Sunday, August 28, 2011

sebelum Raya.

lagu raya faveret saya .



jiwa dah sebati dengan lagu nasyid maybe . Hohooo . dan jiwa dah sebati dengan suara Raihan maybe . dah dari kecik dijamu dengan lagu-lagu Raihan. well , nama sendiri pun Raihana . memang sebati .


dulu dok asrama jarang tengok tv taww . sebab saya rasa dengan tengok tv tu dah ambek banyak masa yang memang tak cukup seharian kat sana. jadi saya tak pernah pun tengok Upin dan Ipin. langsung. tahun nie baru tengok . HIHI. tak sangka yang dorang ni comel sangattttttttttt . sumpah kiutt. zaman aku dulu ada Anak-anak Sidek aje, nak harap si Adul tu je la yang comel pun.


jadi sekarang, dah selamat sampai di kampung, Alhamdulillah :) adik beradik pun dah penuh rumah tok. semua dah pakat balik. cuma maksu saje tak sampai lagi, masih kat hospital baru lepas bersalin anak ketiga beliau :) raya dengan orang baru tahun ni, heeee. Alhamdulillah, dua-sua selamat.


Never blame a day in your life:¤ Good days give HAPPINESS¤ Bad days give EXPERIENCE¤ Worst days give LESSONS¤ And the best days give MEMORIESBe thankful to Allah SWT everyday and Always say Alhamdulilah :)


esok, dah set projek dengan mak-mak sedara saya dan sepupu-sepapat yang dok ada ni. esok kitorang projek besar, memerahkan jari. majoritinya anak-anak dara dalam rumah ni, lingkungan umur 1 ke 18 tahun*aku la tu -.- terasa sangat tuaaaaa , heh tak terasa tak terasa. sepupu sepupu lelaki ada 3 orang aje, tu pun kecik kecik tak baligh bersunat pun lagi.


dan esok jugak, pagi pagi buta saya dan mama hantar abah ke stesen bas. abah kerja :'( petang raya baru abah balik kampung semula . tektiap tahun pun macam ni. benci bos abah, heh benci benci. tak pernah jumpak lagi ni. kalau jumpak, siap orang tua tu. ganggu hari bahagia orang dengan keluarga.


Okehhh maybe susah nak hupdate lepas ni sebab line kat rumah tok ni sumpah macam siput lembab tahap kelas pertama dan saya kena berebut dengan adik-adik comel ni yang asyik merengek nak main game. ni lah budak-budak zaman siber. orang balik raya syok-syok jumpak adik beradik dorang syok online -.-


Selamat Hari Raya :) moga anda semua bahagia disamping orang tersayang . moga semua orang ceria ceria aje di hari raya nanti . jaga kesihatan. jangan redah makan tak hengat duniaaaa . Ana mintak maaf, kalau ada terkasar bahasa, atau tersakitkan hati sesiapa, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki :')

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

spiritualinspiration:

www.getoutthebox.org



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

10 comments:

Leeya Hezlin said...

fathiah raihana:

selamat hari raya aidilfitri (xlama lagi)..hehe

jika ada salah silap harap dimaafkan ya..biasa la,akak ni manusia biasa..

kalau ada terkasar bahasa,terguris hati..mana tau kan..huhu..

apa2 pun take care dear.. :)

aiman fanboy k-pop said...

heehee....selamat hari raya jugak....bos tuh tak berperikemanusiaan...^^..bglah kelonggaran sikit kalo ya pon....

Encik Psychopath said...

Selamat hari raya, adik :)

muhamad hanif said...

wakakakaka,


beraya sakan ke ? selamt raya oteh !

siti maizurah ismail said...

blog kamu sangat comel,,saya follow :)

Izzah Haneefa said...

hapy benor lagaknya:)
btw, taqabbalallahuminkum-minal 'aidil wal faizin dari Cik Izzah:D

ade2mama said...

dgr cite duit rye dpt byk:p
kte shre nk ?huhuhu

Muhammad Azli Bin Mohamad said...

selamat hr ray..yaey..sy comel..huhu

sifu im said...

wahh..geng nased ni..i minat kumpulan nase in ting..haha

AZLIYA COLLECTION said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melapangkan masa melayari AZLIYACOLLECTION.BLOGSPOT.COM

Apa itu SAUNA OZON INFRARED dan kebaikannya kepada anda

http://azliyacollection.blogspot.com/2011/09/sauna-ozon-infrared.html

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.