Friday, February 17, 2012

Terasa.


 Assalamualaikum abang kakak adik yang comel dan silent readers yang manis :> Nak berkongsi sesuatu yang saya dah baca dengan awak awak sekalian. Saya mungkin tak reti amek gambar lawa-lawa macam Abu atau kak Syakey, saya pun tak lah terer menulis  macam Kak Mimi, jadi saya hanya mampu berkongsi benda yang saya tahu, Hee :3


Kisah ni daripada novel kisah hidup Sultan Muhammad Al-Fateh.

Selesai kerja pengubahsuai Gereja Aya Sophia menjadi masjid, inilah kali Jumaat pertama mereka di tanah Istanbul. Orang Islam telah berkumpul, namun timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al-Fateh mencadangkan gurunya Syeih Syamsuddin Al-Wali, namun beliau menolaknya secara baik atas alas an dia sudah terlalu tua.

“Carilah orang yang lebih bertakwa dalam kalangan kamu untuk dijadikan imam”, Syeikh Syamsuddin Al-Wali mencadangkan.

Sultan Muhammad Al-Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, sila duduk!”

Tiada seorang pun yang duduk, menandakann semua tentera Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat fardu.

Kemudian Sultan Muhammad berseru lagi,”Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!”

Separuh antara tenteranya telah duduk. Lalu baginda bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk!”

Semua yang berdiri telah duduk, kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud.

“Tuankulah yang paling layak menjadi imam”, kata Syeikh Syamsuddin Al-Wali.



Bila awak baca, apa yang awak rasa?
Adakah kita macam pun macam ni jugak sejak kita akil baligh beberapa tahun yang lepas? Jangankan nak solat sunat tahajud tektiap malam. Nak solat di awal waktu pun cukup susah. Solat sunat rawatib tu lagilah -,- Oh yang ini merujuk kepada diri sendiri sebenaqnya.


Sultan Muhammad Al-Fateh dapat Konstantinopel sewaktu dia berusia 20+++ tahun. Saya sekarang 19 tahun. Tapi rasanya diri ini, banyak main-main, masih nak buat dosa, tak reti-reti nak belajar dari kesilapan lalu. Haish. Terasa rugi kau tahu?

Terasa sangat rugi beberapa tahun lepas akil baligh sehinggalah sekarang, terasa macam waktu muda yang ada tu tak digunakan dengan sehabis baik. Tak digunakan untuk memperbaiki diri sendiri, so that bila besaq besaq macam sekarang ni taklah rasa kesal yang teramat sangat lepas baca novel yg macam ni.

Ok memang lah sekarang pun taklah tua lagi. Baru 19 kan, bukan 71 pun. Tapi kita sendiri pun tak tahu, bila nya kita ni dipanggil pergi mengadap Dia. Dah cukup eh bekalan dari atas dunia ni?






Bila difikirkan balik, time umur 13, 14, 15 tahun dulu, ada banyak masa nak compare dengan sekarang untuk buat macam-macam benda untuk diri sendiri. Ada banyak masa nak betulkan diri sendiri. Ada banyak masa untuk duduk sorang-sorang, pegang Al-Quran dan baca sebanyak mungkin page yg ada. Ada banyak masa untuk solat sunat rawatib mahupun tahajud. Sebab time tu saya duduk asrama.

Ya, bila umur umur macam ni baru nak menyesal kan. Tak gunakan kesempatan yang ada dengan habis baik. Guna, tapi bukan sepenuhnya. Sekarang susah tau. Nanti makin besar makin susah tau. Nanti makin besar makin sibuk, makin umur bertambah makin banyak tanggungjawab. Dan masa akan bergerak makin cepat, tuptup dah malam. Langsung tak sempat buat apa apa, balik rumah dah letih, then terus tidur.

Rasa rugi sangat, sebab 7 tahun yang lalu, saya tak ambil berat dengan semua ni. Saya tak gunakan masa muda saya sebaik mungkin T____T saya tiba-tiba rasa umur 19 ni dah tersangat tua dan saya seriously tak manfaatkan peluang peluang yg saya pernah dapat dulu. Kecewa dengan diri sendiri. Wuwuwu.

Tapi, untuk 10 tahun yang akan datang, saya taknak saya rasa macam ni sekali lagi. Cukuplah menyesal sekali. Taknak sia-siakan masa muda yang saya ada sekarang. Sekurang-kurangnya kita masih berpeluang bangun setiap pagi dan cuba menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.






#Oh panjang eh aku bising bising hari ni? Okaylah ganti seminggu punya hapdet, Hee.


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

48 comments:

acheeqa farhana said...

ajal datang tak kira tua atau muda..

so, skrg ni sediakan la bekalan utk hari kat sne nti kan :)

faiz fakhirin said...

sama2 lah kita doakan supaya dapat memperbetulkan diri semasa ke semasa

cIk JanNah said...

nice sharing dear.
jannah pon kalau direnung kembali zaman muda2 dulu terasa ruginya. sekarang nie sedaya upaya tingkatkan amalan . insyaallah

Princess Nusy said...

moge kite sume dpt berubah menjadi yg lbih baik..InsyaAllah..=)

MiMiEy :) said...

erm, nice entry akk

mimi ni pon selalu leka pasal solat.
terasa sangat . arggh

O CIKTEDDY said...

awk x buat bsing pon la..sungguh sy sentap dgn entri ni..trase bnyk mase dhabiskan tuk dunia..pasni,same2 la kite perbaiki diri ok? insyaAllah =)

aLyA_syGS said...

pernah dgr crita tu... T.T

Terbang Bersamaku said...

nice entry...& nice sharing~(^___^)

~solat tiang agama, jgn tinggalkan solat kerana hal-hal dunia, kerana satu hari nanti kita juga akan meninggalkan dunia ini~

sy juga sdang berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan diri...

ILA HonEyBuNNy said...

ok terasa...;(

dulu masa belasan tahun banyak masa terluang..skrg banyak terlalai...

mahu baiki dri sndri juga...Ya Allah...

kim heeruul said...

insaf insaf..

Woofer Storm said...

maseh ye atas perkongsian..sentap ,sbb sy ni pun memang jahat banyak sangat buat dosa ni.e.rmmm

Mr.Clive said...

slalu pikir hari kita mati akan tiba lamaaa lagi,pasal tu lah leka...

Juliet_iRa~" said...

akk setuju,,,

akk pon terasa..sob3...

Leeya Hezlin said...

terasa rugi dan berfikir,kenapa orang lain boleh buat dan kita tak boleh..

semoga semuanya boleh berubah..
sebab amalan sehingga ke hari ini masih lagi tak cukup..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

astaghrfullah, bila diingatkn balik, begitu banyak solat kita tinggalkan.. alagkah ruginya kan? solat tak mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan tapi begitu susah untuk dilakukan ornag macam kita ni..

zuan slalu tolak bila dioffer jadi imam oleh kawan-kawan, sebab tau diri ni masih tak cukup kuat, tak cukup bersedia untuk jadi imam

HeNRieTTa JoSe said...

Btl...diri rietta pown byk sgt kelemahanya...rietta nk menambahkan kesempurnaan pada diri nie...

~SaL IjOu~ said...

19 tahun..kamu masih muda..bagus amek serius perkara mcm ni seawal ni..cuma bila da start kerja nnt, sgt byk faktor mempengaruhi dlm kita meniti hari..dugaan menguji keimanan dtg dari pelbagai sudut..bina benteng sekukuhnya dari sekarang..bila tiba saatnya kita berenang dlm lautan dunia sebenar..ia x seperti apa yg kita harapkan..~ sama2 panjatkan doa agar Allah sentiasa tetapkan iman kita semua~ =)

asfira aminuddin said...

betul babe. solat tiang agama. skarang pon ajal maut tak mengira usia. sebaiknya lakukan apa yang wajib. :)

missSenget said...

owh..

tak rasa ready lg nak mati.. huhuhu...

nazirah said...

ya Allah sis pn rasa menyesal bila baca sume ni ya Allah menyesal sbb dah sia2 kan masa sebelum ni .. ya allah sis nak gunakan waktu yg akan datang ni sebaik mungkn tanx dear muhasabah diri ni ;)

Ckin Kembaq said...

Allah..kena muhasabah diri lagi ni... +_+

ABU said...

entry ni buat aku rasa macam diketuk ketuk jap..

batula la kadng solat fardu pun macam main celup ja.. nikan nak buat solat sunat yg lain..

btw, nice entry..thanks sbb jadi kwn yg bagus..:D

wah sya kena tag la.. tq :)

Zakaria's daughter said...

sentapp =')

insyaalah akan perbaiki setiap kelamahan

Norlida Ramli said...

erm..btl tu..bila fikir blk mmg terasa st menyesal sbb dlu msa kecik2 xde wat sume tu..sis pun dok asrama dlu..so mmg ada masa la kalo nk buat semua tu kn...

tp xpe..skrg ni dh sdr..so kna la rjn buat semua tu..nnt dh jadi kebiasaan..so mst dh ok nnt :)

Cikgu Ma said...

sama2 perbaiki diri...

zOeY zAu YaH said...

sama2 berusaha yg jd hambba allah yg tunaikan kewajipan lbh baik dari sebelum2 ini =)

kiwi said...

subhanallah kagum bila baca cerita ni..sush nk cari pemerintah mcm ni..zmn kita skrg tgk la pemerintah kita..hmm..pape pon doakan yang terbaik untuk seluruh org islam :')

Mr.Clive said...

masa masih ada.tapi jgn ingat masa itu unlimited smpai kite tangguh tangguh nak berubah...

eh,"sapa comment die comel?" jadi saya comel la ni...kehkehkehh

syakey said...

takpa, kita tak boleh nak solat secara perfect terus kan, apatah lagi sengan solat sunat semua.

tapi mulalah dengan sikit demi sedikit. kukuhkan solat awal wktu dahulu, lepastu kusyukkan solat,hadirkan diri dan hati dalam solat, insyaAllah, nanti solat sunat pon dipermudahkan.

macam ustaz don cakap, dalam islam, tiada yang terlambat. takpa kita mula lewat, Allah kan Maha Pengasih n Pemaaf. :)

ps: heee, tq, ada pulak mention nama kak syakey ;)

Hans said...

yups betul tu
walaupun ramai tahu salah dan berdosa tapi tetap juga melengah2 atau meninggalkannya

yuyune said...

tengs for sharing :D
menambah kn ag ilmu pngathuan tntg islam :D

onie said...

kan..akak pon selalu terfikir macam tu, menyesal je dengan keadaan kita selepas akil baligh beberapa tahun lepas,rasa macam diri ni sangat kurang bekalan untuk di hari akhirat nanti....

misskonspirasi said...

terasa gak misskonspirasi huhu sama lak umo kiter ngeh ngeh.. skunk nak insaf la.. tamo tinggal 2 solat hihi.. kekadang tak sedaq dah lepas solat terlalu leka dgn dunia.. Astagfirullah..

A retarded kitty said...

malu *tutup muka

CekbOlat-bOlat said...

nsihat yg baik.. (^^<) kkdg kita terleka dgn urusan dunia..

laskar pelangi said...

ajal mmg tak kira usia.tak kira waktu.semoga kita semua mati dalam keadaan yg beriman.amin~~

Juliet_iRa~" said...

ehem2..:)

selamat malam dear...

semutsengal said...

um,

kadang kadang kita gerun bila bercerita pasal ajal, tapi 10minit lepas tu perasaan gerun tu tah ada lagi tah tidak.


huhuhuhuhuhu

zulhilmi tempoyak said...

jgn kata rawatip ngan tahajud..

solat 5 waktu pon sy ad tggl..

rendahnya rs diri ni.. kat mn la tmpt kita.. huhu

Mishter Izwän said...

insaf sebelum terlambat, skrng dunia akhir zaman. tkut tak sempat jerk

Yatie Musa said...

betul. bnyk mase dgunakan dgn sia-sia. sobsss. bnyk menda perlu nk perbaiki diri ni.

lisa said...

nak seribu daya, taknak seribu dalih. kalau lisa tetiba malas nak buat ibadah ke apa, mesti fikir pepatah ni :) serius takut bila fikir psl kematian :(

RealNS said...

adehh --' solat sunat rawatib takyah cakap la , solat tahajud pun . solat lima waktu pun kadnag2 lambat . huu . hopefully kita dipermudahkan untuk melakukan ibadah spt para tabiin :)) amin ~~

aimie amalina said...

huuuuu
terkesan dihatiiii

maseh syg :)


hikhik2..malu plak name kene mention..ne de..tulis merapu je tu ana..hehehehee

fany wany said...

betul lah tu. Nak solat awal waktu pun susah T_T

♥e'in♥ said...

nice sharing dik.. :')

zulhilmi tempoyak said...

:'(

manusian macam saya selalu lupa n alpa..

huhu...

acheeqa farhana said...

entry yang mengisafkan kan..sy sdri pon terasa byk sgt main-main dizaman muda sy ni..apepon, smoga kita sume dibawa kejalan y benar oleh yang maha esa :)

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.