Sunday, March 25, 2012

Aku Sedar.

Dulu, mula-mula aku buat blog ni, seriously aku buat dengan niat nak tulis apa sahaja, segala benda yang aku rasa aku nak tulis. Menulis sebab tak ada orang yang nak mendengar. Menulis bila rasa sunyi dan sepi pada tahap dinding pun bagai ada telinga. Ya, aku tulis sekadar suka suka, seronok seronok untuk lari dari keadaan sunyi yang entah apa apa tak pasai pasai muncul tu.


Tapi kadang-kadang, aku rasa dunia ni sesak sangat. Sesak dengan macam-macam fe'el orang. Sesak dengan benda-benda remeh yang actually aku tak patut terlibat langsung pun. Sesak dengan segala tanggungjawab yang terbeban atas bahu comel ini. Sesak lagi, bila semua orang pun sibuk-sibuk bagai faham sangat hidup aku macamana. Sesak nafas. Serabut otak. Jadi pada masa yang sama, aku menulis lagi, untuk melarikan diri dari dunia yang serabut dan menyesakkan dada itu.


Bunyi macam tak bersyukur kan aku ni? Bila sunyi, aku lari. Bila bising pun aku lari. Aku lari daripada kesunyian, tapi pada masa yang sama aku lari dari bising sesak dunia. 


Entah bila nya aku mula reti menulis, aku pun tak perasan. Selama ni segala perasaan serabut sedih tak guna tu, semuanya pensel dengan sketchbook yang tolong hilangkan. Okay, aku tipu sikit. Dulu zaman nak PMR semua buku teks aku adalah mangsa keadaan. Tak cukup dengan buku teks, aku conteng benda benda haru tu pada kertas kajang, then aku lipat buat kapal terbang, aku terbangkan dari tingkat atas bangunan Aspuri. Konon benda tu pergi, hilang dari pandangan mata beserta segala rasa itu sekali. Heh, dasar otak kanak-kanak kan?





Tapi aku pun sedar. Dalam dunia nyata, aku masih tak boleh lari daripada apa-apa. Masih kena hadapi kenyataan, masih menanggung segala beban. Masih, aku tak boleh lari walaupun aku cipta dunia sendiri. Cuma bila masa semakin berlalu, aku pastikan aku tak sia-siakan semua itu. Cuma sekarang, bezanya dengan dulu, aku teguhkan pendirian aku. Aku sedar, Allah sentiasa membantu. Dan aku sedar, sunyi itu hanya hadir bila aku lupa Dia juga bersamaku. Aku juga sedar, berat beban dan sesak nafasku itu, hanya hadir tika aku leka, lalai untuk mengingatinya setiap detik hidupku.


Paling aku sedar, lari dari sunyi atau lari dari bising, bukan di sini pun tempat paling tepat untuk aku tuju. Juga bukan pada sketchbook atau buku teks sekolah.  Tapi hanya pada ketika lutut dan dahi bertemu sejadah. Dan kalau sampai satu ketika itu, walaupun bibir tidak mampu mengucap mengadu pada Dia, Dia masih memahami. Sentiasa memahami setiap sesuatu yang ada dalam hati ini.


Sometimes, kita hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri bersama Al-Quran di tangan, tangisan di mata  ini serta Allah di dalam hati. Bukan apa sangat pun. Buat benda kecik macam ni saja pun dah cukup meringankan segala resah di jiwa. Sekurang-kurangnya aku sedar sebelum usia aku betul betul tua, Alhamdulillah :)


Walaupun kadang-kadang rasa letih itu menguasai, rasa sunyi itu menyelubungi, rasa beban itu menghimpit diri, tapi ada satu benda sahaja yang pasti. Bila tiba masa itu nanti aku bebas berehat dari semua ini. Rehat sampai bila-bila. Sebab dunia ini hanya sementara.






Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia, yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, padahal khalayak pastinya inginkan yang bai-baik dan yang indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah. Menulis kebaikan sekalipun dia belum sepenuh memilikinya, dan dia akan 'memendamkan' kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. - Pahrol Muhd Juoi





P/s : Rasa dah lama tak cerita benda tak bermotif macam ni, heeee.
Petang nanti orang blogwalking blog korang ye! Thanks masih ingat orang sini :')



Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

48 comments:

kura said...

adulaa. sayu nya entry ni. senyum la sikit cik adik! hehheh

Ckin Kembaq said...

betul tu dik.. ^_^ entah bila...hehe

p/s : kak ckin start nak berblog sebab faiz bakar..haha pelik kan?..hehe

syarifahsidrus said...

ada masa kita perlu bersendiri..kan

ღKekunangpelangiღ said...

Hadaman petang yang sangat lawas. Nice dik. :)

fathiahRAIHANA said...

@kura
eh ni dok senyum lerr ni abg kura kuraa :'D

fathiahRAIHANA said...

@Ckin Kembaq erkk paih bakaq? kenapa dia plakk kak ckin ? -,-"

fathiahRAIHANA said...

@syarifahsidrus betul pun. tapi skrg ni rasa mcm nk aje dduk sendirian selalu, haha.

fathiahRAIHANA said...

@ღKekunangpelangiღ Hee, alhamdulillah. thanks abang :)

nanad said...

Alhamdulillah :)
rasa termotivasi lepas baca entry ni..terima kasih fathiah ^_^

Aliana Alwi said...

Kadang2 bersendiri tu adalah perlu.. :)
Semoga ana sentiasa berada dibawah lindunganNya..

laskar pelangi said...

senyum selalu:))

ABU said...

betul la nak lari pegi mana.. pusing pusing pun kat situ gak.. kita ahrus mnysuikan diri.. ceh..

aku sampai sekarang tak suka conteng conteng buku.. buku teks aku aku jaga tau keh keh keh..

onie said...

but sometimes, u look matured ! nak berbanding dengan penulisan kak onie ni ha,huhu

chemay said...

luahkan pada Allah dear.
insyaAllah rasa lega.
then settlekan masalah2 tuh.

urm.
chemay pon kalau ada masalah.
terus nak lari dari semua.
then chemay realise.
tak akan settle masalah tuh kalau chemay lari je.
:)

ummiarissa said...

singgah blog akak gak ye..tq

mEiZ SHA said...

jgn sedih2 ok yang..:)

Aien Not Alien said...

menulis bila perlu, diam dari menulis bila perlu juga...kikiki.. apo den mengarut ni...



jangan berhenti menulis :D

Rakan Blog said...

Awak pandai tulis...share la kat kami juga.....

p/s:Para bloggers yg kiut miut semua....apa kata share N3 u olls kat web niRakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....hehehehe

Nina.DO said...

Kita setuju. Dengan cara menulis orang boleh faham kita sebab kadang-kadang ada benda yang orang takkan faham dengan cara percakapan. Bila kita cakap ada je orang bantah sampai kita tak boleh habiskan ayat kita. Tapi dengan cara menulis orang akan baca sampai habis dan kalau tak puas hati or tak faham, kotak comment ada kat bawah, hihi

Cikgu Ma said...

kadang2 tulisan tentang diri lebih terkesan..kerana yang menulis adalah insan...

Zakaria's daughter said...

wa baru nak terujeee bile lu kate pensel ngn sketchbookkk tuu.
haha, tp lu dah tipu sikit tuhh.
wa baru nak bagi lu buku2 sketch wa y f1 f2 n f3 y tak pernah habesssss pakaiii ;p
takjadi ahh, dah tipu sikit ;p

gip me paiii.
same suke conteng bku txt. agaga

Cik Aien said...

Menusuk di hati entry ni..
Betul bila kita tekanan, kite rase nak lari jauh2 supaya semua yg kite fikirkan hilang..
Bila kite sunyi, kite cuba hiburkan hati dgn muzik, biar bising di telinga..

Tapi kite lupa, kenapa tidak saat sunyi kita dekatkan diri pada Allah.. Cukup lah saat gembira kita bawak diri jauh dari Allah (LEKA)..

Peace :)

Zaza Fakharuldin said...

allah dah janji kan dia akan tolong hamba2 yang tolong agama dia?

Raihana said...

kenape nie??macam sedey je.=(

hanabunga said...

be strong pretty girl :)

acheeqa farhana said...

smtime kita nak sndiri kan..same goes to me rite now,emosi tak stabil :)

kadang2 mnulis tu mmg baik..tp biarlah mnjaga hati org lain :)

izatty fatihah said...

kta menulis utk meluahkan rasa :P
masalah xboleh selesai kalau xhadapi, so jgn lari dari masalah. msa dahi bertemu sejadah tu lah msa yg paling tenang kan? msa kta paling dekat dgn Allah. ana mmg pandai menulislah, suka bca entry ana ^^

♥ p a a n i ♥ said...

niceee dear :)

Leeya Hezlin said...

Hmm betul tu ana..
Kadang2 kita rasa nk lari dari semuanya..

Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya..
Have a nice day ana..

semutsengal said...

bumi bulat, kau lari mcmana pun, last last kau kat situ jugak.


Err

Juliet_iRa~" said...

heee..sentimental sungguh entry ni..:)

tp akk suka..sbb banyak y betul..hee

mmg di dunia realiti kt xleh lari dr mslh..mmg kena hadapi...nak tak nak..menghadapi mslh n cari jalan penyelesaian tu adalah y tbaik..ajar kita supaya bersikap matang..belajar kemahiran utk uruskan emosi n sbgainya..

anyway...enjoy ur life..smua org ada prob tp jgn jadikan prob tu sbg beban dlm hidup k..:)

RealNS said...

syahdunya kamu punya entry . dont worry . Allah always with us ^^

alya_sygs said...

kata kata kat gambar tu so nice :)

CheNamNam said...

owhh menda alah tuh call doodle yer..ekekekeke...tak kisahlah doll ker doodle ker janji chomel kanss..*ayat cover*..:)

hakak pon menulis sebab sunyi..nak nak dapat kawan satu opis macam sial asyik diyer jerk la sorang yang bagus...huhh tak hengin nak kawann ngan org cam tue baik kawan ngan beloggg..:p

kiwi said...

kdg2 beruslah tu bagus je..hihi..no worries be happy k ^^

huda jamil said...

masalah mmg tak pernah surut dlm hidup kite kan. lepas satu, satu yg datang. and kita kena face with it. chaiyok2. :)

huda jamil said...

masalah mmg tak pernah surut dlm hidup kite kan. lepas satu, satu yg datang. and kita kena face with it. chaiyok2. :)

~AmyLiana86~ said...

wah berwajah baru..cantik..hehe

ILA HonEyBuNNy said...

ku juga sedar diri...:)

lama tak terjah blog ne...rinduuu:)

cikcimi said...

Those word inspired me. :)

Umie Artoqiemie said...

walaupun lama tak singgah sini..
tp, umie masih ingat taww :)) senyum skit

zulhilmi tempoyak said...

Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

ain dzaya said...

muhasabah~ sbb ain pun sedang lalui nya juga..

"Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih.".

amna said...

best penulisan ni. kadang kala kita alpa, seketika kita bersama Dia, baru mampu sedar kekhilafan diri.. :')

wanyyyy said...

cari masa dekatkan diri dengan Allah :)

Norlida Ramli said...

entry sedih je..
jgn mcm ni ye :)

cara pemesanan trica jus said...

setuju....!

Cik Tetra said...

omo! jgn sedih3 ye fa :)

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.