muhd Juoi





P/s : Rasa dah lama tak cerita benda tak bermotif macam ni, heeee.
Petang nanti orang blogwalking blog korang ye! Thanks masih ingat orang sini :')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, March 13, 2012

Abah.


Assalamualaikum! ;D 
Warghhhh lamanya tak menulissss di sini! Lamanya tak menyinggahkan diri ke blog awak awak semua ni, heeee. Okay overdose kan aku, padahal baru dua minggu --" Biasalah, macam ni lah budak sekolah, hapdet blog secara bermusim, hee. Actually saya baru habis exam, sebab tu sakan menyepi last week sampai ke hari ni. 

Okay cerita exam tak boleh lah story lagi, sebab keputusan keseluruhan tak keluaq lagi pun, hehe. Tunggu lepas cuti sekolah lah kot baru nak tahu apa jadi. tapi Alhamdulillah, walaupun busy dengan macam macam benda sampai tak menang hidung nak bernafas, Allah masih mudahkan urusan saya menjawab exam dan MUET paper lain lain tu hari sabtu lepas :>



Hmm baru baru ni saya tertengok sesuatu. Sesuatu yang sangat meruntun jiwa ;(  Taktaulah kalau awak dah tengok video ni, tapi saya baru aje tengok, heeeee. Kalau belum tengok lagi mai la kite tengok sama-sama ;D





Sedih T^T
Hairan dengan orang yang boleh abaikan parents macam ni ;(  Hairan dengan orang yang boleh tinggalkan bapak depa tepi jalan. Hairan dengan orang yang tinggalkan mak sorang-sorang dekat tempat pelik pelik. Tak rasa apa-apa ke? :'(


Saya paling tak suka cerita Twilight sebab si Bella tu suka buat taktau dengan ayah dia. Semua benda pun nak secretkan daripada ayah dia. Ayah dia tanya apa pun takmau jawab -,-" Hahaa terbawak-bawak pulak sampai ke sini. Tapi betul pun. Lagi satu cerita Karate Kid tuu. Si Dre tu tak kesah langsung pasal mak dia. Biar mak dia cakap sorang-sorang. Serius aku herann ni -,-"


Apa salahnya kita sayang parents kita macamana depa sayang kita dulu. Bukan berdosa pun. Bagi kasih sayang dekat orang yang tak dibolehkan tu seronok aje eh, tapi bila nak curah habis-habisan pada mak ayah segan segan pulakk. tampar mau? Kejam tauu manusia spesis ni. Grrrr.

Sedarkah kita, satu hari nanti kita sendiri pun akan ada anak, dan anak kita pun akan membesar sebesar-besar alam macam saiz kita sekarang ni. Dan tiba saat itu nanti, kita nak eh anak kita layan kita macam nak tak nak aje? Takmau kan? Jadi kita kenalah jaga parents kita baik baik. Sedar diri tu, tanpa dua orang ni, kita bukan sesiapa pun hari ni :'(





Gaya macam nak mintak izin pergi kawen saja kan? Hewhew :3 Tadak pasai derr. Kadang-kadang rasa macam mama dengan abah masih anggap saya macam budak-budak, heee.  Walaupun kita ni dah besar panjang, ayah-ayah kita masih anggap kita ni macam anak kecik dia dulu dulu kan :') terutamanya perempuanlah. Lelaki tu saya tautau lah cemana, dah saya pun tak ada siblings lelaki, heee.


Ini abah saya. Tu dalam tangan tu sepupu saya, Sebelah abah tu adik saya. Atas kepala abah tu topi cik adik ni, abah pinjam, Hewhew :3 Susah tau dak nak dapat gambar abah yang elok. Sebab abah suka buat mukaa , heeee. Ehh yang hujung tu saya lah, hihi. Sama tak muka kami bertiga? ;D


Time ni ada saya aje. Orang lain tak keluar lagi. Suka tengok gambar ni, sampai sekarang. Rasa macam kecik lagi. Rasa macam taknak besar :')


#Saya sayang abah sangat sangat :') Abah kasi kereta sebijik dah. Haruslah sayang kan? Okay kalau tak kasi kereta sebijik pun selama ni memang dah dapat macam-macam :') Terima kasih Allah, untuk abah dan mama yang cool dan understanding camniehhhhh 

#Actually time tengah taip entry ni mama dengan abah keluar, ada hal. Tak sedap hati dari tadi. Hati risau, dupdapdupdap. Nak taip cerita lain, terkeluar cerita lain pulakk, hahaa. Moga mama dan abah tiba di rumah dengan selamat.


Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku, dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka curahkan kepadaku. Juga kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, February 26, 2012

Syarat Pakai Tudung ♥


Assalamualaikum! :D 
Saya terjumpa sesuatu. Dan saya rasa sayang kalau tak berkongsi dengan awak semua tauu. Seriously, wajib bagi awak tengok video ni. Terutamanya kakak-kakak dan adik-adik yang disayangi :'>






WEAR IT RIGHT :>


Syarat Pakai Tudung
  • Labuh sampai ke bawah, menutup dada.
  • Tak boleh jarang - Mesti longgar - Menyelindung - Menyelaputi - Menyembunyi apa yang di dalamnya.
  • Kedudukannya betul betul atas dada.
  • Betul betul menutup kawasan dada dan sekitarnya (bawah dada atas pusat)


Dengar tak ustaz pesan apa wahai abang-abang hensem sekalian :D Ustaz cakap pastikan anak-anak atau saudara-saudara perempuan kita pakai macam ni dulu, then baru lepaskan keluar.


Arghhh. Tak mudah kan? Tak mudah nak buang habit yang dok ada selama ni, hee. Susah nak buang jauh-jauh style kita yang sebelum-sebelum ni. Well, saya pun hantu selendang jugak, Hahaa. Cuma tak berminat dengan style kelepet kelepet macam yang ustaz tunjuk dalam video tu laa, hee. Setakat ni memang selesa berpashmina, sebab sangat lebar dan besar dan cukup muat dan selesa yang amat bagi orang saiz gedabak macam saya :3


Tapi masih tak cukup pun penuh empat syarat yang ustaz sebut tu. Cukup syarat asas saja, semata-mata cover dada dan tak jarang. Tutup bahu dan ke bawah sikit tu, dekat sekolah aje laa. Di sekolah selesa bertudung besar sikit, hee mungkin sebab dah biasa. Lagipun baju sekolah putih, serius rasa tak selesa tudung kontot kontot ni.


Tapi bila tanya balik pada diri, sampai bila nak macam ni? ;(
Padahal empat syarat tu bukan susah pun, Wuwuwu :/


Tak lah mudah. Tapi still tak lah susah. Boleh kot cuba pelan pelan, heee :D Moga Allah lembutkan hati kitaa, mudahkan urusan kita, moga kita lagi dekat dengan Dia :>





Ustaz Don, terima kasih untuk teguran ni. Tukang upload video, terima kasih sebab bagi can orang lain dapat ilmu jugakkkk :D May Allah bless 





#Doakan saya boleh cakap dengan berhabuk perghhh perggh punya hari Selasa nanti. MUET, Speaking, Hewhew. Ketaq lutut wehhh :3 Serius tak tipuuuuuuu.

#Walaupun nasyid Jumaat hari tu suara kami bergetar getarr sebab hati dok dupdapdupdap, moga keputusannya taklah teruk sangat. Isnin nanti baru umum pemenang :>


#Weyy koranggggg, sorry sangat ye saya jarang singgah di blog anda sekarang ;( Sangat minta maaf.




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, February 17, 2012

Terasa.


 Assalamualaikum abang kakak adik yang comel dan silent readers yang manis :> Nak berkongsi sesuatu yang saya dah baca dengan awak awak sekalian. Saya mungkin tak reti amek gambar lawa-lawa macam Abu atau kak Syakey, saya pun tak lah terer menulis  macam Kak Mimi, jadi saya hanya mampu berkongsi benda yang saya tahu, Hee :3


Kisah ni daripada novel kisah hidup Sultan Muhammad Al-Fateh.

Selesai kerja pengubahsuai Gereja Aya Sophia menjadi masjid, inilah kali Jumaat pertama mereka di tanah Istanbul. Orang Islam telah berkumpul, namun timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al-Fateh mencadangkan gurunya Syeih Syamsuddin Al-Wali, namun beliau menolaknya secara baik atas alas an dia sudah terlalu tua.

“Carilah orang yang lebih bertakwa dalam kalangan kamu untuk dijadikan imam”, Syeikh Syamsuddin Al-Wali mencadangkan.

Sultan Muhammad Al-Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, sila duduk!”

Tiada seorang pun yang duduk, menandakann semua tentera Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat fardu.

Kemudian Sultan Muhammad berseru lagi,”Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!”

Separuh antara tenteranya telah duduk. Lalu baginda bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk!”

Semua yang berdiri telah duduk, kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud.

“Tuankulah yang paling layak menjadi imam”, kata Syeikh Syamsuddin Al-Wali.



Bila awak baca, apa yang awak rasa?
Adakah kita macam pun macam ni jugak sejak kita akil baligh beberapa tahun yang lepas? Jangankan nak solat sunat tahajud tektiap malam. Nak solat di awal waktu pun cukup susah. Solat sunat rawatib tu lagilah -,- Oh yang ini merujuk kepada diri sendiri sebenaqnya.


Sultan Muhammad Al-Fateh dapat Konstantinopel sewaktu dia berusia 20+++ tahun. Saya sekarang 19 tahun. Tapi rasanya diri ini, banyak main-main, masih nak buat dosa, tak reti-reti nak belajar dari kesilapan lalu. Haish. Terasa rugi kau tahu?

Terasa sangat rugi beberapa tahun lepas akil baligh sehinggalah sekarang, terasa macam waktu muda yang ada tu tak digunakan dengan sehabis baik. Tak digunakan untuk memperbaiki diri sendiri, so that bila besaq besaq macam sekarang ni taklah rasa kesal yang teramat sangat lepas baca novel yg macam ni.

Ok memang lah sekarang pun taklah tua lagi. Baru 19 kan, bukan 71 pun. Tapi kita sendiri pun tak tahu, bila nya kita ni dipanggil pergi mengadap Dia. Dah cukup eh bekalan dari atas dunia ni?






Bila difikirkan balik, time umur 13, 14, 15 tahun dulu, ada banyak masa nak compare dengan sekarang untuk buat macam-macam benda untuk diri sendiri. Ada banyak masa nak betulkan diri sendiri. Ada banyak masa untuk duduk sorang-sorang, pegang Al-Quran dan baca sebanyak mungkin page yg ada. Ada banyak masa untuk solat sunat rawatib mahupun tahajud. Sebab time tu saya duduk asrama.

Ya, bila umur umur macam ni baru nak menyesal kan. Tak gunakan kesempatan yang ada dengan habis baik. Guna, tapi bukan sepenuhnya. Sekarang susah tau. Nanti makin besar makin susah tau. Nanti makin besar makin sibuk, makin umur bertambah makin banyak tanggungjawab. Dan masa akan bergerak makin cepat, tuptup dah malam. Langsung tak sempat buat apa apa, balik rumah dah letih, then terus tidur.

Rasa rugi sangat, sebab 7 tahun yang lalu, saya tak ambil berat dengan semua ni. Saya tak gunakan masa muda saya sebaik mungkin T____T saya tiba-tiba rasa umur 19 ni dah tersangat tua dan saya seriously tak manfaatkan peluang peluang yg saya pernah dapat dulu. Kecewa dengan diri sendiri. Wuwuwu.

Tapi, untuk 10 tahun yang akan datang, saya taknak saya rasa macam ni sekali lagi. Cukuplah menyesal sekali. Taknak sia-siakan masa muda yang saya ada sekarang. Sekurang-kurangnya kita masih berpeluang bangun setiap pagi dan cuba menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.






#Oh panjang eh aku bising bising hari ni? Okaylah ganti seminggu punya hapdet, Hee.


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, February 10, 2012

Gelang Pink Bersuper Power.

Assalamualaikum :) Haish seminggu tak berhapdet blog ni, dah jadi macam zaman duduk asrama dulu pulak --" Dah masuk Februari pun post untuk tahun ni baru ada berapa kerat aje, Wee. Sesungguhnya tahun ni adalah tahun yang bakal mensibukkan diri saya semula macam zaman nak SPM dulu, Wuwuwu :3 Takpa lah, lepas STPM ni cuti lama sikit sebelum masuk ijazah :D


Btw, minggu ni saya dapat sesuatu yang baru. Pakai natang ni terasa macam Power Rangers tak bertauliah kejap --"


Tengok, aksi menayang nayang jam power rangers.


Actually, tahun lepas sebelum final exam cikgu Geografi saya dah bagi satu test untuk kelas kami. Lepas dapat balik kertas exam tu, cikgu tanya saya kenapa jawapan soalan last tu jawab tak habis --" Ye, tak habis dua isi lagi sebab tangan saya dah kebas dan tak boleh nak sambung menulis, Wuwuwu. Rugi 8markah.


Then bila cikgu tanya tanya dan tanya, saya pun cerita cerita dan cerita. Cikgu cakap nak pinjamkan saya gelang power rangers yang dia pakai. Sebab batu kat gelang tu macam ada khasiat amenda ntah. Alaa macam batu meteor pulak ada super power macam dalam Smallville tu kan. Tapi cikgu cakap kalau pakai tu time final exam mungkin tangan saya tak kebas teruk sangat. Ye, memang berkesan la jugak, sikit. 

Jadi tahun ni saya buat keputusan untuk beli jugak satu gelang power rangers ni sebab ada banyak lagi exam yang perlu ditempuhi termasuklah MUET pada awal Mac nanti --" Saya mintak tolong cikgu, belikan untuk saya. Siap pesan lagi, cikgu tolong belikan kaler pink yerrr*sambil buat muka mintak penampaq. 


Yeay yeayyyy minggu ni saya dapat lah natang tewww. Dah pakai dah pun. Weee. Time buat homework yang berkajang-kajang tu, saya pakai gelang ni kat tangan kanan. Tetiba tangan kiri kebas. Okay okay tukarkan gelang tersebut ke tangan kiri. Then tangan kanan tu menulis tak sampai 10 minit pun dah sakit --" Beli dua gelang ni boleh dak? Tapi mahal, tak jadilahh :3



Haa ni lah rupa gelang Power Rangers tersebut. okay saya tipu. Quantum Power actually nama dia, Hee. Tapi dulu ada sekali Power Rangers Time Force tu ada Quantum Ranger kan? Ahh lantaklah, tadak motif nak ingat Power power Rangers pulokk.


Tengok pamplet dia cakap batu dalam gelang ni boleh restore energy dalam badan dan apa lagi entah khasiat yang dia ada saya tak faham, memandangkan SPM saya Biologi takat C saja, hee. Ada yang cakap ni batu gunung berapi lah, batu meteor lah. Entah betul ke tidak pun taktau. Wallahualam. 


Yang penting, saya dah ikhtiar dan cuba lah jalan mana yang ada, dengan harapan boleh mengurangkan rasa pelik-pelik yang Allah bagi tu. Takpa, saya tau Allah sayang saya. Sebab tu saya sakit, hee. Positif dakk?


Okeh, nak sambung study. Kami budak sekolah. Hari sabtu pun kena sekolah --" sekolah ganti sebab raya cina hari tu kami cuti lama. Wuwuwu. Ni lah nasib budak sekolahhhhh. Babai. Assalamualaikum :D




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, February 5, 2012

Mencintai Dia, Rasulullah SAW.

Awak, awak tahu, dari dulu lagi kita berkongsi cinta orang yang sama. Dari kecik lagi kita dah diajar untuk mencintai dia. Kita diajar tentang sejarah hidupnya. Kita diajar tentang pengorbanannya. Kita belajar menjadi santun dan berhati lembut seperti dia. Kita belajar mencintai mati lebih daripada mencintai hidup.


Awak tahu, tanpa dia kita tak mungkin dapat contact Kekasih yang utama itu. Dia membawa risalah AlQuran, surat cinta Allah itu kepada kita. Dia jugaklah yang mengajar kita menunaikan solat, penghubung utama kita dengan Tuhan. Mana mungkin kita mencintai orang lain selain dari dia :')





Awak tahu, kita dalam golongan yang sangat bertuah. Bertuah kerana memiliki cinta yang tulus dari dia, walaupun tidak pernah bertemu mata. Kasihnya sampai ke syurga. Dia asyik memikirkan kita walaupun pada saat-saat terakhir hidupnya.


Pada suatu hari , ketika duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasullullah s.a.w berkata sambil memegang janggutnya, “Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku.”

Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu ya Rasullullah?

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merinduikan saudara-saudaraku.”

“Siapa mereka ya Rasullullah?”

Air mata Rasullullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, “ Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka.”

Para sahabat menundukkan wajahnya lalu ikut menangis.


Awak, awak rasa kita layak ke nak dapat syafaat dia di akhirat nanti, kalau di dunia ni kita sangat jauh dari sunnah nya? :'(


Jangan sekadar ucap I Love For a Thousand Years, tapi kita tak buat sikit pun something yang menunjukkan cinta kita pada dia.


Moga hari-hari kita yang akan datang, kita berusaha sebaik mungkin, mengenali Rasulullah SAW, dan berusaha mengamalkan sunnah baginda :) Kalau cinta Allah itu matlamat, maka cinta Rasulullah itu adalah jalannya. Wallahualam.


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم. ~ اللهم صلى على محمد



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, January 25, 2012

WW#4; Semua Perempuan ada 5 Personaliti.

Syhhhh. tak boleh cakap banyak. ni Entry Wordless Wednesday -___-


1. Perangai di sekolah.


2. Perangai dengan kawan-kawan.


3. Perangai dengan family.


4. Perangai dengan orang tersayang *Aicecehh*


5. Perangai bila dok sorang-sorang Errr



#Orang laki macam ni dak ? Heee :P



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, January 22, 2012

6 Sebab untuk Tidak Berputus Asa :)



Assalamualaikum awak-awak sekalian alam.

Pernah rasa tak kadang-kadang macam putus asa sangat sangat sangat bila kita tak capai apa yang kita harapkan? Kadang-kadang rasa letih, letih dengan semua benda disekeliling kita, rasa macam nak keluar dari sini. Rasa macam malas gila ah nak teruskan untuk capai harapan kita tu. Dah tak boleh nak buat macamana kan? Aicecey konon pasrah lettew.


Tak payah la nak pasrah pasrah putus asa semacam sangat. Kalau kita gagal sekali tu tak bermakna esok pagi bukak bukak mata dunia dah kelam. Kalau gagal hari ni, tak bermakna sampai ke tua asyik gagal saja. Err melainkan kalau dah diri sendiri pun yakin putus asa adalah jalan terbaik untuk teruskan hidup, YA awak memang takkan maju ke depan.


Mai sini nak bagi kat hampa sebab sebab untuk tidak putus asa. Hmmm, nak kena nyanyi Never Say Never - Bieber dulu baru nak baca? Nyanyi sendiri laa, kami suara tak sedap :P


1.  Selagi kita hidup, kita nak apa pun kita boleh dapat.
Kalau betul nak give up gila-gila pun, ada satu sebab sahaja yang diterima, iaitu kalau awak mati. Dah mati apa pun tak boleh buat. Okey, waktu tu boleh la give up. Selagi kita masih bernafas, sihat walafiat, sikit sakit pun tak ada dalam badan, bermakna tiada halangan untuk kita terus-terusan mencuba :)
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]


2. Bersikap Realistik.
Awak cakap "aku ni buat apa pun tak reti", lepas tu buat muka mintak kaki. Padahal baru aje hari pertama, kali pertama belajar kayuh basikal tu. Normal la kalau jatuh sampai luka-luka kaki. Jarang-jarang la ada orang yang belajar pada pertama kalinya, dan dia dah boleh menguasai something tu. Kalau tak, tak wujudlah istilah "Learn from Mistakes", kan?
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]


3. Prove Yourself. 
Awak nak ke orang lain cakap awak tu seorang yang lemah dan cepat sangat berputus asa? Tak nak kan? Jadi mulut tu janganlah dok pi canang merata awak tu tak reti buat apa-apa. Carilah sesuatu yang kita betul betul suka, then usaha supaya kita boleh reti jugak buat benda tu. Tak payah nak buktikan pada orang lain, cukup dengan buktikan pada diri sendiri dulu "Aku mampu buat apa saja" :)


4. Yakin dengan Apa yang Kita Impikan. 
Bila kita impikan sesuatu, tetapkan dalam hati betul betul. Jangan ubah ubah dah lepas tu, tak kiralah apa pun yang orang kata pada kita. Biasalah, orang.. Mesti ada jugak dua tiga kerat spesis manusia yang tak boleh nak tengok orang senang, akan buat kita rasa down. Walaupun spesis macam ni cakap "Alaa berangan aje lebih, mustahillah benda macam tu hang boleh buat", buat muka tak peduli sudah lah. Yang penting, kita tahu kita ni mampu atau tak nak capai impian tu :)



5. Family and Friends.
Jadikan orang-orang yang kita sayang sebagai inspirasi supaya kita terus tabah dan kuat! Selalunya bila sembang dengan mama, apa apa pun yang buat saya down sampai jejak bumi kemarin, boleh buat saya lompat ke langit hari ni :) Tu lah magic seorang mama kot, hee. Ni concoh aje, awak try dengan mak awak laaa, jangan pulak try dengan mama saya :P


6. Ada orang yang lebih teruk daripada kita.
Awak sedar tak atas muka bumi yang cantik ni ada orang yang hidup dalam environment dan situasi yang lebih buruk dari awak sekarang? Awak give up sebab mintak duit dengan mak nak beli kasut baru mak tak bagi? Ish buruk betul buat muka ala merajuk macam tu tua-tua ni. Ingat sikit, ada aje orang yang tadak kaki pun nak pakai kasut tu. Padahal kita ni kasut dah bersusun satu rak depan pintu rumah :3 BERSYUKUR, reti tak?



Jeng jeng jeng. Saya pun tak tau apasal tertulisnya menatang-menatang ni disini, harap maklum :3
Okay saya tipu. Actually hari-hari cakap macam ni dengan diri sendiri. Toksah lah nak give up sangat. Macam lah emas tu boleh luruh dari langit kalau tak buat apa-apa perubahan dengan diri sendiri. Kadang-kadang tu kita sendiri yang tak perasan, something tu mungkin tak jadi sebab kita tak ready lagi. Bila sampai masanya nanti, insyaAllah, kita dapat jugak something tu :)


Yakinlah dengan janji Dia. Kita usaha, kita minta. Dia bagi segalanya. Cuma Dia lagi tahu, bila masa yang paling sesuai untuk kita dapat something yang kita minta tu :) Wallahualam.
 "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa". (Al-Hijr 15:55)







Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Saturday, January 14, 2012

Dahi Bertemu Sejadah.



Bila mata bertemu mata, akan berputik rasa cinta.
Bila hati bertemu hati, akan bersemi rasa kasih.
Tapi hanya dengan dahi bertemu sejadah, insyaAllah beroleh cinta sejati.






#Jangan komeng pelik-pelik tawww, drawing ni mmg serabai sikit, hee. kedut merata-rata.
this one adalah percubaan pertama utk Tumblr -,- sebab tu comot lagi, hihi.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, January 12, 2012

STPM 2012.



Assalamualaikum semua bloggers, kawan-kawan yang comel, dan silent readers yang setia :) oh lewatnyaa entry tahun baru sayaaa. Biasa la, orang busy. Hewhew :3 tambah pulak sekolah dah bukak. Rasa sedih pulak tua tua macam ni pun masih bersarungkan baju sekolah. ish3 :3 Arghhh pedulikan segala bisikan syaitonnirrajim tuu. Tahun ni kena bersemangat tahuuu pergi sekolah!


Yang pasti, tahun ni kena semangat balik macam dua tahun lepas. Nak kena fight lagi ye untuk exam dalam dewan yang panas tak berhawa dingin tu. Tahun ni saya dengan kawan-kawan yang tak berapa kerat tu bakal amek STPM. Paper MUET pulak start hujung bulan Februari ni. Sempit jadual. Padat -,-


Jadi, saya mungkin tak dapat singgah singgah selalu di blog awak-awak semua. Awak janganlah merajuk dengan FRAF ni pulak ye. ada masa saya mesti pergi jugakkk membalas kunjungan :)


Haaa, ada sesuatu yang baru daripada saya. Tak terer sangat, tapi baru berjinak-jinakk. Dulu-dulu conteng atas kertas ataupun dalam buku teks Sejarah aje bila agak-agak kepala dah nak surrender tu -,- Tapi sekarang nak jugak maju setapak lagi ke hadapan, cuba benda baru ni pulak :)


Doakan saya tabah menghadapi tahun nak STPM ni, hee.






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.