Sunday, January 22, 2012

6 Sebab untuk Tidak Berputus Asa :)



Assalamualaikum awak-awak sekalian alam.

Pernah rasa tak kadang-kadang macam putus asa sangat sangat sangat bila kita tak capai apa yang kita harapkan? Kadang-kadang rasa letih, letih dengan semua benda disekeliling kita, rasa macam nak keluar dari sini. Rasa macam malas gila ah nak teruskan untuk capai harapan kita tu. Dah tak boleh nak buat macamana kan? Aicecey konon pasrah lettew.


Tak payah la nak pasrah pasrah putus asa semacam sangat. Kalau kita gagal sekali tu tak bermakna esok pagi bukak bukak mata dunia dah kelam. Kalau gagal hari ni, tak bermakna sampai ke tua asyik gagal saja. Err melainkan kalau dah diri sendiri pun yakin putus asa adalah jalan terbaik untuk teruskan hidup, YA awak memang takkan maju ke depan.


Mai sini nak bagi kat hampa sebab sebab untuk tidak putus asa. Hmmm, nak kena nyanyi Never Say Never - Bieber dulu baru nak baca? Nyanyi sendiri laa, kami suara tak sedap :P


1.  Selagi kita hidup, kita nak apa pun kita boleh dapat.
Kalau betul nak give up gila-gila pun, ada satu sebab sahaja yang diterima, iaitu kalau awak mati. Dah mati apa pun tak boleh buat. Okey, waktu tu boleh la give up. Selagi kita masih bernafas, sihat walafiat, sikit sakit pun tak ada dalam badan, bermakna tiada halangan untuk kita terus-terusan mencuba :)
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]


2. Bersikap Realistik.
Awak cakap "aku ni buat apa pun tak reti", lepas tu buat muka mintak kaki. Padahal baru aje hari pertama, kali pertama belajar kayuh basikal tu. Normal la kalau jatuh sampai luka-luka kaki. Jarang-jarang la ada orang yang belajar pada pertama kalinya, dan dia dah boleh menguasai something tu. Kalau tak, tak wujudlah istilah "Learn from Mistakes", kan?
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]


3. Prove Yourself. 
Awak nak ke orang lain cakap awak tu seorang yang lemah dan cepat sangat berputus asa? Tak nak kan? Jadi mulut tu janganlah dok pi canang merata awak tu tak reti buat apa-apa. Carilah sesuatu yang kita betul betul suka, then usaha supaya kita boleh reti jugak buat benda tu. Tak payah nak buktikan pada orang lain, cukup dengan buktikan pada diri sendiri dulu "Aku mampu buat apa saja" :)


4. Yakin dengan Apa yang Kita Impikan. 
Bila kita impikan sesuatu, tetapkan dalam hati betul betul. Jangan ubah ubah dah lepas tu, tak kiralah apa pun yang orang kata pada kita. Biasalah, orang.. Mesti ada jugak dua tiga kerat spesis manusia yang tak boleh nak tengok orang senang, akan buat kita rasa down. Walaupun spesis macam ni cakap "Alaa berangan aje lebih, mustahillah benda macam tu hang boleh buat", buat muka tak peduli sudah lah. Yang penting, kita tahu kita ni mampu atau tak nak capai impian tu :)



5. Family and Friends.
Jadikan orang-orang yang kita sayang sebagai inspirasi supaya kita terus tabah dan kuat! Selalunya bila sembang dengan mama, apa apa pun yang buat saya down sampai jejak bumi kemarin, boleh buat saya lompat ke langit hari ni :) Tu lah magic seorang mama kot, hee. Ni concoh aje, awak try dengan mak awak laaa, jangan pulak try dengan mama saya :P


6. Ada orang yang lebih teruk daripada kita.
Awak sedar tak atas muka bumi yang cantik ni ada orang yang hidup dalam environment dan situasi yang lebih buruk dari awak sekarang? Awak give up sebab mintak duit dengan mak nak beli kasut baru mak tak bagi? Ish buruk betul buat muka ala merajuk macam tu tua-tua ni. Ingat sikit, ada aje orang yang tadak kaki pun nak pakai kasut tu. Padahal kita ni kasut dah bersusun satu rak depan pintu rumah :3 BERSYUKUR, reti tak?



Jeng jeng jeng. Saya pun tak tau apasal tertulisnya menatang-menatang ni disini, harap maklum :3
Okay saya tipu. Actually hari-hari cakap macam ni dengan diri sendiri. Toksah lah nak give up sangat. Macam lah emas tu boleh luruh dari langit kalau tak buat apa-apa perubahan dengan diri sendiri. Kadang-kadang tu kita sendiri yang tak perasan, something tu mungkin tak jadi sebab kita tak ready lagi. Bila sampai masanya nanti, insyaAllah, kita dapat jugak something tu :)


Yakinlah dengan janji Dia. Kita usaha, kita minta. Dia bagi segalanya. Cuma Dia lagi tahu, bila masa yang paling sesuai untuk kita dapat something yang kita minta tu :) Wallahualam.
 "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa". (Al-Hijr 15:55)







Kalau SUKa boleh LIKE :)
Bukan karya seni.

30 comments:

FariehanIbrahim [LBC] said...

hidup trlalu singkat utk cpat putus asa.
just a nice en3. :)

Elyzatul Nastaysah said...

family org yg pling byk sokong kite bile kite tetibe terase cm nk ptos asa.;)

Isma Haneefa said...

Jgnlah brputus asa dri rahmat ALLAH...
btw, nice entry kak:)

ABU said...

Wah entry ni disampaikan dgn penuh brsmngst.. Banyak kata2 perangsang.. Nice.. Aku suka..

fathiahRAIHANA said...

@ABU, oh obvious sgt ke semngat tu? Heee . sbb dari hati kottt.

@Isma Haneefa, betul, rahmat Dia sentiasa ada :)

@Elyzatul Nastaysah, yeahh tepat sekali :D

@FariehanIbrahim [LBC] sungguh pn, bkn lama mana sgt nk brnafas ni..

acheeqa farhana said...

ALLAH dah aturkan yang terbaik utk semua hamba2nye..

tp prlu diingat..nsb suatu kaum takkan brubah kalau kaum tu sdri tak mgubahnya..

usaha,dan tawakal..jgn pnh kenal erti pts asa..insyaallah,kita psti akan jd mnsia yang cmrlg :)

Cik Tetra said...

entry yg sgt membina..selagi kite hidup ni..jangan sesekali berputus asa.. :)

saya_arief said...

setuju bangat dengan nombo 6 tu. kite selalu sangka kita yang paling teruk.

MiMiEy :) said...

betul tu, kdg2 rasa dah give up sangat2. tp kena kuatkan jgk hati ni

shazwan: said...

setuju dgn awk rai . hidup harus dijalani dgn sempurna . hee~

syAzAnA said...

thanx for the advise syg.

zOeY zAu YaH said...

betul2..

kim heeruul said...

if cepat putus asa, sampai bila pon tak kan berjaya..

BENA said...

terima kaseh untuk kamu :)

cik @iEn said...

entry kamo sangat3 membantu akak saat nie.. byk sgt benda yg boleh buat rase nak give up skrg... wll, thanks dear.. :)

syakey said...

famili mmg slalu jadi kekuatan utama :)

Terbang Bersamaku said...

dlm hidup nie mmg ada mcm2 dugaan dan cabaran, kt perlu kuat & sabar serta tak boleh berhenti berusaha dan berdoa....

~suka entry nie~

anamizu kaito said...

thanks sbb entry ni FR.. cik ana bace pon rase b'smngt =)




luv,
cik ana

Nur Aischa said...

entri yg sgt bagi inspirasi utk saya, thanks sudi share ya awak :)

littledolphin said...

wah ini motivasi yang sangat bagus!

saya suka sangat no 1,3 dan 4!

Cik Aien said...

Awak awak awak :) Sy berada di tempt yg tepat saat keadaan sy skrg berputus asa.. Nice entry, sedikit sbnyk buat sy rotan2 diri ni. Umpama baru je berlatih naik basikal, tp nk terus mahir, marah klu jatuh2 dan luka.. Aiisshh saya niee!

Iznie said...

terima kasih....sangat berguna utk saya :)

Leeya Hezlin said...

jangan cepat berputus asa kan??
hmm sentiasa mengingatkan diri tentang itu.. :) :)

Ckin Kembaq said...

insyaAllah..jangan cepat give up naa...chaiyok fathiah.. ^_^

fatynadia said...

Betul tu... kadang kadang rasa give up sangat. tapi bila pikir balik kita harus sudahkan apa yang dimulakan, kena la semangat sikit. Lagipun macam yang pic last tu, kita kena yakin dengan janji Allah :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Chaiyok..chaiyok....kna teruskan usaha dan pandang kedepan..... :)

Aien Not Alien said...

kadang kita kuat kadang kita lemah....



*muhasabah diri untuk mencari semangat...suka entri ni... :)

Juliet_iRa~" said...

ok xputus asa..heee

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

think of ur parent.. if them give up to rise u until now.. u never ever see the world..

bighagenjo said...

lahai,, baru nak putus asa ha,, baca ni terus tak jadi

 
Copyright © 2011 FathiahRaihanaAlFarasya. All Rights Reserved.