Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan's Memory.

Day 4 - Your favorite photograph of your best friend *cerita panjang drpd gambar ^^,


Assalamualaikum :) Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa kann . sementara nak biasakan diri maybe agak letih sikit minggu pertama ni -___-  


tadi pagi mama ade cakap, "sekarang kakak dah tak stay asrama boleh nampak kan, bezanya duduk rumah dan asrama bila nak buat ibadah apa2".


sungguh pun. terasa sangat perbezaan tu. susah nak samakan tahun ni dengan tahun lepas. susah nak atur masa sebab tak biasa maybe. kat asrama dulu peraturan yang aturkan masa untuk kita. ok walaupun saya asyik merungut dulu tapi tak bermakna segala gala kat asrama tu tak best, hihi.




best bila kita ada member member yang sekepala dan sama-sama mengingatkan bila kita terlupa. checklist Ramadhan sapa-sapa pun akan penuh kalau berada dalam environment yang betul.


dulu, bangun pagi untuk sahur Nuha yang kejutkan saya. dia paling sabar dengan saya. terima kasih weh, kalau tak mesti hilang pahala sahur aku macam tahun tahun yang sebelum tu. dan bangun sahur saja pun dah usung turun satu angkatan besar ke dewan makan. tu belum bukak puasa :)




then kita solat Subuh di surau AlFalah. masih terasa hembusan angin Subuh Ramadhan kita yang terakhir di sana. pagi tu sebelum ke surau ramai-ramai kita sembang kat taman tepi asrama tu. malam tu lagi ustazah Salha dah pesan, "hargai malam dan Subuh terakhir Ramadhan kamu di sini". ya, kami pun masing-masing terasa terkesan sampai ke lubuk hati, ustazah.


yang paling comel, saya suka kami tadarus sama-sama sebelum pergi sekolah pagi-pagi. terima kasih ustazah Habibah, bagi kami peluang pergi sekolah pukul 8 dan habiskan satu dua juzuk pagi tu. apa yang comel? tengah-tengah syok tadarus tu pun boleh usha orang lain tidur tersengguk-sengguk,hihi. lepas sahur hingga ke lepas subuh weh. tipu la tak mengantuk kan. dan Alhamdulillah, ramai yang khatam sebelum tamatnya Ramadhan bila bertadarus macam tu.





tazkirah Zuhur pun best, walaupun lepas solat tu mata dah berat. keletihan lepas balik sekolah la katakan. best, setiap hari ustaz lain lain. dan setiap hari jugak saya duduk sebelah orang yang berbeza. kadang kadang duduk sebelah cikgu. takpun makcik kantin. yelah, semua staf turun surau AlFalah untuk jemaah Zuhur sekali.   automatically, takkan la saya nak tidur bila duduk sebelah cikgu kan?


bukak puasa pun nak over taw.


berebut air takut tak cukup. padahal tak habis pun. HAHA. sumpah, dalam mood rindu :')




dan yang paling tak sangka, dan terima kasih sangat-sangat untuk party Qiyam sepanjang Ramadhan last year. bukan senang nak buat sorang-sorang kalau tadak korang. aku bukan senang nak bangun malam. pagi pun susah. tapi kita berjaya jugak buat sama-sama. sungguh, terima kasih sangat. 


moga Allah berkati perjalanan Ramadhan kita tahun ni, walau di mana pun kita berada, sejauh mana pun kita terpisah, dengan siapa pun kita bersahur dan berbuka. 



dan moga kita ada jodoh bertemu dan berbuka sama-sama. paling kurang pun dapat beraya sekali, cukuplah. terima kasih untuk tahun lepas. 





dan mama, walaupun berbeza, tapi kakak pun akak cuba mengisi Ramadhan ni dengan apa yang kakak mampu. insyaAllah, kakak takkan sia-siakan. bila lagi nak ada peluang berpuasa dengan family =)



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

36 comments:

Amoi MiyaSya said...

selamat berpuasa dikk ! ehh , kamuu skola agama mane ehh dulu ?

Leen Fadzleen a.k.a Cinta Lea Ixora said...

sedihnye bace entry nie... ade jodoh jmpe lg... nnt masuk U dpt experience duk ostel n pose ngn kwn2 lg ^^,

Izzah Haneefa said...

kenangan lama biasanya manis utk dikenangi:)

zulhilmi amran said...

fatiah,,!!! hik2 lma ilang..ha3
smka..!! yup,,,

zulhilmi amran said...

fatiah...!!!lma ilang,,
hik2 smka yup2..!! >.<

fathiahRAIHANA said...

@Amoi MiyaSya

selamat berpuasa jugak akak ^___^
SMKA nibong tebal je :)

fathiahRAIHANA said...

@Leen Fadzleen a.k.a Cinta Lea Ixora
insyaAllah , harap2 mcm tu la akak. kita pun, harap2 ada jodoh jumpak lg ye nt ^__^ rindu plak kat akak ngn kak diana. hihi.

fathiahRAIHANA said...

@Izzah Haneefa
betul. indah sangat :')

fathiahRAIHANA said...

@zulhilmi amran
ecehh aku plak yg lama hilang. hehe. mana da, selalu ja hupdate ni. hg ja tak hupdate2 :P

Far8 budak baik said...

adik wehhh mesti kau sekolahh agama kn.NF pun kita same lahhh..
time tadarus al-quran tu..
mmg tersengguk sengguk gile lah..
haha..tapi pas dah keluar...
NF rindu kat suasana macam gitu..
uwaaaaaaa..
sob sob ='(

~AmyLiana8886~ said...

comella mia kat bawah tu...huhu..

amir aizat said...

puasa kat hostel plg best kan! hehe selamat berpuasa

Leeya Hezlin said...

teringat juga time kat asrama masa sek dulu..
tapi time sahur tu memang selalu tinggal sebab malas nak ke dining hall..hehe..

fathiahRAIHANA said...

@Far8 budak baik

haha obvious sgt ke skola agama , hee
perangai tak cmtu punn huha huha haru jugak
betul pun.. bila dah nk keluar baru sedar, mesti rindu nt ^^,

fathiahRAIHANA said...

@~AmyLiana8886~
a'aa , suke dia kiut sgt! hihi.

fathiahRAIHANA said...

@amir aizat
antara pengalaman paling bermakna jugak la ^^,

fathiahRAIHANA said...

@Leeya Hezlin
sama la ana pun , hihi
tahun lepas aje baru reti nak turun sahur
kalo tak mmg tak turun dah, sumpah malas -___-

rathiqah azmira rosli said...

it takes time to tune back our routine kan.tapi kat mana mana pun ada hikmahnya.hehe


btw i miss my kenangan lama also.cewah.hehe

Puteri Biru said...

sejuknya tengok suasana bertudung labuh. teringat zaman sekolah dulu.

selamat menjalani ibadah puasa.. =)

sifu im said...

dari pandangan mata rabun aku, ko ni kire geng ustazah la er??hehe

selamat berpuasa

fathiahRAIHANA said...

@rathiqah azmira rosli
tu la, kat mana2 pun sama saja kan kalo bole bwak diri ^^

ILA HonEyBuNNy said...

bestkan zaman sekolah dulu...

ayunya kamu zaman sekolah...;-)

fathiahRAIHANA said...

@Puteri Biru
tu pun kategori "dulu" jugak akak :')
entah bila nk dpt kekuatan berubah ke arah tu pulak ..

fathiahRAIHANA said...

@sifu im

uish. taklaa. biasa2 saja, amende la ustazah plak, haha. rock jugakk neh

syAzAnA said...

moment kan waktu dulu? comel jeh. hehe

fathiahRAIHANA said...

@ILA HonEyBuNNy

hee. ade plak ayu -____-

fathiahRAIHANA said...

@syAzAnA

tu la. makin tua makin tak comel dah -__-

JIJI YU said...

pehal pulak sampai ke sini sifu munim tu..ceyt

ejulz said...

comel je tgk amy kata kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.. heHe

terkenang berpuasa kat sekolah dulu2.. hehe.. bgn sahur ngan kawan2. heHe

KimiCnoL said...

rindu sangat2 zaman sekolah..buka same2 dengan member..kenangan! ;D
speeding laju`laju boleh kenyang ke??

Hans said...

yups
memang ada beza dia
dua2 ada keseronokan dan tidak
:-)

Qaseh dalia adelia said...

kenangan terindah .. hehe

selamat berpuasa dear

bighagenjo said...

:)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

raihana.. selamat berpuasa.. mst hg x ingat aku ni sapa kan.. hee but i know u quit long time ago..

NoRa DaDiLLa said...

seronok kan bile kite ade kawan baik ni... teringat zaman mase akak sekolah dulu2... best sgt... selamat berpuase ye dik! =))

meaw said...

meaw susah nak bangun sahur,nasib ada member yang bersabau dengan meaw,hehe :D

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.