Wednesday, September 28, 2011

Syukur.



Kalau budak tu boleh go on hidup, kenapa kita tidak? *peringatan untuk diri sendiri :'(



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, September 25, 2011

Miangkam.

Assalamualaikum :) hari Jumaat tu kat sekolah kannnnn, saya dan dua orang lagi kawan singgah ke bilik guru kejap. waktu kolokium tu sepatutnya dah boleh rehat taw. dah pukul 10 pagi pun, perut aii dok berkecorong*berkeroncong dah. tapi takpa la. belajaq punya pasai, tunggu pi la lama sikit -.- 


ok konon pergi bilik guru tu nak tanya something la kat cikgu pasal kajian tu. atas meja cikgu tu ada satu bekas besaaaarr, ada la makanan. tapi saya taktau menatang apa, jadi ku diamkan sahaje. lagipun nampak macam sayur ulam segala bagai dengan daun kadok nya. heh tak berminat tak berminat. kot la kek coklat ke ye dakk.



ha lebih kurang macam ni la bekas yang cikgu bawak tu. tapi opkoss la yang ni saya google sahaje, impossible nak usung kamera 24 jam dalam kawasan sekolah. heh banyaknye hijauu. tapi ada jugak la yang berminat. tetiba aje si Nuraini ni tanya cikgu tu menatang apa. 

"ni nama dia Miangkam. kamu nak rasa ka?"

miang what? aku memang slow sikit. tapi belum sempat kami bagi jawapan cikgu dengan ekspress rakyatnya dah capai satu daun kadok tu dan dilipat gulung pastu ditambah tambah lagi dengan segala nyok goreng, halia, bawang merah, udang kering, limau nipis dengan kulit kulit sekali dan entah apa lagi la lepas tu.  oh part last sekali paling tak tahan, "kamu tahan pedas tak?" ye saya angguk. haa lebih kurang macam ni la rupanya lepas disumbat segala-gala bahan tadi.



"haa nah sapa nak rasa?"

eh cikgu buat untuk aku ka? wow. memang cikgu tanya sapa nak, tapi tangan tu dah sua bagi kat saya derr. 

"cubalah makan, rugi tak rasa"

ye ke rugi ni? tapi satu bilik guru dah tengok saya. almaklumlah semua orang duduk dan kami tiga orang aja yang berdiri pun. ok cuba try test laa dulu. bila lagi nak merasa menda baru ye dakk. elok aje menda ni masuk dalam mulut, serius mata semua orang nak tunggu reaksi aku taw. Heh, makin kunyah makin rasa macam macam ni. arrgghhhhhhhh aku tak suka haliaaaaaaaaaa!!

"ha amacam, sedap tak?"

serius satu bilik guru tunggu jawapan. classmate saya ada lima orang kat situ *tiba-tiba aje kan tadi tadak pom. tumpang gelak aje kan korangggggg. hanya mampu thumbs up. Hohoo. mata berair. menahan pedas. Eleh konon tahan pedas kan. 


ok la, pengalaman pertama. orang Jitra saja, tapi tak penah makan lagi menatang ni. Terima kasih cikgu.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, September 22, 2011

Ohh Saya Lupaaaaaa.

Assalamualaikum :) heh over aje ai kan tak hupdate sampai seminggu lebih. dah seminggu lebih jugak tak singgah blog orang lain. dan actually dah seminggu jugak saya tak larat duduk pun mengadap komputer. 



dan sebenarnya, kalau diikutkan jugak rasa sakit tu, sampai bila-bila pun saya takkan ke mana-mana. kalau diikutkan sangat perasaan tu, sampai tua pun saya takkan boleh bangun. kalau diikutkan sangat rasa penat tu, maybe saya dah give up dan berhenti sekarang. 


tapi saya lupa. saya tak sorang-sorang dalam dunia ni. bila baca kisah orang lain, barulah rasa terpukul lebih sikit. ramai lagi orang dengan lagi banyak dugaan dalam hidup dorang. lagi banyak Allah duga daripada dugaan yang ada pada diri sendiri. tapi semua orang kuat lagi. kenapa saya tak boleh derr.


saya lupa, ada lagi orang yang lagi hebat di duga. bukan saya saja. padahal nikmat yang dok ada sekarang ni pun dah cukup melimpah ruah dah. dah lebih daripada cukup dah :) Alhamdulillah.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit  ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' - Ayat 155

cuma sekarang, kena berusaha habiskan lukisan yang satu tu. lukisan yang tak nampak rupa lagi tu, heee. lukisan yang entah laa tafsirkan amenda tu. tangan sakit bukan halangan ye untuk siapkan lukisan yang entah nak jadi apa tu. heh bila nak siap nehhhhhh -.-"


sekarang enough bahagia hidup dengan berus dan warna walaupun tangan susah nak bertahan dengan ketinggian kanvas cinonet tu :)


p/s : heh asyik lupa saja, macamana nak exam ni -.-"


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, September 11, 2011

Something, which is Everything.



muda sangat , tapi dah sampai 80 degree. 
lepas satu problem, mai problem lain lagi.
tapi finally, operation berjaya jugak :)
seronoknya dia. Alhamdulillah, at least kurang sikit sakit tu. moga dia terus sihat. moga dia happy macam kawan kawan yang lain. moga Allah mudahkan urusan dia faced hari-hari yang akan datang :)
dan moga Scolis' yg lain pun terus tabah hadapi semua ni.
dan kepada anda anda yang bakal berada dalam surgery room tahun ni, all the best. saya doakan yang terbaik :') insyaAllah.



dan moga saya pun boleh terbang jauh lepas ni. moga saya pun bebas dari rasa sakit ni. insyaAllah. Have faith in Him.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, September 8, 2011

Jadi diri sendiri.



30 Days Challenge ni orang amek 30 days aje nak bagi sudah aku redah 3 4 bulan pun tak habeh habeh lagi ish ish ishhh . oleh itu , kita teruskan dengan Day 5 punya challenge.



Day 5 – What makes you different from everyone else?


heh. amenda nehhhhh -.-" 


ok mai nak habaq. dari kecik kecik dulu lagi, saya memang tak suka kalau ada sama apa2 pun dengan orang lain. heh, jelez maybe. kadang2 benda kecik pun tak syiok kalau sama dengan orang lain. jadi mama cakap kalau nak semua lain dari orang buat la sendiri. Hohooo. opkoss lain dari yang lain. yang penting jangan buat benda tak elok.


bila difikirkan balik, apa lah sangat yang berbeza dengan orang lain tu. macam sama aje dengan orang lain. heee. tapi ada laa satu dua.


saya suka macam-macam. terlalu universal. Hahaha. 
concoh paling ketara. dalam playlist saya, lagu-lagu dan penyanyi dengan macam-macam genre boleh bersatu. 

My Chemical Romance, Melastik Bintang, Inteam, TVXQ, Muse, Greenday, Yuna, Raihan, Bliz, Radja, Tokyo Hotel, Bruno Mars, Maher Zain, We the Kings, Vegetoz dan lain lain.. tak larat list doe -.-"oh lupa, Muhammad Taha AlJunaid*walaupun beliau bukan penyanyi.

dihimpunkan semuanya sekali, dok ada beratus-ratus lagu peberet. gila betui. jadi kita balancekan dengan surah-surah peberet jugak. takkan sampai mati nak usung lagu Finger Eleven dalam otak? tadak maknanya. takleh tolong pun dalam kubur nanti.


tu baru tengok lagu. cer kalo tanya kartun feveret aku. sorry, tak tengok ye otomen otomen nehh. kita layan Dragon Ball aje. oldskool ea? lantak la. dalam playlist saya pun ada lagu Dan Dan Kokoro Hikareteku. siap pasang kuat kuat lagi kalau mood tengah down,Huehuehue.


dan saya sukaaaaaaaaaaa sangat melukis. walaupun tak reti. walaupun tak terer. walaupun tak lawa. walaupun tak cantik. walaupun teknik yang baru saya belajar tiga bulan lalu masih tunggang langgang. tapi tak kesah la. saya buat dengan hati. setiap calit warna dan setiap garisan yang ada actually ada untold story disebaliknya :)  walaupun saya tak reti buat doodle yang semua orang terer tuuu, Hee. boleh ke macam tu?




menulis? pun tak cukup hebat. cuma selalunya apa yang keluar dalam blog ni cuma semua yang mulut susah nak sebut dan cerita. semuanya main aci redah aje. tadak plan plan. saya tulis untuk express. bukan nak impress. tak heran pun traffik jem ka tak, blog ni hodoh ka simple ka. yang penting, benda yang tak boleh simpan sorang sorang kena tauk ke dalam blog jugak. 


saya cuma nak belajar, nak try segala galanya yang nampak best. tapi tak semua benda kita mampu buat. reti tak reti, pro tak pro tu lain cerita derr. mana ada orang perfect kan dalam dunia ni. Hahaa. cuma rasa nak try benda benda baru tu membuak buak macam saya eksaited dapat coklat cadbury yang gedabak daripada seseorang*eh ada kena mengena ea? -.-" 



tengok orang naik kuda, macam nak try jugak. tengok orang buat bungee jump, ewww cam best aje. tengok orang berkayak, wahhhh nak main air jugak. tengok orang main bola jaring, best, nak shoot jugakkkk. tengok orang main bola baling, terasa macam nak terbang jugak shoot bola. tengok budak-budak kawad kaki kemas tersusun teratur sampai peringkat kebangsaan, teringin jugakkkkk. 

tapi saya tak boleh buat semua tu. mampu duduk tepi longkang aje tengok kawan-kawan main bila naik tingkatan 1 :') *perbezaan paling ketara dengan orang lain.



"If I accept the sunshine and warmth, then I must also accept the thunder and lightning." -Kahlil Gibran

dan perbezaan paling paling paling terang lagi bersuluh. cap jari aii tak sama dengan sesiapa pun ya. harap maklum.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, September 7, 2011

Hancur berulang kali.


dalam kelas Geografi Isnin hari tu, cikgu ajar tentang luluhawa. saya terpaku sekejap bila dengar cikgu cakap "bila proses ni berlaku berulang kali, batuan akan retak sedikit demi sedikit, dan akhirnya pecah meninggalkan batuan asal".


bukan terpaku sebab apa pun. saja mengada-ngada. HIHIHI. tapi sebenarnya, dalam minda waktu tu, terlintas satu ayat yang lebih kurang dengan apa yang cikgu cakap tu.


"Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali-kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja... bagi yang mencari cinta Allah, bersedialah menerima hakikat ini". -Abd Qadir Ajlani.


eh ada kena mengena ea ? tiba tiba terlintas. mungkin sebab keyword yang sama. berkali-kali. berulang kali. hancur. pecah. retak. semuanya lebih kurang aje. 


berilah aku kekuatan ya Allah :'(



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.