Sunday, December 25, 2011

Mengingati Mati.

Cik Teh dah mati :'(  Bangun pagi kemarin tengok adik saya yang bongsu tu dah dok menangis tepi cik Teh tu. Dia memang rajin melayan menatang dua ekoq nie. Takpe la, kalau hidups dok sakit-sakit pun kesian jugak dia menderita kann. tapi teruk betul adik adik aku tu menangis -,-


Tapi bila cakap mati mati ni, buat saya sendiri terfikir, banyak jugak fikirnya. Teringat dengan Contengan Jalanan. Banyak sentuh soal mati. Sampai boleh buat orang terfikir, untuk apa kita hidup atas dunia ni. Untuk apa saya bernafas selama bertahun-tahun ni? Pernah give up sebab rasa macam dah tak ada jalan keluar, dan rasa tak ada sesiapa pun faham apa rasanya jadi seorang Fathiah Raihana dua tiga tahun yang lalu. Tapi untuk apa saya teruskan hidup? 




Aiseh, arnab mati saja pun aku boleh pikiaq sampai macam ni -,- see, nampak sangat kuat berangannn. Hahahaaa. Cik Arnab tak payah pikiaq banyak macam manusia, takpa. Lagipun dia mati, esok lusa sure abah cari lain punya sebab taknak bagi cik Tam dok sensorang. Babai cik Teh. Kami janji tak lupa kat awak. Sorry kakak selalu marah marah ye -,-



Tapi kan, korang nak tau tak, hidup yang singkat ni akan lebih bermakna kalau kita faham dengan beberapa benda penting ni. 


TUJUAN hidup = hanya mencari redha Allah S.W.T (98:5)
{Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankkan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)}


PERANAN hidup = sebagai Khalifah (2:30)
{Dan (ingatlah)ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucian nama-Mu?" Did berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."



TUGAS hidup = MENGABDI kepada Allah (51:56)
{Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku}


PEDOMAN hidup = Al-Quran (2:2)
{Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa}


TELADAN hidup = Nabi MUHAMMAD (33:21)
{Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.}


SAHABAT hidup = orang-orang beriman (49:10)
{Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.}


ALAT hidup = Harta, takhta & semua potensi (28:77)
{Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.}


MUSUH hidup = Syaitan (36:60)
{Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.}
{credit}


Saya ada banyak lagi benda nak buat atas dunia ni. Banyak lagi benda nak belajar. Banyak lagi kelemahan yang nak diperbaiki. Banyak lagi benda nak dibetulkan, sebelum tinggalkan dunia ni :'(






Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, December 22, 2011

Cik Bunny.


Mama cerita, dulu kecik-kecik kan, saya suka jalan heret patung bunny. Mungkin menatang tu dianggap sama comel dengan diri sendiri, jadi boleh la buat kawan, hee.




Dan, waktu saya berkawan baik dengan cik bunny tu, saya pernah jatuh tangga kat rumah tok. Biasa la, kalau rumah kampung lama-lama ni tangga dia bukan tangga biasa. Curam, tinggi, berlubang-lubang, sampaikan nak rabat naik ke atas pun kena merangkak pegang anak tangga. Gayattt -,-


Tapi belah nak turun tu penuh keyakinan. Tak payah duduk dan merangkak satu per satu pun takpa, asalkan cepat aje sampai bawah nak capai aiskrim. Jadi, tengah syok syok turun tangga tu step by step, sungguh la malang tak berbau, lagi 4 5 anak tangga sebelum sampai ke bawah tu, saya tersilap langkah.


Ya, opkoss la saya jatuh guling-guling sampai ke bawah T_________T
Mama, tok, MakLang, Mak Ndak, Paksu semua cepat-cepat terpa mai usap-usap kot kot sakit kat mana mana. Biasalah, cucu sulung keluarga tu, hee semua orang caring dengan kite laa dah takde orang lain yang lagi comel dan mengada-ngada macam ni.


Ma tanya, sakit kat mana ni? Mai nak buh ubattt.
Saya hanya menjawab, "buh la ubat kat bunny duluu, kesian dia sakitttttttt T_____T"


Hewhew :3 rasa lawak pulak bila teringat cerita ni. Err saya memang la tak ingat pun apa yg terjadi waktu tu. Yang ni berdasarkan cerita mama dengan mak-mak sedara yang lain, hee.


Tapi sekarang orang dah ada bunny sendiri lerr. Dua ekor pulak tuuuuu. Babai cik bunny zaman silamkuu. Taktau dah anda di mana sekarang. Semoga berbahagia dengan kawan baru, hek3 *patung tu mai cari aku malam ni mampus -,-



Ni Cik Tam.

Ni Cik Teh.



Cik Teh comel lagi time ni. Sekarang dia sakit T_____T abah bawak pergi jumpa dokter hari ni. Harap-harap Cik Teh cepat sembuh. sedih tengok dia dua tiga hari ni, kurus, dah tak gebuu :'(





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, December 21, 2011

Sakit: Kafarah Dosa :)

Assalamualaikum :> Hari ni nak buat entry memujuk diri, so that esok lusa tak merungut sangat kenapa kenapa dan kenapa. Kadang-kadang bila dah jadi sesuatu tu, kita tak sengaja 'ter'merungut jugak walaupun satu dua ayat. Lupa kejap, apa yang kita dapat ni Allah yang bagi. Jadi mestilah ada something disebaliknya.Takkan lah jadi saja-saja tadak pasai kan :)


Hari tuu la saya terbaca tentang sakit. Sakit : Kafarah Dosa.

Dalam sebuah buku yang berjudul ‘Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat’ dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.
Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirehat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan material tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesihatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.
Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirehat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.
Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.
Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.
Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari tulang dan darah yang dibungkus kulit.
Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyesalan.
Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadith diterangkan: “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan  hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih)
Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.
Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusaia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap.




See, tak semuanya rasa sakit tu tadak nilai, sampai kita rasa benci pulak asyik-asyik sakit. Kemungkinan rasa sakit tu, insyaAllah ada kebaikan pada kita, cuma kita sendiri tak nampak lagi kebaikan tu :)  Kan semua yang jadi, semua yang Allah bagi, mesti ada reason disebaliknya :)


{Run through the rain. Dance through the pain}


At least bila kita rasa sakit, kita fikir balik banyak-banyak, bestnyaa hidup jadi orang sihat. Ya, kita makin hargai nikmat sihat tu. Nikmat sihat hanya boleh diukur oleh orang yang sedang sakit taww. Biasa lah manusia, benda yang ada memang tak reti appreciate. Tapi bila dah hilang, baru sedar betapa ruginyaa kita.


Hmm, ok terubat dah hati sendiri. Moga saya kuat. Moga rasa ni hilang. Mogaa Dia bantu saya jalani hari-hari yang akan datang :')  Hmmm kena cari suami dokter kottttt, heee.







Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Monday, December 19, 2011

Lagi Sweet dan Comel Drpd Hari tu punya Video :>

MissSenget cakap saya tipu sebab tak hapdet hari Sabtuuuu, Hee. Sorry lah Cik Senget, kite busy diluar kawalan, hik3 :> Yelaaaa kadang-kadang orang pun senget jugakk :P tak menang tangan nak buat semua benda. kang ada banyak tangan, nampak macam Errr patung dekat tokong. takmau la. susah cari baju.


Semalam dok ushaa usha timeline twitter, Hmmm terperasan ramai yang sebut tentang video DenaBahrin. Korang kenal tak dia ni? Saya pun baru kenal tadi. Comel, hihihi. Ingatkan video apa la, macam sedih sangat aje reaksi semua orang gamaknya. Tapi bila sendiri tengok, Ehemm meleleh jugak laa sikit :'>


Nah, korang tengok la sendiri.




Tadak kerja kan cerita pasal benda benda ni. Hari tu dah cerita dah sekali. Dah letak dah sekali benda sespesis ni kat ENTRY ni. Nampak sangat teringin, Hek3. Tapi she's so lucky :>  Syok tengok. Semoga korang berdua bahagia ye. DenaBahrin ni cakap, dia actually buat vid ni untuk seprisekan inchek tunang aje. tapi sungguh tak sangka laju betul benda ni tersebar :)


Hmmm. Sungguh teringin nehhhh. Tahun depan dah 19 tahun. Cepat laa sapa sapaa propose sayaaaaaa :P
Err mama tak baca kot blog aku ni -,-
Tapi harap orang tu baca :> Ok, berangan.





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, December 16, 2011

Ok Elok Sangat laaa Buat Perangai Macam tu kannn :P

Assalamualaikum :) Arghhh sekali lagi saya buat perangai, dekat sebulan biarkan blog ni sepi, sekali lagi. kerap sangat kan tahun ni, saya buat macam ni. Saya tahu, bukan ada sangat yang nak merindu pun kalau saya berdiam diri, hee.  Saya kan insan biasa sahaja. Tapi saya masih berterima kasih kepada awak-awak yang masih rajin singgah di blog buruk yang satu ni, hee :)


Saya bukannya malas menulis. Cuma saya kadang-kadang rasa nak lari daripada sesuatu dan pergi mencuba sesuatu yang baru. Ok, takde lah baru sangat pun sampai tiba-tiba buang tebiat nak panjat GunungKinabalu atau berenang merentasi benua. Cuma saya perlukan masa untuk mengisi kekosongan dalam jiwa. Hihii. Ayat macam pakcik makcik pulak bila dah lama tak menulis ni :|


Terima kasih korang, masih sudi singgah sini. masih sudi baca celoteh budak kepala senget ni. masih sudi komeng padahal korang pun tak paham kan amenda budak mereng ni tulis. Hee. Eh agak-agak orang macam saya ni boleh jadi normal tak ye? Mental bermasalah betul, ish ish ishh.


insyaAllah, esok saya update lagi. Ghindu sebenaqnya nak bercerita lagi. dan lagi ghindu nak blogwalking :>







Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, November 17, 2011

Spontaneous Thursday #1 : Comel comel comel Gilaaaa.




Comelnya dua dua orang nieee, Hihihi. Malu malu pulakkk. Kalau si perempuan yang segan, tak lah pelik sangat. Ni si lelaki pun sama segan aje XD Tapi yang perempuan tu nampak sangat sweet dengan tudung labuhnya =)


Macam ni eh gaya kalau kahwin dulu baru bercinta ? Segan tahap kelas pertama dua duaa , Haha.






p/s : First time buat Spontaneous Thursday, hee. spontan sangat tak tetiba rasa nak kahwin ? ('_')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, November 16, 2011

Dia Ada, Always :)




"Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kita kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran dan keteguhan dalam perjuangan. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan ? :')"


Dan sudah tentu, Dia sentiasa ada dengan kita, walau apa pun yang terjadi.


Bila kita ketuk, Dia bukakan pintu.
Bila kita meminta, Dia lah yang memberi.
Bila kita berdosa, Dia lah yang menguji.
Bila kita minta ampun, Dia beri kemaafan.
Dan bila kita menangis, hanya Dia yang mendengar segala galanya.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" - ArRahman.


Dia sentiasa ada dengan kita. cuma kadang kadang kita yang leka, lalai dengan perkara yang tak sepatutnya. Tapi Dia sentiasa ada, mengetuk pintu hati kita, mengingatkan kita berulang kali supaya kembali dekat padaNya. Hlovate cakap bila Allah dah ketuk pintu hati, kita kena manfaatkan betul betul. Jangan sampai nanti Dia merajuk taknak ketuk pintu hati kita lagi :) insyaAllah.





Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, November 10, 2011

Terlebih Gulaa dalam Senyum Hari ni.

Assalamualaikum! ^___^
Rasa macam nak melompat-lompat tinggi tinggi aje hari ni. Tapi disebabkan saya masih dalam proses mencuba menjadi gadis ayu , jadi dilupakan sahaje niat nak lompat lompat bagai tuu. Hee. cerita forum semalam pun belum ditaip habis lagi, dah dapat berita baik lagi hari ni, hee. Syukur Alhamdulillah :)


Hari ni result exam keluar, hee. Untuk benda yang first time, Hmm result saya boleh dikategorikan sebagai ok laa. Boleh la tahan kot. Pointer tak la tinggi sangat, tapi rasanya cukuplah untuk membuatkan mama dan abah bagi kereta sebijik untuk sayaaaa, Hahaha. Cakap macam la kereta tu boleh kaut dari poket Doraemon. Tapi sungguh, Alhamdulillah, lega dapat result macam ni dengan keadaan yang tak berapa kuat time exam tu :)


Dan untuk cerita program kemarin pulak, syukur Alhamdulillah jugak, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun mula mula majlis tu saya ada feel yang sangat lah menggerunkan bila cabut undi dapat tajuk yang sangat sangat tidak ku sangka, Pertanian ialah Perniagaan. Huuu. Cemerlang kan kitorang ? Tekun gila perah otakkkkk sebab masing masing bajet keluar tajuk under skop masyarakat. Dan sekolah lain memang dapat tajuk ala alaa kemasyarakatan gittewww -.-"



Ni konon konon kena kuarantin laa sebab menda ni spontan, cabut tajuk, bincang dan cakap. Heh tapi kuarantin pun bebas aje masing masing pakat bawak keluaq leptop ngan kitab jugak.




Sempat lagi posing padahal masing masing dok kecut perut penuh kupukupu terbang tuuuu sat lagi nak bercakap depan orang. Tiga orang disebelah kiri ni budak budak pidato :)



Dan opkosss saya dengan penuh berkalibernyaa berdiri di sebelah cahaya, konon ambek mood dan semangat sebelum naik ke pentas.. haii ada nampak macam angel takk? Heee >.<


Benda paling syok, untuk kami kami yang memang tadak pengalaman dalam berforum ni adelah, kitorang kumpulan PERTAMAAAAA yang dijemput naik ke atas pentas ye anak anakkkk. Heh, bertuah betui laa tangan sapa yang pi cabut undi giliran nihhh. Hmm tapi bila difikir fikirkan balik, bagus jugak jadi group pertama pun. Kalau tengok orang lain buat dulu, maybe bila sampai turn belakang belakang nanti aku gagap plak nak cakap -.-



Nampak kekok aje kannn saya di situ -.-" Rindu zaman bernasyid kat sekolah dulu la pulak bila saya pegang microfon tewww. Hahaha. nasib baik tak start dengan selawat berlagu bagai tuu.



Cehh takleh blahh la sempat lagi usha camera gituuu. Fokus lari terus. Almaklumlah, giliran orang lain yang bercakap, saya dah boleh menghembuskan nafas lega, Hihihi. Okey sebenaqnya mata time ni fokus pada juri juri dihadapan, sebab salah sorang juri tu adelah cikgu B.Melayu saya di SMKANT dulu, hihihi. Tadi sebelum naik pentas dah buat Jejak Kasih dengan cikgu sebab tak sangka cikgu jadi juri. Tapi tu la, mata ni alert betul dengan kehadiran camera.


Habis aje dengan ucapan salam daripada saudari pengerusi yang comel tu, turun turun pentas terus cari dan capai cikgu. Motif utama tu , kami cuma berharap yang cikgu puas hati dan bangga aje dengan kami. Kalau juri rasa kami ni tak cukup hebat nak menang, takpe lah sebab cikgu sendiri dah cakap ok. Hee. Tapi Alhamdulillah la, cikgu Solehah sendiri pun cakap dia yakin dengan kami, sebab memang okey sangat sangat performance tadi :)


Jadi, akhirnya, dekat dekat 2 petang macam tu orang dan mengantuk lapaq segala bagai, barulah keputusan diumumkan. Jeng jeng jenggggggggg.































Ok ke? Ok la kot untuk orang yang cakap tak terus macam saya, Hahaha. Alhamdulillah. thanks cikgu, sebab percaya dengan kami berempat =)

Dan terima kasih jugak kepada anda anda yang memberi sokongan kemarin! :)





p/s : Sabtu ni busy lagi -.- ingatkan dah habis .


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, November 8, 2011

Doakan Kami berjaya esok :)

Assalamualaikum :) Selamat Hari Raya AidilAdha. hee lambat sikit ye ucap >.<  
maaf kalau saya tak sempat blogwalking dua tiga hari ni , hee biasa lah bila dah jejak kampung yang penuh bendang terbentang luas ni memang lah susah sikit nak kaut internet. tapi bila dah jejak rumah sendiri balik pun, masih tak boleh blogwalking banyak banyak jugakkkk -.-


Tapi setakat esok aje lah nak busy pun. lepas aje esok, insyaAllah ada masa nak jenguk jenguk ke blog kakak abang dan adik adik sekalian, hee.


Malam ni pun sekadar short hupdate aje, sebab masih dalam persiapan terakhir menghadapi hari esok. Hek elehhh bukan la apa sangat pun. tapi saya aje yang gabra terlebih dos -,-  





Esok sekolah saya tuan rumah, Karnival Kokurikulum Pra-U. Drama macam best. Choral speaking pom macam ada gaya nak menang. Geng geng forum ni pulak entah lah nak jadi macamana esok -.- orang tadak pengalaman lagi tawwww . Hahaha . kecut perut wehhh . ok actually ada aje pengalaman sikit sikit sebab dulu pun dah pernah masuk pantun and debate . Tapi yang kali ni maybe seram sejuk lebih sikit sebab kami tuan rumah kot. Segan la kalau kalah kannnn -.-


Moga hari esok berjalan dengan lancar. moga hari esok saya tak rasa pelik pelik bila naik atas stage. moga hari esok judge judge semua muka baik baik belaka. moga hari esok kami dapat buat yang terbaik, untuk cikgu. Moga cikgu puas hati dengan kami berempat esok. saya taknak cikgu frust aje :'(


Doakan kami ye anda anda semua :')


Moga anak saya pom comel macam ni nanti . Hee . rinduuu Mat . Mat nanti kakak balik kita main lagi nahhhh .  Hmm, tadak kena mengena pun dengan esok hari , ish ish ish -.-" 

"Apabila hati kamu telah nekad, maka bertawakal lah kepada Allah (kerana) sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal" (3:159)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, November 3, 2011

Sapa tak pernah main menda ni ?


Kenai tak amenda nehh? Ala toksah bohong la tak penah mainnnn. Hihihi. tengok, asah otak lepas beberapa tahun tinggaikan menatang nih. huduh dak? tak dapat cari word untuk hurup Y pun -,-

bila pikiaq pikiaq balik, kecik kecik dulu kira hebat jugak laa pengetahuan tak la banyak mana sangat tapi lepas saja main menatang ni berkajang-kajang. Hohooo. 



Ni angah punya. sebab tu tulisan huduh sikit. Kakak punya lawa sikit, hikhikhik. Paling sakit hati main dengan dia sebab dia buleh letak Buah = Hati dan Binatang = Hulk . mangkuk betui. hish. tengok bawah tu. Buah = Tangan -,- bertuah punya adik. Benda = Benda . habih tadak idea lerr tu. Hahaa . 


Entahlaa pasai pa tiba tiba saja teringat menatang ni. tu tak kira main SOS lagi penuh kertas buku matematik kotak-kotak kecik tu. lepas tu BINGO pulak. buku kotak kotak matematik tu makin lama makin nipis sebab dok koyak amek bahagia tengah dia. Huehuehue.


Ni la kita dulu. budak budak sekarang mana reti main dah menda menda ni. Hahaha. cousin saya baru darjah satu dengan bangganya mintak iPad kat abah dia kalau dia dapat number 1 exam hujung tahun ni. Kalau dapat number 2 dapat playstation plakk. ish ish ish. entah-entah budak budak sekarang ni main jengket dan batu seremban pun dah tak reti -,-


tido dulu! Assalamualaikum :)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Tuesday, November 1, 2011

Semut semut semuttt.

Assalamualaikum :) sekadar short hupdate. nampaknya minggu ni pun busy dengan macam macam. ingatkan dah habis exam boleh la merdeka. tapi saya silap sama sekali -,-


Homework masih bertimbun-timbun seperti biasa, berkajang-kajang kena tulis sampai tak cukup dakwat pen. Eh awat tadak jamuan ea? bukan selalu sekolah-sekolah suka buat jamuan ka lepas exam hujung tahun? sekolah ni pelik la -,- sekolah dulu asal hujung tahun aje mesti bersusun-susun dalam jadual hari ni makan, esok makan, lusa makan, minggu depan makan, sampai lah cuti sekolah start, haa baru la rutin tersebut berhenti, err sekejap, Hee. Alaaa kalau busy dengan jamuan semua orang pun sanggup derr.


Dan yang paling best, saya tercampak ke dalam pasukan forum sekolah untuk Karnival Bahasa Pra-U blablablablaa amenda ntahh -,-  hari tu ada cikgu dah tanya, nak masuk pidato tak. Err pidato sorang sorang kan? taknak laa, kecut perut kot, Hahaa. dan teacher pulak tanya, nak masuk choral speaking takk. Wow, i like. tapi kite dah kene book untuk forum la teacher -.-" 


Heh konon short hupdate, banyak jugak dah tertulis nie, Hee. motif utama cuma nya nak berkongsi sesuatu ni.


comel. kecik sangat. tapi rajin. berdikari. 
kita? comel jugak. besar sangat. tapi kadang-kadang malas -,-
cuma eksaited nak kongsi sebab semalam baca surah An-Naml. seronok baca terjemahan. selesai dengan tafsir, tangan terus gapai buku kisah-kisah Nabi di rak. laju-laju selak cari kisah Nabi Sulaiman. Yes. ghindunyaa :') Err tapi kan, rasa berdosa pulak selalu marah-marah semut lalu lalang masuk dalam makanan. Maaf yerr semut -,-


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, October 30, 2011

Arghhhh Sebulan Kemudian..

Assalamualaikum :) Hohoo sebulan ye tak menjenguk ke sini. Sibuk dengan exam kononnya, hee. InsyaAllah minggu depan dapat la tu result. alaaa jadi budak form 6 ni berapa sangat laa subjek nak ada. cuti seminggu raya Deepavali mesti cikgu dah habis mark paper. tapi harap harap ujian pertama dalam f6 ni result saya tak la teruk sangat -,-


ghinduunye nak berceritaa. banyak sangat benda jadi, sampai tak tercerita di sini. heee. benda tektiap hari jadi. tapi nak spend masa hupdate blog ni laa yang masalahnye -.- konon sibuk aje memanjang kann. lepas satu benda, ada satu lagi menunggu.


Tapi actually diri sendiri pun tak mampu nak luahkan apa yang ada dalam hati. mungkin sebab tu jugak blog ni dibiarkan sepi. Sketchbook dalam tangan pun boleh ditauk jauh ke atas meja, bila diri sendiri pun tak pasti dengan apa yang akan terlakar. berperang dengan perasaan sendiri. sensorang. macam orang mereng kan?



Sesetengah perkara tu, kita tak tahu nak cerita pada siapa. Bukan semua benda boleh dikongsi. ada sesetengah perkara tu, kita diamkan sendiri, kita simpan dalam hati. Tapi kadang-kadang benda yang kita diamkan tu lah satu beban besar bagi kita. mungkin sebab kita sendiri pun tak tahu pada siapa kita boleh cerita semua tu.


Tapi lantaklahhh. setiap butir bicara yang tak terlafaz tu, yang tersimpan dalam hati tu, Allah pun tahu. boleh saja nak cerita padaNya. cuma kadang-kadang kita jadi segan dengan Dia. ish. ada gaya orang mereng kan? Told yaa -,-




well ni lah budak yang dah sebulan mereng tak tentu hala. tapi masih dengan jam dan pencil case pink nya. dan tetap dengan Sharpie kesayangan tu. aku suka Sharpie. senang nak conteng merata alam. especially meja dalam kelas.


Hm thanks korang yang masih sudi singgah walopun dah sebulan saya mendiam! :)
insyaAllah, saya tak hupdate tunggang langgang dah lepas ni. arghhhh moga saya tak sakit jiwa dah lepas ni -,-



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, September 28, 2011

Syukur.



Kalau budak tu boleh go on hidup, kenapa kita tidak? *peringatan untuk diri sendiri :'(



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, September 25, 2011

Miangkam.

Assalamualaikum :) hari Jumaat tu kat sekolah kannnnn, saya dan dua orang lagi kawan singgah ke bilik guru kejap. waktu kolokium tu sepatutnya dah boleh rehat taw. dah pukul 10 pagi pun, perut aii dok berkecorong*berkeroncong dah. tapi takpa la. belajaq punya pasai, tunggu pi la lama sikit -.- 


ok konon pergi bilik guru tu nak tanya something la kat cikgu pasal kajian tu. atas meja cikgu tu ada satu bekas besaaaarr, ada la makanan. tapi saya taktau menatang apa, jadi ku diamkan sahaje. lagipun nampak macam sayur ulam segala bagai dengan daun kadok nya. heh tak berminat tak berminat. kot la kek coklat ke ye dakk.



ha lebih kurang macam ni la bekas yang cikgu bawak tu. tapi opkoss la yang ni saya google sahaje, impossible nak usung kamera 24 jam dalam kawasan sekolah. heh banyaknye hijauu. tapi ada jugak la yang berminat. tetiba aje si Nuraini ni tanya cikgu tu menatang apa. 

"ni nama dia Miangkam. kamu nak rasa ka?"

miang what? aku memang slow sikit. tapi belum sempat kami bagi jawapan cikgu dengan ekspress rakyatnya dah capai satu daun kadok tu dan dilipat gulung pastu ditambah tambah lagi dengan segala nyok goreng, halia, bawang merah, udang kering, limau nipis dengan kulit kulit sekali dan entah apa lagi la lepas tu.  oh part last sekali paling tak tahan, "kamu tahan pedas tak?" ye saya angguk. haa lebih kurang macam ni la rupanya lepas disumbat segala-gala bahan tadi.



"haa nah sapa nak rasa?"

eh cikgu buat untuk aku ka? wow. memang cikgu tanya sapa nak, tapi tangan tu dah sua bagi kat saya derr. 

"cubalah makan, rugi tak rasa"

ye ke rugi ni? tapi satu bilik guru dah tengok saya. almaklumlah semua orang duduk dan kami tiga orang aja yang berdiri pun. ok cuba try test laa dulu. bila lagi nak merasa menda baru ye dakk. elok aje menda ni masuk dalam mulut, serius mata semua orang nak tunggu reaksi aku taw. Heh, makin kunyah makin rasa macam macam ni. arrgghhhhhhhh aku tak suka haliaaaaaaaaaa!!

"ha amacam, sedap tak?"

serius satu bilik guru tunggu jawapan. classmate saya ada lima orang kat situ *tiba-tiba aje kan tadi tadak pom. tumpang gelak aje kan korangggggg. hanya mampu thumbs up. Hohoo. mata berair. menahan pedas. Eleh konon tahan pedas kan. 


ok la, pengalaman pertama. orang Jitra saja, tapi tak penah makan lagi menatang ni. Terima kasih cikgu.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, September 22, 2011

Ohh Saya Lupaaaaaa.

Assalamualaikum :) heh over aje ai kan tak hupdate sampai seminggu lebih. dah seminggu lebih jugak tak singgah blog orang lain. dan actually dah seminggu jugak saya tak larat duduk pun mengadap komputer. 



dan sebenarnya, kalau diikutkan jugak rasa sakit tu, sampai bila-bila pun saya takkan ke mana-mana. kalau diikutkan sangat perasaan tu, sampai tua pun saya takkan boleh bangun. kalau diikutkan sangat rasa penat tu, maybe saya dah give up dan berhenti sekarang. 


tapi saya lupa. saya tak sorang-sorang dalam dunia ni. bila baca kisah orang lain, barulah rasa terpukul lebih sikit. ramai lagi orang dengan lagi banyak dugaan dalam hidup dorang. lagi banyak Allah duga daripada dugaan yang ada pada diri sendiri. tapi semua orang kuat lagi. kenapa saya tak boleh derr.


saya lupa, ada lagi orang yang lagi hebat di duga. bukan saya saja. padahal nikmat yang dok ada sekarang ni pun dah cukup melimpah ruah dah. dah lebih daripada cukup dah :) Alhamdulillah.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit  ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' - Ayat 155

cuma sekarang, kena berusaha habiskan lukisan yang satu tu. lukisan yang tak nampak rupa lagi tu, heee. lukisan yang entah laa tafsirkan amenda tu. tangan sakit bukan halangan ye untuk siapkan lukisan yang entah nak jadi apa tu. heh bila nak siap nehhhhhh -.-"


sekarang enough bahagia hidup dengan berus dan warna walaupun tangan susah nak bertahan dengan ketinggian kanvas cinonet tu :)


p/s : heh asyik lupa saja, macamana nak exam ni -.-"


Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, September 11, 2011

Something, which is Everything.



muda sangat , tapi dah sampai 80 degree. 
lepas satu problem, mai problem lain lagi.
tapi finally, operation berjaya jugak :)
seronoknya dia. Alhamdulillah, at least kurang sikit sakit tu. moga dia terus sihat. moga dia happy macam kawan kawan yang lain. moga Allah mudahkan urusan dia faced hari-hari yang akan datang :)
dan moga Scolis' yg lain pun terus tabah hadapi semua ni.
dan kepada anda anda yang bakal berada dalam surgery room tahun ni, all the best. saya doakan yang terbaik :') insyaAllah.



dan moga saya pun boleh terbang jauh lepas ni. moga saya pun bebas dari rasa sakit ni. insyaAllah. Have faith in Him.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, September 8, 2011

Jadi diri sendiri.



30 Days Challenge ni orang amek 30 days aje nak bagi sudah aku redah 3 4 bulan pun tak habeh habeh lagi ish ish ishhh . oleh itu , kita teruskan dengan Day 5 punya challenge.



Day 5 – What makes you different from everyone else?


heh. amenda nehhhhh -.-" 


ok mai nak habaq. dari kecik kecik dulu lagi, saya memang tak suka kalau ada sama apa2 pun dengan orang lain. heh, jelez maybe. kadang2 benda kecik pun tak syiok kalau sama dengan orang lain. jadi mama cakap kalau nak semua lain dari orang buat la sendiri. Hohooo. opkoss lain dari yang lain. yang penting jangan buat benda tak elok.


bila difikirkan balik, apa lah sangat yang berbeza dengan orang lain tu. macam sama aje dengan orang lain. heee. tapi ada laa satu dua.


saya suka macam-macam. terlalu universal. Hahaha. 
concoh paling ketara. dalam playlist saya, lagu-lagu dan penyanyi dengan macam-macam genre boleh bersatu. 

My Chemical Romance, Melastik Bintang, Inteam, TVXQ, Muse, Greenday, Yuna, Raihan, Bliz, Radja, Tokyo Hotel, Bruno Mars, Maher Zain, We the Kings, Vegetoz dan lain lain.. tak larat list doe -.-"oh lupa, Muhammad Taha AlJunaid*walaupun beliau bukan penyanyi.

dihimpunkan semuanya sekali, dok ada beratus-ratus lagu peberet. gila betui. jadi kita balancekan dengan surah-surah peberet jugak. takkan sampai mati nak usung lagu Finger Eleven dalam otak? tadak maknanya. takleh tolong pun dalam kubur nanti.


tu baru tengok lagu. cer kalo tanya kartun feveret aku. sorry, tak tengok ye otomen otomen nehh. kita layan Dragon Ball aje. oldskool ea? lantak la. dalam playlist saya pun ada lagu Dan Dan Kokoro Hikareteku. siap pasang kuat kuat lagi kalau mood tengah down,Huehuehue.


dan saya sukaaaaaaaaaaa sangat melukis. walaupun tak reti. walaupun tak terer. walaupun tak lawa. walaupun tak cantik. walaupun teknik yang baru saya belajar tiga bulan lalu masih tunggang langgang. tapi tak kesah la. saya buat dengan hati. setiap calit warna dan setiap garisan yang ada actually ada untold story disebaliknya :)  walaupun saya tak reti buat doodle yang semua orang terer tuuu, Hee. boleh ke macam tu?




menulis? pun tak cukup hebat. cuma selalunya apa yang keluar dalam blog ni cuma semua yang mulut susah nak sebut dan cerita. semuanya main aci redah aje. tadak plan plan. saya tulis untuk express. bukan nak impress. tak heran pun traffik jem ka tak, blog ni hodoh ka simple ka. yang penting, benda yang tak boleh simpan sorang sorang kena tauk ke dalam blog jugak. 


saya cuma nak belajar, nak try segala galanya yang nampak best. tapi tak semua benda kita mampu buat. reti tak reti, pro tak pro tu lain cerita derr. mana ada orang perfect kan dalam dunia ni. Hahaa. cuma rasa nak try benda benda baru tu membuak buak macam saya eksaited dapat coklat cadbury yang gedabak daripada seseorang*eh ada kena mengena ea? -.-" 



tengok orang naik kuda, macam nak try jugak. tengok orang buat bungee jump, ewww cam best aje. tengok orang berkayak, wahhhh nak main air jugak. tengok orang main bola jaring, best, nak shoot jugakkkk. tengok orang main bola baling, terasa macam nak terbang jugak shoot bola. tengok budak-budak kawad kaki kemas tersusun teratur sampai peringkat kebangsaan, teringin jugakkkkk. 

tapi saya tak boleh buat semua tu. mampu duduk tepi longkang aje tengok kawan-kawan main bila naik tingkatan 1 :') *perbezaan paling ketara dengan orang lain.



"If I accept the sunshine and warmth, then I must also accept the thunder and lightning." -Kahlil Gibran

dan perbezaan paling paling paling terang lagi bersuluh. cap jari aii tak sama dengan sesiapa pun ya. harap maklum.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Wednesday, September 7, 2011

Hancur berulang kali.


dalam kelas Geografi Isnin hari tu, cikgu ajar tentang luluhawa. saya terpaku sekejap bila dengar cikgu cakap "bila proses ni berlaku berulang kali, batuan akan retak sedikit demi sedikit, dan akhirnya pecah meninggalkan batuan asal".


bukan terpaku sebab apa pun. saja mengada-ngada. HIHIHI. tapi sebenarnya, dalam minda waktu tu, terlintas satu ayat yang lebih kurang dengan apa yang cikgu cakap tu.


"Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali-kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja... bagi yang mencari cinta Allah, bersedialah menerima hakikat ini". -Abd Qadir Ajlani.


eh ada kena mengena ea ? tiba tiba terlintas. mungkin sebab keyword yang sama. berkali-kali. berulang kali. hancur. pecah. retak. semuanya lebih kurang aje. 


berilah aku kekuatan ya Allah :'(



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Sunday, August 28, 2011

sebelum Raya.

lagu raya faveret saya .



jiwa dah sebati dengan lagu nasyid maybe . Hohooo . dan jiwa dah sebati dengan suara Raihan maybe . dah dari kecik dijamu dengan lagu-lagu Raihan. well , nama sendiri pun Raihana . memang sebati .


dulu dok asrama jarang tengok tv taww . sebab saya rasa dengan tengok tv tu dah ambek banyak masa yang memang tak cukup seharian kat sana. jadi saya tak pernah pun tengok Upin dan Ipin. langsung. tahun nie baru tengok . HIHI. tak sangka yang dorang ni comel sangattttttttttt . sumpah kiutt. zaman aku dulu ada Anak-anak Sidek aje, nak harap si Adul tu je la yang comel pun.


jadi sekarang, dah selamat sampai di kampung, Alhamdulillah :) adik beradik pun dah penuh rumah tok. semua dah pakat balik. cuma maksu saje tak sampai lagi, masih kat hospital baru lepas bersalin anak ketiga beliau :) raya dengan orang baru tahun ni, heeee. Alhamdulillah, dua-sua selamat.


Never blame a day in your life:¤ Good days give HAPPINESS¤ Bad days give EXPERIENCE¤ Worst days give LESSONS¤ And the best days give MEMORIESBe thankful to Allah SWT everyday and Always say Alhamdulilah :)


esok, dah set projek dengan mak-mak sedara saya dan sepupu-sepapat yang dok ada ni. esok kitorang projek besar, memerahkan jari. majoritinya anak-anak dara dalam rumah ni, lingkungan umur 1 ke 18 tahun*aku la tu -.- terasa sangat tuaaaaa , heh tak terasa tak terasa. sepupu sepupu lelaki ada 3 orang aje, tu pun kecik kecik tak baligh bersunat pun lagi.


dan esok jugak, pagi pagi buta saya dan mama hantar abah ke stesen bas. abah kerja :'( petang raya baru abah balik kampung semula . tektiap tahun pun macam ni. benci bos abah, heh benci benci. tak pernah jumpak lagi ni. kalau jumpak, siap orang tua tu. ganggu hari bahagia orang dengan keluarga.


Okehhh maybe susah nak hupdate lepas ni sebab line kat rumah tok ni sumpah macam siput lembab tahap kelas pertama dan saya kena berebut dengan adik-adik comel ni yang asyik merengek nak main game. ni lah budak-budak zaman siber. orang balik raya syok-syok jumpak adik beradik dorang syok online -.-


Selamat Hari Raya :) moga anda semua bahagia disamping orang tersayang . moga semua orang ceria ceria aje di hari raya nanti . jaga kesihatan. jangan redah makan tak hengat duniaaaa . Ana mintak maaf, kalau ada terkasar bahasa, atau tersakitkan hati sesiapa, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki :')

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

spiritualinspiration:

www.getoutthebox.org



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Friday, August 26, 2011

Gadis Malaysia di mata dunia.

Orang kalut cerita pasal raya kan sekarang. semua pakat nak cerita pasal balik kampung la jumpak ayah mak la nak cuti panjang panjang la. hadoih. bosannye. ok jelez sebenaqnya. saya balik rumah tok ahad nie ye jadi esok ada satu hari lagi sebelum entry hari raya. 


alaa cool bebeh lagi pun rumah tok saya sekarang maju, ada internet dahhhh paksu pasang, huehuehue. bagus bagus. maju berbanding tahun sebelum ni ye memandangkan sepupu sepapat saya yang baru umur 8 tahun tu dah pandai main FB dan send mesej "Hai kakak, buat apa tu?" . hebat budak-budak sekarang.


jadi hari ni pulun blogwalking ya memandangkan STPM tahun depan jadi malas lagi nak bukak buku. tapi syok syok blogwalking tadi kan terjumpak video nehh.



wuhuuuu. bace tak apa dorang cakapp? tengok kat 0.36


"I saw something interesting in Malaysia"
"what?"
"I saw the women in hijabs, they were all wearing hijabs"
"I thought those women were'nt allowed to talk to men, I thought they only talk to their husbands"
"but one of them come to me and said 'Oppa, signnnnnn'"


ok nampaknya orang orang Korea ni agak terpegun dengan pronounciation orang kita yang lancar. biasa la, lidah kita memang flexible. tauk la bahasa negara ceruk mana mai pun mesti buleh punya. 


even waktu budak budak Korea ni mai sekolah saya di SINI pun dorang agak terkejut bila ada orang kita tegur  dengan "Anneyonghasaeyo" atau pun say "Kamsahamnidaa" atau "Nanjeongmal pogashipeul goyaa". ok yang last tu aku aje cakap , hihihi . I'm gonna miss u guys. ohh rindunyaaaa dekat dorangggg .



dalam ramai ramai tu yang ni paling rapat ngn saya, sama2 Cassies. HIHI.


bila dorang cakap "I thought those women were'nt allowed to talk to men, I thought they only talk to their husbands", kira dorang ni agak prihatin ya dengan keadaan sekeliling. bagusnyaaaaaa pandangan dorang terhadap wanita wanita kita. tapi macam spoil aja bila tiba-tiba ada sorang pi cakap "Oppaaa, sainnnnnnn". HAHA. 


sebenaqnya saya pun tak kenal dorang ni -.- bukan tak minat Korea, tapi setia dengan yang satu sahaje. so yang lelain macam 2AM 2PM Suju MBLAQ BEAST segala bagai ni tak la amek taw sangat. setakat tengok muka tu buleh la kot nak cam kumpulan mana tapi masih setia dengan yang ini aje.




harap harap lepas ni ada orang Arab pulak mai sekolah. boleh refresh bahasa Arab yang dah hampir setahun tinggal tu, HIHI.



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

Thursday, August 25, 2011

People who wear glasses look nerdy* bukan saya cakap.

ok tadi dalam kelas MUET teacher bagi tajuk untuk discuss in pair . tapi disebabkan ada sorang absent hari ni, bilangan kanak-kanak dalam kelas tu menjadi ganjil. dan saya takde pair ye, sekian.


tapi tajuk pun tak boleh pilih sendiri, tajuk pun main aci sembunyi jugak. boleh pilih nombor aje. pilihan yang tinggal buat saya yang solo ni adelah nombor 5, 7, 13 dan bla bla bla blaa yang saya tak ingat. oleh kerana hidup saya serasi dengan nombor 7 setiap masa, jadi saya pick nombor 7 la! heee .


sebab saya buat sorang sorang aje takde partner nak discuss dengan saya, jadi teacher bagi peluang ye turn saya belakang2 nanti walopun nombor depan depan, weeeeee. selamat! dan saya dapat tajuk niehhhhh.


People who wear glasses look nerdy.


okeh kau bukan People ye Domo.


amende aku dapat nehhh . blurr sebentar baca statement ni. ha kira ok la tu buat sorang sorang dapat statement tak susah dan tak senang . benda bagi pendapat sendiri saja boleh tahan lagi la daripada ada pair yang dapat statement kena bagi fakta pasal pengguna la, greenhouse effect la, ikan banyak omega la tak ka haru kalau aku buat sorang sorang -.-


so first sekali kena cakap ye agree atau disagree. ok dalam hati kata agak agree la, tambah yang pakai spek bingkai penuh. tapi , ada jugak yang comel aje pakai macam tu pun. nak agree ke disagree nehhhhhh -.- 



kelas Sains tu ramai gila umat manusia pakai spek mata. kang kalau agree tak pasal aja dorang lempaq kasut kat saya, heeeee . ok lah disagree lah . kesian punya pasal kannnn . tapi memang bila saya baca statement ni time present tu dah ada dua tiga kerat cepat-cepat bukak spek mata, HIHIHIHI. kau sendiri yang mengaku ye, aku tak sebut lagi agree atau disagree.


 ok lah saya disagree. sebab saya rasa orang pakai spek selalunya nampak educated daripada nampak nerd. kalau betul nampak nerd tu atas faktor muka anda sendiri ye. tapi actually nerd pom comel apa. HAHA. teacher, saya nak agree dan disagree lah, dua dua boleh tak?! ok lah saya bagi concoh ye.



Cameron, budak Glee Project. dia sendiri mengaku dia nerd. Hehe. dan dia suka jadi nerd. dan dia kinda cute apa. 



Heliza Helmi pakai spek pom comel aje , heeee yang ni memang tak yah habaq pakai apa pom kiutt. kesimpulannya orang pakai spek nerd semua suara sedap. eh boleh ke macam tu? 

jadi takyah lah anda rasa pakai spek tu nampak nerd ye walaupom statement tu cakap macam tu. tak payah la tiba-tiba aje bukak spek bila saya sebut statement tu, Hihihi. 


actually bila pakai spek ni boleh mengubah persepsi orang terhadap kita tau. dalam erti kata lain, kita boleh nampak macam seseorang yang bukan kita bila kita tetiba pakai spek. tak caye ? cer usha sikit.





Hohoooo kepala mafia buleh jadi fashion designer I LOIKEEE .


ok saya sendiri pun tak pakai spek jadi takleh nak cakap banyak banyak la kan , hee. ok Assalamualaikum!




Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.